Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 12 August 2017

BELAIAN JIWA

CAREFREE

(Care For You)

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

12 Julai 2024. 08:18 A.M.

"PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI..."


"Jika Allah tidak mengizinkan kamu bersatu dengan yang kamu cintai, Mungkin Allah akan menyatukanmu dengan orang yang sangat mencintaimu"

https://www.facebook.com/share/p/JYeRTEArT4K1E5R3/?mibextid=xfxF2i

AKU SUKA MENULIS. Aku akan terus menulis selagi hayatku dikandung badan. Aku menulis kerana ini sahaja cara terapi untuk aku sentiasa mendekatkan diriku kepada Allah Taala. Kalau anda nak ikut cara seperti ini aku takkan menghalang. Akan tetapi, buatlah secara IKHLAS dan kekal consistent (ISTIQAMAH) sepanjang masa. Melalui penulisan ini, aku mampu untuk keluarkan fikiran aku buat seketika waktu. Dalam fikiran aku ini, aku dapat keluar sejenak daripada memikirkan masalah harian yang sedang aku hadapi ini. Selain itu, apabila aku sedang berada dalam fikiran aku sekarang ini, maka aku akan dapat membantu bagi memikirkan perkara lain yang dapat membantu anda semua pada masa ini. In Shaa Allah, Aamiin.


TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Rujukan bacaan di sini 


Pada waktu dulu-dulu sekitar tahun 2010 yang lalu, aku menulis sebab keperluan KESIHATAN dan juga sebagai terapi untuk sesi PSIKOLOGI dan juga KAUNSELING. Ketika aku sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Aku pernah mengalami TEKANAN PERASAAN (depressi) yang teruk sewaktu aku pernah berkerja dahulu di TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS) Sungai Besi, Kuala Lumpur. Berbagai-bagai jenis manusia yang aku temui ketika itu sepanjang aku bekerja untuk menyiapkan projek ini. Projek ini bernilai RM570 juta dan perlu disiapkan dalam jangkaan 2 tahun sepanjang tempoh aku berkhidmat di sana. Namun begitu, aku tetap bersyukur kerana aku pernah bekerja di sini dan aku juga dapat menyumbangkan sesuatu buat Negaraku MALAYSIA sebelum aku pergi. 

SEBELUM AKU PERGI MENINGGALKAN DUNIA INI BUAT SELAMA-LAMANYA

Aku pernah nyatakan sendiri kepada isteriku bahawa aku telah sehabis baik untuk laksanakan  tanggungjawab. Aku bertanggungjawab menguruskan projek ini bersama-sama rakan-rakan sepejabatku dengan penuh dedikasi dan amanah kepada syarikat dan juga negara. Ini adalah sebagai tanda CINTAKU kepada Malaysia dan juga sebagai lambang CINTA ABADIKU kepada ALLAH TAALA. Aku telah berjaya buktikan bahawa aku mampu untuk menggalas tanggungjawab ini sehingga projek ini berjaya disiapkan mengikut jadual. Alhamdulillah, aamiin, projek mega ini telah pun berjaya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Keenam ketika itu, iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Untuk pengetahuan semua, selepas projek ini siap, aku tak pernah menjejakkan kakiku di sini sehingga ke hari ini. Biarlah ia menjadi KENANGAN MANIS dan yang TERINDAH buat diriku sendiri. Aku yakin kerana ianya mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain yang berada di sini. Mereka dan anda semua sedang BAHAGIA menggunakan perkhidmatan bas awam seperti ketika anda semua sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA Airport. Alhamdulillah, Aamiin.

Pada hari ini, aku sudah mula menulis di dalam DIARI HATIKU sebagai satu cara untuk aku lebih dekatkan diri dengan YANG MAHA ESA. Oleh itu, anda semua buatlah apa sahaja yang anda minat dan suka sebagai hobi dan mengisi masa lapang anda masing-masing. Buatlah segala perkara yang boleh mendatangkan MANFAAT kepada diri anda. Anda jangan sesekali melakukan perkara yang dilarang agama bagi segala perkara yang SIA-SIA. Ini adalah kerana ianya boleh mengundang KEMURKAAN ALLAH akibat DOSA yang anda sendiri lakukan akibat daripada perbuatan itu. Yang pentingnya ialah asalkan anda tak letakkan SEMUA BEBAN dalam kepala iaitu FIKIRAN, HATI dan PERASAAN anda. 

In Shaa Allah, aamiin. Sedikit sebanyak melalui dengan cara ini sahaja dapat membantu dan juga menyelesaikan segala kebuntuan dalam diri anda masing-masing. Anda beruntung sebab dapat membaca DIARI RAHSIA HATIKU secara public (umum). Ini sahaja salah satu cara supaya isteriku dan juga anak-anakku dapat membaca fikiran aku walaupun aku telah meninggal dunia kerana kematian yang telah datang menjemputku di kemudian hari. 

"APA YANG KITA TULIS, ITU YANG ALLAH TAALA TAKDIRKAN UNTUK KITA..."

Sebelum aku terlupa, aku ingin senaraikan nama-nama BIDADARI-BIDADARIKU di SYURGA dengan izin dan Redha daripada Allah Taala. In Shaa Allah, aamiin.

ALL THE SEVEN ELEMENT (The After Life Mode):-
  1. ARYANA SOFEA (Subconscious Mind)
  2. TENGKU HASNIZA (Courage)
  3. NOR FAZREEN (Social)
  4. SOFIA JANE (Shy/Conscious Mind)
  5. NUR SAADAH (Spiritual)
  6. FARAH DALILA (Happiness)
  7. SITI NURUL NAZEERA (Diplomacy) END

Yang KELAPAN ialah nama isteriku sekarang. 

CONCLUSIONS (The Stealth / Hidden Mode):-

  1. MONDAY (Subconscious Mind)
  2. TUESDAY (Courage)
  3. WEDNESDAY (Social)
  4. THURSDAY (Shy/Conscious Mind)
  5. FRIDAY (Spiritual)
  6. SATURDAY (Happiness)
  7. SUNDAY (Diplomacy) END

THE INSIDE OUT CHARACTERS

Reference related posting: https://normanhafizi.blogspot.com/2024/06/the-joy-of-life.html

Kajian Kes Selama 42 Tahun (Jun 1982 hingga Jun 2024). Kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 2 Minggu (30 Jun 2024 hingga 15 Julai 2024). STATUS SELESAI. Alhamdulillah, aamiin.

Semoga Allah Taala Beri Yang Terbaik Untuk Kita. Aamiin...

COGNITIVE BEHAVIOUR TERAPHY (CBT) SESSION FROM ME TO YOU

  1. THE JOY OF LIFE https://normanhafizi.blogspot.com/2024/06/the-joy-of-life.html
  2. MAWAR MERAH https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/mawar-merah.html
  3. SEMALAM YANG HANGAT https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/semalam-yang-hangat.html
  4. PADA SYURGA DI WAJAHMU https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/pada-syurga-di-wajahmu.html
  5. SAYAP ILUSI https://normanhafizi.blogspot.com/2017/08/sayap-ilusi-wings-maksud-disebalik-lagu.html
  6. GEMA DI INDERALOKA https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/gema-di-inderaloka.html#google_vignette
  7. DALAM KEHADIRAN SOFIAH https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/dalam-kehadiran-sofiah.html
  8. AKU MAHU PULANG https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/aku-mahu-pulang.html
  9. NASIB KITA https://normanhafizi.blogspot.com/2017/08/nasib-kita-mus-mael-wings-maksud.html
  10. PUSARA DI LEBUHRAYA https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/pusara-di-lebuhraya.html
  11. SUCI DALAM DEBU https://normanhafizi.blogspot.com/2015/03/punca-lagu-suci-dalam-debu-nyanyian.html
  12. SRIKANDI CINTAKU https://normanhafizi.blogspot.com/2018/08/bloodshed-srikandi-cintaku.html
  13. NURANI https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/nurani.html
  14. BELAIAN JIWA https://normanhafizi.blogspot.com/2017/08/wings-sayap-ilusi-video.html

 

AINI 

(Cinta Hati Abang)

Nota : Anda DILARANG SAMA SEKALI mengambil gambar ini dan ianya adalah hak milik eksklusif daripada penulis asal kisah ini. Allah Taala sedang memerhatikan perbuatan anda !

Aku sayang ISTERIKU kini dan aku juga sayang, SAYANG-SAYANG SANGAT-SANGAT kepada SEMUA BIDADARI SYURGAKU ini jika diizinkan oleh Allah Taala untukku. Aamiin Ya Robbal'alamiin. 

NIKMAT APA LAGI YANG AKU CUBA DUSTAKAN ???!

Ingatlah ! Anda semua takkan dapat semua nikmat yang KEKAL ABADI ini juka anda masih belum BERIMAN. Masih belum lagi menerima ISLAM sepenuh hati anda. Berhati-hatilah kepada yang munafik dalam agama. SIKSAAN PEDIH kepada munafik agama di NERAKA JAHANAM. Jangan sesekali anda semua mencampakkan diri anda ke LEMBAH KEBINASAAN. Ini adalah kerana di situlah SEBURUK-BURUK TEMPAT untuk kembali menemui ALLAH TAALA. Anda tidak akan dipandang dengan BELAS KASIHAN kerana sedang menerima SIKSAAN daripada malaikat yang menjalankan tugas dan amanah yang dipikulnya. 

SESAT HUJUNG JALAN, BALIKLAH KE PANGKAL JALAN...

Kembalilah ke pangkal jalan sekiranya anda telah tersesat jauh. Banyak-banyakkanlah BERTAUBAT supaya selepas ini akan menerima ketenangan dalam diri untuk menerima CINTA ABADI DARI ILAHI. In Shaa Allah, Aamiin.

HIDAYAH ITU HAK MILIK ALLAH S.W.T. SAHAJA

JASAD + JIWA + ROH = HATI NURANI + AKAL FIKIRAN akan menghasilkan formula untuk mudah terima HIDAYAH daripada Allah Taala. Gabungan kesemua elemen tersebut akan menghasilkan manusia bertaraf Khalifah untuk mentadbir dan juga memegang amanah daripada Allah Taala di muka bumi. 

Manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Seperti mana bapa manusia iaitu Nabi Adam a.s. mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini, sudah tentu semua zuriat keturunannya juga mampu untuk melaksanakannya. 

"Fitrah manusia, apabila telah melakukan dosa dan menganiaya diri sendiri, maka lebih mudah untuk mencari tuhan dalam hidup mereka."

Hidayah untuk menerima Islam adalah mengikut ketentuan dan takdir daripadaNya. Namun begitu, hanya orang-orang yang mampu untuk berfikir sahaja setelah menerima hidayah tersebut akan mudah untuk mereka menerima Islam. Ini adalah kunci sebenar sebagai laluan mudah bagi mereka untuk terus ke syurga selepas dihitung juga dihisab segala amal perbuatan mereka. Segala amalan perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Beruntunglah mereka yang telah mendapat Rahmat dan Redha daripadaNya. Mereka layak untuk mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka yang beriman dan beramal soleh. Alhamdulillah, aamiin.


Do'a Rasulullah Saat Bangun Tahajud

-------------------------

Ya Allah, bagi-Mu segala pujian…

Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi…

Dan apa-apa yang berada di dalamnya.


Ya Allah, bagi-Mu segala pujian…

Kepunyaan-Mu seluruh kerajaan langit dan bumi…

Dan apa-apa yang berada di dalamnya.


Ya Allah, bagi-Mu segala pujian…

Engkaulah Cahaya langit dan bumi…

Dan apa-apa yang berada di dalamnya.


Hanya bagi-Mu segala puji…

Engkaulah Sang Maha HaQ.

Janji-Mu itu Maha Benar…

Pertemuan dengan-Mu adalah benar…

Firman-Mu adalah Benar.

Surga itu Benar…

Neraka itu Benar…

Muhammad Shallallahu 'alaihi Wassalam, adalah Benar…

Dan Hari Kiamat itu adalah Benar.


Ya Allah, hanya untuk-Mu aku Bersimpuh…

Hanya kepada-Mu aku Beriman…

Hanya kepada-Mu aku Bertawakal…


Ya Allah…

Kepada-Mu aku Kembali…

Karena-Mu aku Berjuang…

Dan Kepada-Mu pula aku Berhakim.


Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan yang kemudian…

Ampunilah aku dari dosa yang aku sembunyikan dan yang aku tampakkan…

Dan dari semua dosa-dosaku yang Engkau lebih Mengetahui dari diriku…


Engkaulah yang Menyegerakan…

Dan Engkaulah yang Mengakhirkan…

Tiada Tuhan melainkan Engkau…

Tiada daya dan kekuatan, melainkan karena Engkau ya Allah…

(HR. Bukhari)

"BERDOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."


https://www.facebook.com/share/p/AdnoDs8twE7pntiJ/?mibextid=xfxF2i

7 Tanda-tanda Allah Sayang kepada Hamba-hambaNya yang beriman
  1. DIBERIKAN KESEDIHAN - Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya
  2. DIBERIKAN KESAKITAN - Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya
  3. DIBERIKAN KEHILANGAN - Dengan kehilangan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Nya
  4. DIBERIKAN KESUSAHAN - Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha
  5. DIBERIKAN PENDERITAAN - Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya
  6. DIBERIKAN KEMISKINAN - Kerana Allah mahu kita meminta kepada Nya
  7. DIBERIKAN KEHINAAN - Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya
OLEH ITU... JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA, KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA

Hidayah itu hak milik eksklusif hanya daripada Allah s.w.t. sahaja. Bagi mereka yang masih belum terima hidayah tersebut, maka anda haruslah mencari dan juga mempelajarinya. Hanya dengan AGAMA ISLAM sahaja cara terbaik untuk mudah terima Hidayah daripada Yang Maha Esa.

Jadi bagaimana pula dengan yang telah memeluk Agama Islam?

Adakah perlu untuk terus mencari dan juga mendapatkan Hidayah daripada Allah Taala itu?

Bagi mereka yang telah menerima Hidayah daripada Allah Taala untuk peluk Agama Islam, maka anda perlulah teruskan perjuangan dengan mencari RAHMAT dan REDHA daripada Allah Taala pula selepas ini. 

Kebanyakan manusia yang masih lagi sesat dan tidak menemui kunci kehidupan sebenar adalah untuk mencari petunjuk jalan bagi mereka di akhirat kelak. Jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah Taala hanya ada dalam AGAMA ISLAM sahaja. Selain daripada agama ini, maka anda akan terus sesat apabila hidup di dunia ini. 



Daripada Abu Hurairah Radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : 

"Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya." 

(Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no : 2752)

Rahmat dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. hanya untuk hambaNya yang beriman sahaja...

Kehidupan di dunia ini adalah sementera. Kehidupan yang kekal abadi hanya berlaku apabila telah berada di akhirat kelak. Ganjaran syurga hanya layak untuk hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh dan solehah. Mereka akan tetap mendapat kenikmatan abadi di akhirat kelak dengan disertai juga RAHMAT dan LINDUNGAN daripada Allah Taala semata-mata. Manakala bagi hamba-hambaNya yang ingkar untuk menerima peringatan dan amaran daripada utusan iaitu Para Nabi dan Rasul-rasulNya, maka anda bersedialah untuk menerima seksaan yang PEDIH sebagai balasan di atas doa dan juga kerana perbuatan mensyirikkan Allah Taala ketika hidup di dunia dahulu. 

Oleh itu, sama-samalah kita berikan peringatan dan nasihat sesama kita agar kita sentiasa dapat teruskan kehidupan di dunia ini untuk terus melakukan AMAL KEBAJIKAN. Ini adalah sebagai persiapan bekalan yang akan kita bawa apabila kita meninggal dunia nanti. 

MENGENAL CINTA YANG ABADI HANYA KEPADA ALLAH TAALA SEMATA-MATA

Oleh itu, selepas ini, banyak-banyakkanlah membuat amal kebajikan kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput Allah Taala untuk menemuiNya apabila kita meninggal dunia nanti. Pastikan terlebih dahulu anda telah berada di dalam Islam. SEDEKAH JARIAHILMU YANG DIMANFAATKAN dan juga DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH JUGA SOLEHAH adalah sebagai bekalan untuk kita selepas meninggal dunia. 


Perlahan-lahan ubah diri kerana tak lama lagi kita akan berjumpa dengan ALLAH...

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan  su'ul khotimah... Aamiin.

https://www.facebook.com/share/Vjuj662zeDToyQDi/?mibextid=xfxF2i

SEMOGA PENULISAN INI MENJADI KESEMBUHAN (SYIFA) BUAT DIRIKU DAN JUGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MEMBACANYA. AAMIIN.


"Keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud. Maka perbanyak doa (di dalamnya)". (HR. Muslim)

Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu. 


"Buatlah apa sekalipun di dunia ini, SOLAT JANGAN TINGGAL. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak jangan sesekali tinggal. Tak kusyuk ke, kau rasa terpaksa ke atau surah pendek je kau hafal semua itu tak ada masalah. Allah terima kau seadanya. Satu-satunya yang boleh terima kau apa adanya.".

HANYA DENGAN BANYAK MENGINGATI ALLAH, HATI KAMU AKAN TENANG DAN KAMU AKAN PEROLEHI KETENANGAN YANG ABADI 

YAKINLAH ! Bahawa Janji Allah Taala itu pasti. Nikmat syurga dan seksaan pedih dalam neraka itu BENAR ! 

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbala'lamiin.

"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."

Janji Allah Itu Pasti. 

"Biar rebah, jangan berubah, 

Biar terbuang terus berjuang, 

Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,

Semakin dekat kepadaNya,

Semakin kuat ribut taufan melanda,

Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,

Kerana janji Allah itu pasti..."

https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk

Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin. 

BERSAMBUNG....

Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....


Wahai hatiku...
Semoga kau tabah dan kuat. Bukan untuk hari ini, tapi untuk setiap hari. 

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

POSTING SEBELUM INI 

https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/nurani.html



Carefree - Belaian Jiwa [Lirik]


Lyrics
Seindah tiada lagi kau ku ingatkan sayang kau hilangMenanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu betapa ku sayang padamuHanya bidadari sebagai ganti (ho)Hanya takdir menentukan iaOh belaian jiwa
Hey
Oh angin sampaikan lagu ku padanya yang sedih piluTerimalah lagu ku jadi teman hidupmu untuk selamanya
Kau tahu betapa ku sayang padamuHanya bidadari sebagai ganti (ho)Hanya takdir menentukan iaOh belaian jiwa
Kau tahu betapa ku sayang padamuHanya bidadari sebagai ganti (ho)Hanya takdir menentukan iaOh belaian jiwaSayang padamu hanya bidadari sebagai ganti (ho)Hanya takdir menentukan ia ohBelaian oh belaian

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...