Beliau Digelar Pemimpin Ditaktor Tetapi Apa Yang Anda Nikmati Sekarang Adalah Dari Jasanya
Dr Mahathir adalah nama besar dalam arena politik di Malaysia. Beliau pernah digelar sebagai pemimpin ditaktor atau kuku besi di era pemerintahannya. Mempunyai nama pena “Che Det” dan Dr.M, Dr.Mahathir sangat lantang bersuara semasa pemerintahnya dan sehingga kini(walaupun sudah bersara).
Ramai orang yang mengkritik tindakan Dr.Mahathir semasa era pemerintahannya. Kritikan itu tidak melemahkannya dan beliau sentiasa mempertahankan tindakannya.
Kini, idea yang mendapat kritikan dilaksanakan oleh Dr.Mahathir sebelum ini dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Sebagai contoh pembinaan Putrajaya. Putrajaya yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan kini adalah lambang kemodenan dan pembangunan yang dibawa oleh Dr.Mahathir.
Ketika penggal pemerintahannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar. Pembangunan itu telah berjaya mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara ‘Harimau Ekonomi Asia’.
Masyarakat Malaysia pasti mengingati jasa beliau ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.
Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.
Antara projek-projek berprofil tinggi (digelar “PROJEK MEGA”) yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya adalah Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
http://www.blogammar.com/mahathir-pemimpin-ditaktor/
No comments:
Post a Comment