ALWAYS on my MIND and in my HEART
(LOVE YOU)
Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.
14 Julai 2024. 10:04 A.M.
"HATI NURANI SEORANG INSAN..."
JASAD + JIWA + ROH = HATI NURANI + AKAL FIKIRAN akan menghasilkan formula untuk mudah terima HIDAYAH daripada Allah Taala. Gabungan kesemua elemen tersebut akan menghasilkan manusia bertaraf Khalifah untuk mentadbir dan juga memegang amanah daripada Allah Taala di muka bumi.
Manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Seperti mana bapa manusia iaitu Nabi Adam a.s. mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini, sudah tentu semua zuriat keturunannya juga mampu untuk melaksanakannya.
"Fitrah manusia, apabila telah melakukan dosa dan menganiaya diri sendiri, maka lebih mudah untuk mencari tuhan dalam hidup mereka."
Hidayah untuk menerima Islam adalah mengikut ketentuan dan takdir daripadaNya. Namun begitu, hanya orang-orang yang mampu untuk berfikir sahaja setelah menerima hidayah tersebut akan mudah untuk mereka menerima Islam. Ini adalah kunci sebenar sebagai laluan mudah bagi mereka untuk terus ke syurga selepas dihitung juga dihisab segala amal perbuatan mereka. Segala amalan perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Beruntunglah mereka yang telah mendapat Rahmat dan Redha daripadaNya. Mereka layak untuk mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka yang beriman dan beramal soleh. Alhamdulillah, aamiin.
"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."
- DIBERIKAN KESEDIHAN - Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya
- DIBERIKAN KESAKITAN - Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya
- DIBERIKAN KEHILANGAN - Dengan kehilangan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Nya
- DIBERIKAN KESUSAHAN - Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha
- DIBERIKAN PENDERITAAN - Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya
- DIBERIKAN KEMISKINAN - Kerana Allah mahu kita meminta kepada Nya
- DIBERIKAN KEHINAAN - Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya
Hidayah itu hak milik eksklusif hanya daripada Allah s.w.t. sahaja. Bagi mereka yang masih belum terima hidayah tersebut, maka anda haruslah mencari dan juga mempelajarinya. Hanya dengan AGAMA ISLAM sahaja cara terbaik untuk mudah terima Hidayah daripada Yang Maha Esa.
Jadi bagaimana pula dengan yang telah memeluk Agama Islam?
Adakah perlu untuk terus mencari dan juga mendapatkan Hidayah daripada Allah Taala itu?
Bagi mereka yang telah menerima Hidayah daripada Allah Taala untuk peluk Agama Islam, maka anda perlulah teruskan perjuangan dengan mencari RAHMAT dan REDHA daripada Allah Taala pula selepas ini.
Kebanyakan manusia yang masih lagi sesat dan tidak menemui kunci kehidupan sebenar adalah untuk mencari petunjuk jalan bagi mereka di akhirat kelak. Jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah Taala hanya ada dalam AGAMA ISLAM sahaja. Selain daripada agama ini, maka anda akan terus sesat apabila hidup di dunia ini.
Kehidupan di dunia ini adalah semsntera. Kehidupan yang kekal abadi hanya berlaku apabila telah berada di akhirat kelak. Ganjaran syurga hanya layak untuk hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh dan solehah. Mereka akan tetap mendapat kenikmatan abadi di akhirat kelak dengan disertai juga RAHMAT dan LINDUNGAN daripada Allah Taala semata-mata. Manakala bagi hamba-hambaNya yang ingkar untuk menerima peringatan dan amaran daripada utusan iaitu Para Nabi dan Rasul-rasulNya, maka anda bersedialah untuk menerima seksaan yang PEDIH sebagai balasan di atas doa dan juga kerana perbuatan mensyirikkan Allah Taala ketika hidup di dunia dahulu.
Oleh itu, sama-samalah kita berikan peringatan dan nasihat sesama kita agar kita sentiasa dapat teruskan kehidupan di dunia ini untuk terus melakukan AMAL KEBAJIKAN. Ini adalah sebagai persiapan bekalan yang akan kita bawa apabila kita meninggal dunia nanti.
MENGENAL CINTA YANG ABADI HANYA KEPADA ALLAH TAALA SEMATA-MATA
Oleh itu, selepas ini, banyak-banyakkanlah membuat amal kebajikan kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput Allah Taala untuk menemuiNya apabila kita meninggal dunia nanti. Pastikan terlebih dahulu anda telah berada di dalam Islam. SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKAN dan juga DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH JUGA SOLEHAH adalah sebagai bekalan untuk kita selepas meninggal dunia.
https://www.facebook.com/share/Vjuj662zeDToyQDi/?mibextid=xfxF2i
SEMOGA PENULISAN INI MENJADI KESEMBUHAN (SYIFA) BUAT DIRIKU DAN JUGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MEMBACANYA. AAMIIN.
Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu.
HANYA DENGAN BANYAK MENGINGATI ALLAH, HATI KAMU AKAN TENANG DAN KAMU AKAN PEROLEHI KETENANGAN YANG ABADI
YAKINLAH ! Bahawa Janji Allah Taala itu pasti. Nikmat syurga dan seksaan pedih dalam neraka itu BENAR !
Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbala'lamiin.
"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."
Janji Allah Itu Pasti.
"Biar rebah, jangan berubah,
Biar terbuang terus berjuang,
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,
Semakin dekat kepadaNya,
Semakin kuat ribut taufan melanda,
Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,
Kerana janji Allah itu pasti..."
https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk
Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin.
BERSAMBUNG....
Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....
P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
POSTING SEBELUM INI
https://normanhafizi.blogspot.com/2018/08/bloodshed-srikandi-cintaku.html
Lirik Nurani - Eisya
Kisah silam datang menjelma
Walaupun semuanya telah berlaku
Tapi tetap segar didalam ingatanku
Bila kukenang masa yang lalu
Airmataku membasahi pipi
Angin nan malam teman sejati
Untuk mengubati hatiku rindu padamu
Nurani...Kau lambang cintaku
Oh...Nurani...
Namamu sentiasa di hatiku sayang
Masih segar dalam ingatanku
Dihari pernikahan kita
Kucium tanganmu
Dan kau mengucup dahiku
Ku terasa sungguh bahagia
Kerana dapat hidup bersamamu
Moga kasih sayang kita
Kekal untuk selamanya
Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar saja
Kasih yang diikat telah terlerai juga
Semasa kepulanganmu
Kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku
Untuk selama-lamanya
Nurani
Nurani
Nurani ...
Oh... sayangku
No comments:
Post a Comment