Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 20 August 2018

SRIKANDI CINTAKU

 

SITI NURUL NAZEERA 

(Abang Sayang Ayang)

Nota : Anda DILARANG SAMA SEKALI mengambil gambar ini dan ianya adalah hak milik eksklusif daripada penulis asal kisah ini. Allah Taala sedang memerhatikan perbuatan anda !

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

09 Julai 2024. 09:27 A.M.

"NURUL AINI @ SITI NURUL NAZEERA BINTI ABDULLAH..."


"Jika Allah tidak mengizinkan kamu bersatu dengan yang kamu cintai, Mungkin Allah akan menyatukanmu dengan orang yang sangat mencintaimu"

https://www.facebook.com/share/p/JYeRTEArT4K1E5R3/?mibextid=xfxF2i

Bercinta sebelum berkahwin dengan bercinta selepas berkahwin adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Aku tak pernah ada pengalaman bercinta sebelum berkahwin sehingga membawa diriku hingga ke jinjang pelamin. 

Aku tak pasti pengalaman orang lain, akan tetapi bagi diriku ini, aku tidak mempunyai nasib yang begitu baik. Mungkin ini semua adalah takdir dari ilahi, yang telah ditetapkan buat diriku. Aku harus alami dan hadapi sendiri mengenai kenyataan hidup di dunia ini. 

Kalau sekali, atau dua kali sepanjang hidupku, mungkin ianya berlaku secara kebetulan. Akan tetapi, kalau dah masuk buat kali ketiga, Adakah peristiwa dalam hidupku ini berlaku secara kebetulan??

TEPUK DADA, TANYALAH IMAN ANDA !

Bagi diriku ianya bukan kebetulan. Maka, aku haruslah menghentikan diriku daripada terjebak sekali lagi dalam Dunia Di Alam Percintaan yang penuh dengan kepura-puraan dan kepalsuan. Sebelum aku berkahwin dengan isteriku kini, (atas pilihan keluargaku), aku tidak pasti di mana dan bila ianya bermula. Akan tetapi, apa yang aku pasti ialah, setiap yang bermula pasti akan berakhir juga mengikut ketetapan dan juga takdir dari Allah Taala. Aku harus terima dengan REDHA dan TABAH serta penuh KESABARAN.

Aku cukup tabik hormat pada anda yang menghadapi dugaan hidup iaitu apabila anda bercinta selepas berkahwin. Selepas itu, cinta hati yang anda sayangi itu telah meninggalkan anda buat selama-lamanya. Aduh ! Semoga Allah Taala kurniakan ketabahan juga kesabaran buat anda semua yang menghadapi situasi seperti itu. 

DUGAAN HIDUP KITA SEMUA TIDAK SAMA

Akan tetapi, aku yakin anda mampu untuk menghadapi kenyataan dan juga realiti kehidupan yang sebenarnya. In Shaa Allah, Aamiin, jika sekiranya anda tidak ketemu jodoh selepas ini, aku doakan untuk anda semua agar dikurniakan BIDADARI-BIDADARI SYURGA, khas untuk anda semua. Hanya mereka yang beriman dan beramal soleh yang meninggal dalam ISLAM sahaja layak untuk mendapatkan syurga daripada Allah Taala. Janji Allah Taala pada hamba-hambaNya adalah PASTI. Alhamdulillah, aamiin. 

Janji Allah Itu Pasti. 

"Biar rebah, jangan berubah, 

Biar terbuang terus berjuang, 

Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,

Semakin dekat kepadaNya,

Semakin kuat ribut taufan melanda,

Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,

Kerana janji Allah itu pasti..."

https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk

Berbalik semula kisah yang pernah berlaku dalam hidup aku, aku telah menerima kenyataan hidup dan hakikat bahawa diri yang aku kenal, iaitu SITI NURUL NAZEERA telah meninggalkan DIRIKU BUAT SELAMA-LAMANYA. Kami bertermu kerana Allah Taala dan berpisah kerana Allah Taala juga. 

AKU TERIMA DUGAAN INI TANPA SEBARANG SOAL 

Begitulah yang aku beritahu kepada waris terdekatnya. Semoga engkau tetap kekal tenang dan abadi buat selama-lamanya.

SRIKANDI CINTAKU, SITI NURUL NAZEERA. AAMIIN.

Cinta yang abadi akan membawa kita sampai ke syurga. Ramai yang mudah hanyut dengan nikmat yang ada di dunia ini. Allah Taala tak pandang pun dunia ini. Dunia nyata ini hanyalah sementara sahaja. Kita sebagai hambaNya seharusnya mencari cinta yang lebih dekatkan kita kepada YANG MAHA ESA

Cinta antara dua insan iaitu lelaki dan perempuan bukan mahram boleh menjurus kepada mencampakkan diri kita ke LEMBAH KEBINASAAN. Anggap sahaja "Cinta yang putus di pertengahan jalan" itu bukan jodoh sebenar anda. Perjalanan anda masih jauh lagi. Jangan sampai anda semua sehingga leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara ini. Tugas anda adalah untuk mencari RAHMAT dan REDHA ILAHI semata-mata. 

Sekiranya anda terkorban dalam MISI MENCARI CINTA ABADI hanya kepada Allah Taala, maka ganjaran untuk anda di akhirat nanti sungguh besar. Selain itu, pastikan diri anda berada di dalam ISLAM. Anda wajib berada dalam AGAMA ISLAM. Hanya itu sahaja cara terbaik untuk anda dapatkan CINTA ABADI. Hanya Agama Islam sahaja adalah agama yang diredhai Allah Taala.

"ALLAH TAALA BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN, BUKAN DENGAN APA YANG KITA MAHUKAN DI DUNIA INI..."


"Allah mungkin belum bagi apa yang kita nak. Tapi Allah dah bagi apa yang kita perlu. Bersyukurlah!"

https://www.facebook.com/share/p/CYN9dyN4eBD2whM4/?mibextid=xfxF2i

Ini adalah perkongsian penulisan untuk semua pada kali ini. Aku harap perkongsian ini dapat memberikan satu gambaran daripada keseluruhan perjalanan kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Ini adalah satu contoh perkongsian yang mudah berkenaan dengan isu, 

MENGENAL CINTA YANG ABADI HANYA KEPADA ALLAH TAALA SEMATA-MATA

Oleh itu, selepas ini, banyak-banyakkanlah membuat amal kebajikan kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput Allah Taala untuk menemuiNya apabila kita meninggal dunia nanti. Pastikan terlebih dahulu anda telah berada di dalam Islam. SEDEKAH JARIAHILMU YANG DIMANFAATKAN dan juga DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH JUGA SOLEHAH adalah sebagai bekalan untuk kita selepas meninggal dunia. 


Perlahan-lahan ubah diri kerana tak lama lagi kita akan berjumpa dengan ALLAH...

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan  su'ul khotimah... Aamiin.

https://www.facebook.com/share/Vjuj662zeDToyQDi/?mibextid=xfxF2i

"Fitrah manusia, apabila telah melakukan dosa dan menganiaya diri sendiri, maka lebih mudah untuk mencari tuhan dalam hidup mereka."

Hidayah untuk menerima Islam adalah mengikut ketentuan dan takdir daripadaNya. Namun begitu, hanya orang-orang yang mampu untuk berfikir sahaja setelah menerima hidayah tersebut akan mudah untuk mereka menerima Islam. Ini adalah kunci sebenar sebagai laluan mudah bagi mereka untuk terus ke syurga selepas dihitung juga dihisab segala amal perbuatan mereka. Segala amalan perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Beruntunglah mereka yang telah mendapat Rahmat dan Redha daripadaNya. Mereka layak untuk mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka yang beriman dan beramal soleh. Alhamdulillah, aamiin.


Tanda-tanda Allah Sayang


DIBERIKAN KESEDIHAN - Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya


DIBERIKAN KESAKITAN - Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya

DIBERIKAN KEHILANGAN - Dengan kehilangan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya

DIBERIKAN KESUSAHAN - Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha

DIBERIKAN PENDERITAAN - Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya

DIBERIKAN KEMISKINAN - Kerana Allah mahu kita meminta kepada Nya

DIBERIKAN KEHINAAN - Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya

OLEH ITU... JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA, KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA

HANYA DENGAN BANYAK MENGINGATI ALLAH, HATI KAMU AKAN TENANG DAN KAMU AKAN PEROLEHI KETENANGAN YANG ABADI 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat diri anda di mana juga anda berada. Jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada orang-orang yang terlebih dahulu meninggalkan hidup kita. Al-Fatihah dibaca buat mereka semua. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Sebagai penutup kepada perkongsian pada kali ini, ini adalah merupakan rujukan buat anda semua di sini :-

Adakah anda ada menghadapi masalah diri seperti aku yang mengambil berat tentang orang-orang yang anda kisah dan sayang? Akan tetapi, mereka masih berterusan hidup di dalam kemaksiatan dan juga kejahilan di atas pilihan mereka sendiri?

Oleh itu, anda bolehlah amalkan bacaan doa daripada Al-Quran seperti yang dikongsikan di sini. Ayat Al-Quran tersebut ialah Surah An-Najm, iaiitu ayat 31 hingga 62. Rujukan perkongsian pautan di sini https://quran.com/ms/an-najm/31-62

Selain itu, anda juga boleh baca dan amalkan Surah Al-Mulk, sebagai peneman kita di Alam Barzakh kelak. In Shaa Allah, Aamiin. Rujukan perkongsian pautan di sini :-

FAKHRUL UNIC - SURAH AL-MULK

https://www.youtube.com/watch?v=vusT8rcbRK4

Sila baca dan fahami maksud terjemahan ayat-ayat Al-Quran tersebut. Semoga Allah Taala kurniakan ketenangan dan hilangkan keraguan yang wujud dalam diri anda semua. In Shaa Allah, aamiin. Doa dipanjatkan untuk anda semua bagi yang sudi membaca tulisan ini.

Semoga perkongsian daripada aku pada kali ini dapat menolong sedikit sebanyak mengurangkan beban dalam fikiran anda semua. Teruskan berdoa dan tetap istiqamah untuk terus melakukan kebaikan dan juga kebajikan. Allah Taala tetap bersama hamba-hambaNya yang bersabar menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini. In Shaa Allah, aamiin.



Daripada Abu Hurairah Radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : 

"Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya." 

(Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no : 2752)

Rahmat dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. hanya untuk hambaNya yang beriman sahaja...

YAKINLAH ! Bahawa Janji Allah Taala itu pasti. Nikmat syurga dan seksaan pedih dalam neraka itu BENAR ! 

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbala'lamiin.

"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."


Dua kali Allah Taala ulang dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya.". 

Janji Allah Taala adalah pasti. Aku tidak punyai formula yang khusus untuk anda semua. Akan tetapi, anda jangan putus asa untuk terus berdoa. Semoga kata-kata positif dan juga doa yang aku bacakan ini akan membantu anda sedikit sebanyak mengurangkan masalah yang terbeban dalam fikiran anda semua. In shaa Allah, Aamiin. 

Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu. 

"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."

Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin. 

BERSAMBUNG....

Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....


Wahai hatiku...
Semoga kau tabah dan kuat. Bukan untuk hari ini, tapi untuk setiap hari. 

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

POSTING SEBELUM INI 

https://normanhafizi.blogspot.com/2015/03/punca-lagu-suci-dalam-debu-nyanyian.html



Bloodshed - Srikandi Cintaku [Lirik]


Lirik :
Ha ha ha ha
Dingin malam tirai kenangankuMenyerlahkan sekurun ingatanTerciptalah rimba kehidupanPercintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalanBisikan mu penuh pengharapanTiada garis dapat memisahkanSegalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengertiSegala yang terjadi
Embun menitis panas simpatiPertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terimaGugur kuntum di tengah halamanMedan ini kurasakan sepiTerpaku pilu
Ha ha
Kan ku usung oh jenazah cintaSemadikan nisan kasih suciSemangatmu tetap bersamakuSelama pasti
Ku semaikan pepohon kembojaYang bunganya adalah hati kuSemadilah dalam kedamaianSemangatku tetap bersamamu
Debu malam meragut kenanganMenyedarkan dari lamunankuPercintaan dalam perjuanganKau abadi Srikandi Cintaku
Ha ha ha ha


Srikandi Cintaku Ost. Hantu Kak Limah

Sinopsis :
Hantu Kak Limah mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Kampung Pisang menjadi riuh gara-gara orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. Sementara itu, Husin dan rakannya melihat Kak Limah ada di rumah. Siapakah yang mereka temui sebenarnya? Mereka meminta bantuan Encik Solihin yang merupakan guru silat untuk memburu Kak Limah. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.

Posting lain yang berkaitan di sini :

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...