Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 25 July 2024

DEADPOOL & WOLVERINE


INI BUKAN ULASAN FILEM DARIPADA SAYA

Fan Service Movie -

JANGAN LAYAN SEBAB HYPE , LAYAN SEBAB MINAT
  • bagi aku best je . first time aku bersorak dalam wayang . yang tak layan loki , xmen sebelum sebelum ni mmg akan cakap tak best or mengarut . 
  • as a fan xmen , fan service yang diorang bagi sumpah best . cameo bersepah . setiap cameo ramai bersorak .
  • action pun best
  • movie ni just nak puaskan hati fans . apa yang fans minta semua dapat . 
  • sebabtu kalau nak layan movie ni make sure korang fans yang tahu pasal xmen . takdela rasa bosan hehe
  • typical movie deadpool
10/10 (biased sebab aku fan xmen)


----------------------------------------------------------------------

Deadpool and Wolverine (2024)

What You Wish You Will Get, But...

  • Filem ketiga dalam trilogi Deadpool.
  • Filem pertama superhero dari 20th Century Fox yang berada di dalam Marvel Studios/Disney.
  • Spider-Man No Way Home, Doctor Strange Multiverse of Madness dan kini Deadpool and Wolverine, mempunyai template konsep multiverse hampir sama.
  • Khas dibikin untuk peminat Marvel.
  • Lebih-lebih lagi untuk peminat filem-filem Marvel Fox Universe.
  • Dari segi cerita agak ringkas dan biasa sahaja.
  • Ikutkan masih susah Multiverse Saga ni nak lawan dengan Infinity Saga.
  • Kalau Infinity Saga lebih banyak sangkut paut di antara setiap filem.
  • Tapi Multiverse Saga setiap filem buat hal sendiri.
  • Dan untuk filem ini juga masih kurang progresif untuk memajukan Multiverse Saga.
  • Tahap keseronokkan filem ini diukur dari tepukan dan tempikan penonton setiap kali satu-satu cameo muncul.
  • Dan ia sangat sangat sangat menghiburkan bila perkara ni terjadi.
  • Namun Marvel Studios perlu berhati-hati supaya tak menjadi 'one trick pony'.
  • Apapun dengan pelbagai pertembungan cameo dan multiverse ni, filem ni masih lagi sebuah filem Deadpool.
  • Motivasi antara Deadpool dan Wolverine agak menarik.
  • Deadpool dengan konflik penerimaan dirinya sebagai superhero yang penting, manakala Wolverine dengan konflik penerimaan dirinya sebagai superhero yang gagal.
  • Sepanjang filem juga dihidangkan dengan soundtrack yang menarik.
  • Emma Corrin sebagai Cassandra Nova mempunyai 'gravitas'-nya tersendiri.
  • Matthew MacFadyen sementara nampak berkarisma, ada sesetengah babak mengingatkan aku pada Tom Wambsgan dalam Succession.
  • Agak menyayat hati juga bila ada babak tribute dan homage untuk filem-filem Marvel lama. Kerana tanpa filem-filem tersebut, tak kira baik atau buruk, takkan adanya MCU.
  • Sudah tentu filem 'popcorn flick' yang paling meletup tahun ini!
  • Ada mid credit dan satu end credit.
  • Verdict: Tak dapat markah penuh kerana ia filem 'fan service', bagus, kelakar, penuh tepukan, tapi masih tiada jalan cerita yang progresif.

Rating: 8.5/10

#DeadpoolandWolverine  #HDABDHMD #MCU

https://www.facebook.com/share/p/VYwxtWJ1fW4s8T23/?mibextid=xfxF2i

------------------------------------------------------------------

INI ULASAN FILEM DARIPADA SAYA


NO SPOILERS !

[DISCLAIMER]

Saya tak beberapa minat untuk ulas lebih lanjut lagi tentang aspek-aspek kekurangan dalam filem ini (sekiranya ada) kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini sudah mahir tentang isu tersebut. Saya menulis di sini sebab tertarik dengan faktor-faktor seperti :-

  1. Filem ini adalah sebuah sekuel ketiga sebagai pelengkap (penutup?) filem ketiga Deadpool & Wolverine bagi judul filem ini.
  2. Filem ini dimulai dengan babak pertarungan antara Deadpool dengan Askar TVA. Akan tetapi, seperti biasa, bila muncul babak pertengahan seperti ini, Ryan Reynolds (Deadpool) akan buat 'flashback' agar penonton filem ini faham tentang kejadian yang sedang berlaku ketika itu.
  3. Kelebihan Ryan Reynolds yang memang watak Deadpool ini berjaya menghayati watak untuk ketiga-tiga filem ini ialah dengan dia bercerita (narrator) menghiburkan penonton dengan kisah ceritanya yang tersendiri. (Selain filem seperti ini, yang bawa konsep narrator yang sama ialah Trilogi Spider-Man Sam Raimi dan The Batman Matt Reeves)
  4. Malangnya, bagi saya bila 'flashback' sedang berlangsung dia tak mendatangkan impak kepada penonton (diri saya). Sebab utama bagi saya ialah kena ambil 'mood' yang agak panjang kerana kena hayati sejenak perjalanan watak utama (Deadpool) sebelum sampai kepada babak awal filem itu.
  5. Watak lain yang patut muncul dalam filem ini tapi tak muncul sampai akhir filem ialah watak John Cable sedangkan watak inilah punca Deadpool pandai menjelajah masa untuk mencari ketenangan antara dia dengan rakan-rakan termasuk isterinya (spoiler alert!)
  6. Saya setuju dengan ramai penonton yang teruja ataupun gembira dengan watak-watak 'cameo' yang tak disangka-sangka. Memang pengalaman ini hampir serupa sewaktu menonton filem Spider-Man : No Way Home.
  7. Filem ini berjaya membawa para penonton untuk mengikuti jalan ceritanya daripada awal sehingga ke akhir. Pada saya, setakat ini filem ini antara filem terbaik daripada 2 filem Deadpool yang lain daripada segi jalan cerita.
  8. Cameo yang paling tidak mengecewakan ialah watak Wolverine. Saya boleh bayangkan watak ini sebenarnya sangat berlawanan dengan watak Deadpool seperti Lennon/McCartney (antara pengasas The Beatles).
  9. Watak Wolverine dengan Deadpool memang sesuai bergasak sesama sendiri dan semua peminat dah pun tahu ketika gambar dalam set penggambaran telah tertiris di internet. Tapi pada saya yang terbaik ialah apabila mereka bergasak sesama sendiri di dalam Kereta Honda Odyssey. Mantap!
  10. Saya setuju dengan pengarah filem ini, iaitu Shawn Levy yang telah maklumkan kepada penonton bahawa tanpa perlu menonton filem yang lama daripada 20th Century Fox (sebelum gabung dengan Disney) masih boleh menonton filem ini sehingga selesai.
  11. Bagi yang belum pernah tahu tentang 'The Sacred Timeline' lebih baik ulang balik untuk tonton semula siri Loki Season 1 dan 2 (Oops! Spoiler Alert).
  12. Saya tak nafikan selepas 20th Century Fox bergabung dengan Disney, maka dah tentu ada bawa tema famili, kekeluargaan dan juga bersama rakan-rakan. Maka dalam filem ini, Deadpool bahagia hidup bersama 'circle' nya yang tersendiri.
  13. Masih ada lagi dikekalkan watak daripada Agenda 'Woke' bagi mereka yang pernah tonton filem Deadpool daripada awal. Rasanya tak perlu nak dinyatakan watak yang mana satu jadi penyokong Agenda 'Woke' ini. Hmmm...
  14. Filem ini berjaya membawa penonton bersama-sama dengan nostalgia filem-filem lama iaitu X-Men terbitan 20th Century Fox dulu-dulu. Jangan terkejut ye, ada juga watak 'cameo' yang tak disangka-sangka muncul dalam filem ini. Mungkin bagi watak-watak tersebut anda akan lebih puas hati jika anda adalah peminat kepada watak cameo ataupun pelakon yang sedang melakonkan watak adiwira tersebut. Apa-apa pun sebenarnya filem ini masih mengekalkan tema cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Siapa yang pernah tonton filem ini pada filem pertama akan faham dengan apa yang saya maksudkan di sini. 
  15. Filem ini mempunyai penutup yang terbaik bagi filem Trilogi Deadpool untuk tahun 2024.

P/S : Paling menyentuh perasaan saya ialah pada babak penghujung filem ini iaitu apabila Deadpool dan Wolverine sedang menjalankan misi mereka untuk selesaikan masalah The Sacred Timeline. Wolverine punya ayat yang makan dalam pada babak tersebut ialah, "Saya dah tiada punya sesiapa dalam dunia saya" (spoiler!!!)


Sebagai penutup, senang cerita, apabila dah terperangkap dalam Multiverse jenuh nak betulkan semua jalan cerita. Sebenarnya yang boleh betulkan balik perjalanan MCU ini ialah Stan Lee sahaja. Tapi dia pun dah lama meninggal dunia. Kepada mereka yang tidak minat kepada MCU ini, selepas ini anda dah boleh tinggalkan MCU jika anda sebagai saksinya telah nampak tiada hala tujuan jalan cerita yang jelas untuk filem-filem Marvel pada masa depan !

Beli tiket wayang pada 25 Julai 2024 yang lalu

P/S : Terima kasih sudi baca tulisan saya ini. Saya berikan rating sebanyak 5/5 bintang. Sekian

https://www.facebook.com/share/p/DwhnuQaNeAzB5a4b/?mibextid=qi2Omg

Sebagai rujukan tambahan daripada influencer tentang ulasan filem ini boleh tonton seperti di bawah :


TEORI TERAKHIR UNTUK DEADPOOL & WOLVERINE

https://youtu.be/xhyjkmOe8GE?si=FC2mCHH-2AvZJ_9u


SEMUA HAL YANG PERLU KAMU TAHU SEBELUM NONTON DEADPOOL & WOLVERINE

https://youtu.be/RgBHt17m41w?si=Uh7YvTZz1f5ltzqW


DEADPOOL & WOLVERINE REVIEW (NO SPOILERS)

https://youtu.be/MI5w7eU_gmM?si=4-3GIHjw1azFdJNK


DEADPOOL & WOLVERINE | ULASAN & FIRST IMPRESSION (SPOILERS)



OFFICIAL: Marvel Studios secara rasminya mendedahkan barisan pelakon untuk kumpulan The Resistance yang membuat kemunculan dalam filem DEADPOOL AND WOLVERINE di pentas San Diego Comic Con (SDCC) pagi tadi. 

Membawa kembali pelakon dan karakter veteran Marvel seperti: Dafne Keen sebagai LAURA KINNEY A.K.A X-23, Jennifer Garner sebagai ELEKTRA NATCHIOS, Chris Evans sebagai JOHNNY STORM A.K.A THE HUMAN TORCH, Wesley Snipes sebagai ERIC BROOKS A.K.A BLADE, dan memperkenalkan pelakon Channing Tatum sebagai REMY LEBEAU A.K.A GAMBIT.

Admin tahu spoilers tapi ini dah rasmi sendiri oleh pihak Marvel Studios. Nak tahu apa peranan diorang dalam filem boleh layan di pawagam. 

Admin - (Adam)

#deadpoolandwolverine #x23 #elektra #blade #humantorch #gambit #marvelstudios #mcu




DEADPOOL & WOLVERINE FULL REVIEW 
Deadpool Kills The Fox Marvel Universe

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...