Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 22 August 2017

NASIB KITA


Nasib Kita, Mus & Mael Wings - maksud disebalik lagu (video)

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

11 Julai 2024. 07:58 A.M.

"SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI..."

Aku masih teringat lagi apabila membaca dan juga mendengar perkataan orang-orang yang menolak untuk menerima nasihat ataupun teguran agar mereka berubah. Berubah untuk kebaikan diri mereka juga di kemudian hari. 

"Kubur kita semua lain-lain".

Begitulah betapa angkuhnya mereka menolak ajaran untuk mereka berubah ke arah yang positif bagi masa depan mereka yang lebih baik. Dugaan dan cabaran lebih hebat lagi dihadapi oleh para Nabi dan Rasul Utusan Allah demi menyampaikan segala risalah kata-kata peringatan daripada Allah Taala. Semuanya adalah peringatan agar mereka boleh mengelak daripada terkena siksaan Allah Taala Yang Amat Pedih di dalam Neraka.

Fitrah manusia, apabila telah melakukan dosa dan menganiaya diri sendiri, maka lebih mudah untuk mencari tuhan dalam hidup mereka.

Hidayah untuk menerima Islam adalah mengikut ketentuan dan takdir daripadaNya. Namun begitu, hanya orang-orang yang mampu untuk berfikir sahaja setelah menerima hidayah tersebut akan mudah untuk mereka menerima Islam. Ini adalah kunci sebenar sebagai laluan mudah bagi mereka untuk terus ke syurga selepas dihitung juga dihisab segala amal perbuatan mereka. Segala amalan perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Beruntunglah mereka yang telah mendapat Rahmat dan Redha daripadaNya. Mereka layak untuk mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka yang beriman dan beramal soleh. Alhamdulillah, aamiin.

Adakah anda ada menghadapi masalah diri seperti aku yang mengambil berat tentang orang-orang yang anda kisah dan sayang? Akan tetapi, mereka masih berterusan hidup di dalam kemaksiatan dan juga kejahilan di atas pilihan mereka sendiri?

Oleh itu, anda bolehlah amalkan bacaan doa daripada Al-Quran seperti yang dikongsikan di sini. Ayat Al-Quran tersebut ialah Surah An-Najm, iaiitu ayat 31 hingga 62. Rujukan perkongsian pautan di sini https://quran.com/ms/an-najm/31-62

Selain itu, anda juga boleh baca dan amalkan Surah Al-Waqiah. Rujukan perkongsian pautan di sini


FAKHRUL UNIC - SURAH AL-WAQIAH

https://www.youtube.com/watch?v=4OaAPebg56c

Sila baca dan fahami maksud terjemahan ayat-ayat Al-Quran tersebut. Semoga Allah Taala kurniakan ketenangan dan hilangkan keraguan yang wujud dalam diri anda semua. In Shaa Allah, aamiin. Doa dipanjatkan untuk anda semua bagi yang sudi membaca tulisan ini.

AKU BERLEPAS DIRI DARIPADA NASIB DAN JUGA MUSIBAH YANG BAKAL KAMU TERIMA KELAK DI AKHIRAT !

Bukan menjadi tanggungjawab kepada kita apabila dakwah, teguran dan juga nasihat telah pun diberikan, namun mereka masih lagi hidup dalam kesesatan serta bergelumang dalam dosa dan juga maksiat. 

ITU ADALAH PILIHAN YANG MEREKA AMBIL !

Maka, RISIKO di atas perbuatan mereka kelak akan ditanggung oleh diri mereka sendiri !

Semoga perkongsian daripada aku pada kali ini dapat menolong sedikit sebanyak mengurangkan beban dalam fikiran anda semua. Teruskan berdoa dan tetap istiqamah untuk terus melakukan kebaikan dan juga kebajikan. Allah Taala tetap bersama hamba-hambaNya yang bersabar menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini. In Shaa Allah, aamiin.



Daripada Abu Hurairah Radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : 
"Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya." 

(Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no : 2752)

Rahmat dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. hanya untuk hambaNya yang beriman sahaja...

YAKINLAH ! Bahawa Janji Allah Taala itu pasti. Nikmat syurga dan seksaan pedih dalam neraka itu BENAR ! 

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbala'lamiin.

"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."


Dua kali Allah Taala ulang dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya.". 

Janji Allah Taala adalah pasti. Aku tidak punyai formula yang khusus untuk anda semua. Akan tetapi, anda jangan putus asa untuk terus berdoa. Semoga kata-kata positif dan juga doa yang aku bacakan ini akan membantu anda sedikit sebanyak mengurangkan masalah yang terbeban dalam fikiran anda semua. In shaa Allah, Aamiin. 

Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu. 


Janji Allah Itu Pasti. 

"Biar rebah, jangan berubah, 

Biar terbuang terus berjuang, 

Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,

Semakin dekat kepadaNya,

Semakin kuat ribut taufan melanda,

Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,

Kerana janji Allah itu pasti..."

https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk

"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."

Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin. 

BERSAMBUNG....

Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....


Wahai hatiku...
Semoga kau tabah dan kuat. Bukan untuk hari ini, tapi untuk setiap hari. 

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

POSTING SEBELUM INI 

https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/aku-mahu-pulang.html


---------------------------------------------------------------

Arkib : 29 APRIL 2023


Saya tak tahu kenapa kematian Arwah Mael, Awani tanya pendapat Dato’ Hattan..

Bagi abang keretamayat, orang paling sesuai untuk ditanya pendapat tentang “kehilangan” Arwah Mael, adalah Joe Wings atau Mus May.

Kenapa?

Alkisahnya, zaman abang bujang, 1999, lepas Anwar Ibrahim kena penjara, balik dari kerja kilang, terdengar lagu ni di corong radio, first time dengar terus jatuh cinta, liriknya puitis, muziknya padu, suaranya merdu..

Apa judul lagu itu?

Nasib Kita, nyanyian oleh Mael XPDC untuk nada rendah, Mus May untuk nada tinggi, dan Susunan Muzik oleh Joe Wings.. ciptaan sepenuhnya JS Kevin.

Terus abang capai gitar, hafal lagu ni, dan cari kod sendiri, dan menyanyi.. perghhh sedap betul lagu nih!

Oleh sebab lagu ini sedap lirik dan melodinya, terus kawan rumah sewa (Abang Li dari Yong Peng Johor) belajar main gitar dengan jadikan lagu ini sebagai asas nyanyian..

Lirik lagunya yang berhantu..

Warnanya serupa
Namun ianya tidak sekata
Sememang banyak bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya

Dan lagu ni memang betul betul kisah tentang Nasib kita, juga Nasib penyanyi Mael berpecah dari XPDC, penyanyi Mus berpecah dari May, masuk wings lepas tu pecah balik, dan Joe berpecah dari Wings, hingga saya rasa mustahil ketiga tiga meraka ni akan mampu menyanyi live lagu ni.. 
Mustahil! Tak akan berlaku, takde dalam universe ini!

Ringkas cerita, masa berbalu..

Zaman rock dah berlalu, banyak konsert rock tak wujud, penyanyi rock dah tak boleh cari makan, tapi XPDC masih mampu buat konsert.. masih ada aura tersendiri!

Dan Arwah Mael ni uniknya dia, suara sakit, suara tenggelam, suara sekejap ada sekejap takde, orang masih layan arwah menyanyi live, kadang Mael tak nyanyipun, penonton yang nyanyi, takpe, sebab orang suka dia, dan faham dia, dan hargai dia, hingga satu lagu, dapat dengar 10 peratus suara asal Mael pun takpe dah..

Ajaib!, rasanya memang Takde dalam sejarah Rock Malaysia, penyanyi yang suara dah tenggelam, sekejap ada sekejap takde, tapi masih buat konsert sampai hujung usia, takde.., masa PKP pun selamba buat konsert Bersama DJ dari konti Bapakku FM berjam jam, Abang layan betul masa PKP konsert Mael tu, power aura dia!

Dan bercerita tentang Nasib kita..

Sejarah akhirnya tercipta, yang mana baru baru ni, semua line up Nasib Kita,  mereka berkongsi pentas dan buat pertama kali, NASIB KITA live dinyayikan oleh semua orang yang sama! Mus dengan vokal yang mantap, Mael dengan aura tersendiri, dan Joe dengan gorengan gitar yang hebat..

Lagu Nasib kita macam tahu hujung usia Mael akan sakit suaranya, Joe akan berpisah dari Wings, dan Mus terkeluar balik dari Wings, sebab Awie dan masuk balik, maka konsert NASIB KITA menjadi sejarah buat peminat Mael, yang mana dapat akhrinya menyanyi lagu ini secara live buat kali terakhir.. dengan semua line up asal..

Maka pendapat abang keretamayat, tengok mereka bertiga atas pentas buat kali pertama dan terakhir, elok AWANI tanyalah tentang kehilangan Arwah Mael pada Mus atau Joe.

Begitulah!

Tapi jika mereka berdua sibuk, Nak tanya abang keretayat pun boleh jugak!

Woha!





Mmg terkesima masa hadir pada konsert ni apabila arwah mael dgn mus bawa lagu ni,diiringi petikan gitar joe, kenangan berharga


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...