Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.
13 Julai 2024. 08:48 A.M.
"SESUNGGUHNYA DALAM SETIAP KESUSAHAN PASTI ADA KESENANGAN SELEPASNYA..."
Dua kali Allah Taala ulang dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya.".
Allah Taala sentiasa menguji para hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh juga solehah. Kita sebenarnya tidak akan pernah merasai kehidupan yang begitu mencabar apabila kita cuba untuk membandingkan diri kita dengan nasib orang-orang lain yang lebih baik daripada diri kita. Akan tetapi, keinsafan akan timbul dalam diri kita apabila kita membayangkan diri kita berada dalam keadaan yang serba kekurangan. Ketika itulah baru kita sedar bahawa ada sebahagian besar daripada orang-orang di luar sana sedang hidup dalam serba kekurangan, kesempitan dan juga kemiskinan.
Oleh itu, apabila kita yang sedang hidup dalam keadaan yang lebih bernasib baik ini, seharusnya kita menghulurkan bantuan dengan memberikan sumbangan agar dapat meringankan beban buat semua insan yang memerlukannya.
"TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA YANG MENERIMA..."
Sifat berkasih sayang untuk membantu meeka yang memerlukan bantuan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah Taala. Sayangnya, apabila menuju dalam Fasa Akhir Zaman ini, sudah semakin kurang keprihatinan dan kemanusiaan untuk bantu-membantu dalam soal perkara-perkara kebajikan. Isu ini kita boleh lihat secara menyeluruh apabila timbul isu-isu yang melibatkan saudara sesama Muslim kita, sebagai contoh di Negara Palestin.
Mereka telah lama ditindas oleh Regim Zionis Yahudi yang telah pun menguasai negara mereka sejak tahun 1940an lagi.
"Adakah anda faham bahawa apabila mereka telah diuji dengan sebegitu hebat oleh Allah Taala, maka ganjaran yang bakal mereka perolehi kelak di syurga adalah besar di sisiNya?"
Pada tahun 2024 ini, masyarakat dunia secara umumnya telah menyedari tentang isu Palestin ini adalah isu semasa dunia pada hari ini. Kebanyakan para influencer begitu kagum dengan tahap keimanan mangsa-mangsa kekejaman dalam dunia hari ini terutamanya yang melibatkan Negara Palestin.
Syukur, Alhamdulillah, aamiin. Rahmat dan Lindungan Allah Taala ada di mana-mana sahaja. Kecekalan Rakyat Palestin ini yang mempertahankan Agama Islam dan juga negara mereka dengan darah dan air mata mereka telah membuatkan sebahagian besar influencer di media sosial telah memeluk Agama Islam sebagai agama anutan mereka pada masa ini.
"Fitrah manusia, apabila telah melakukan dosa dan menganiaya diri sendiri, maka lebih mudah untuk mencari tuhan dalam hidup mereka."
Hidayah untuk menerima Islam adalah mengikut ketentuan dan takdir daripadaNya. Namun begitu, hanya orang-orang yang mampu untuk berfikir sahaja setelah menerima hidayah tersebut akan mudah untuk mereka menerima Islam. Ini adalah kunci sebenar sebagai laluan mudah bagi mereka untuk terus ke syurga selepas dihitung juga dihisab segala amal perbuatan mereka. Segala amalan perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Beruntunglah mereka yang telah mendapat Rahmat dan Redha daripadaNya. Mereka layak untuk mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka yang beriman dan beramal soleh. Alhamdulillah, aamiin.
Sebenarnya, tidak mustahil sekiranya masih wujud lagi manusia seperti Rakyat Palestin ini yang tetap mempertahankan Agama dan Negara mereka, walaupun tidak mendapat sokongan majoriti penuh daripada Negara-negara Arab yang lain di kawasan Timur Tengah.
Rasulullah s.a.w. telah pun mendapat gambaran awal bahawa selepas ketiadaannya, walaupun jumlah Umat Islam semakin ramai berbanding dengan ketika pada zamannya, akan tetapi keadaan mereka (iaitu zaman kita semua pada masa sekarang) adalah seperti buih-buih di lautan.
Masalah tetap akan timbul apabila umatnya masih cinta kepada habuan dunia dan takutkan kepada kematian. Oleh itu, sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan seluruh rakyat di Negara Palestin kerana itulah selemah-lemah iman yang mampu dibuat oleh umat-umat Islam pada masa kini buat masa ini.
https://www.facebook.com/share/Vjuj662zeDToyQDi/?mibextid=xfxF2i
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat diri anda di mana juga anda berada. Jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada orang-orang yang terlebih dahulu meninggalkan hidup kita. Al-Fatihah dibaca buat mereka semua. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Sebagai penutup kepada perkongsian pada kali ini, ini adalah merupakan rujukan buat anda semua di sini :-
Adakah anda ada menghadapi masalah diri seperti aku yang mengambil berat tentang orang-orang yang anda kisah dan sayang? Akan tetapi, mereka masih berterusan hidup di dalam kemaksiatan dan juga kejahilan di atas pilihan mereka sendiri?
Oleh itu, anda bolehlah amalkan bacaan doa daripada Al-Quran seperti yang dikongsikan di sini. Ayat Al-Quran tersebut ialah Surah An-Najm, iaiitu ayat 31 hingga 62. Rujukan perkongsian pautan di sini https://quran.com/ms/an-najm/31-62
Selain itu, anda juga boleh baca dan amalkan Surah Al-Mulk, sebagai peneman kita di Alam Barzakh kelak. In Shaa Allah, Aamiin. Rujukan perkongsian pautan di sini :-
FAKHRUL UNIC - SURAH AL-MULK
https://www.youtube.com/watch?v=vusT8rcbRK4
Sila baca dan fahami maksud terjemahan ayat-ayat Al-Quran tersebut. Semoga Allah Taala kurniakan ketenangan dan hilangkan keraguan yang wujud dalam diri anda semua. In Shaa Allah, aamiin. Doa dipanjatkan untuk anda semua bagi yang sudi membaca tulisan ini.
Semoga perkongsian daripada aku pada kali ini dapat menolong sedikit sebanyak mengurangkan beban dalam fikiran anda semua. Teruskan berdoa dan tetap istiqamah untuk terus melakukan kebaikan dan juga kebajikan. Allah Taala tetap bersama hamba-hambaNya yang bersabar menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini. In Shaa Allah, aamiin.
YAKINLAH ! Bahawa Janji Allah Taala itu pasti. Nikmat syurga dan seksaan pedih dalam neraka itu BENAR !
Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbala'lamiin.
"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."
Janji Allah Taala adalah pasti. Aku tidak punyai formula yang khusus untuk anda semua. Akan tetapi, anda jangan putus asa untuk terus berdoa. Semoga kata-kata positif dan juga doa yang aku bacakan ini akan membantu anda sedikit sebanyak mengurangkan masalah yang terbeban dalam fikiran anda semua. In shaa Allah, Aamiin.
Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu.
Janji Allah Itu Pasti.
"Biar rebah, jangan berubah,
Biar terbuang terus berjuang,
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,
Semakin dekat kepadaNya,
Semakin kuat ribut taufan melanda,
Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,
Kerana janji Allah itu pasti..."
https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk
"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."
Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin.
BERSAMBUNG....
Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....
P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
POSTING SEBELUM INI
https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/pusara-di-lebuhraya.html
No comments:
Post a Comment