Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 27 October 2020

The Takafulman. TAKAFUL 2014

 TAKAFUL 2014 : TERIMA KASIH ATAS NOMBOR 1 INI, SEKALI LAGI UNTUK KEDUA KALI

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam,
Aku dapat pengkhabaran gembira (yang official).
"Nombor 1 ranking Takaful seluruh Malaysia untuk tahun 2014"
Kali ke-2, setelah kali pertama pada tahun 2013.
Alhamdulillah.
Aku diberitahu, terdapat kurang lebih 10,000-12,000 ejen berlesen yang aktif memberi khidmat di seluruh negara ini dan untuk tahun 2014, Tuhan beri peluang kepada aku menduduki tempat pertama, nombor 1 seluruh Malaysia, sekali lagi.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih,
Paling utamanya aku tujukan pada semua sahabat yang bagi kepercyaan. Untuk tahun 2014 saja, seramai 264 orang klien baru yang bagi aku kepercayaan untuk menguruskan hal ehwal Takaful mereka. (klien, yakni kau orang lah ni)
Majoritinya ada bersama aku dalam FB ni.
Walaupun aku tahu, kadang kadang ada yang tak setuju dengan status status dan komen komen aku di FB ni yang berbeza pendapat dan fikrah, tapi itu semua tak menghalang untuk kita bersatu hati dalam hal yang melibatkan kepentingan Takaful.
Aku tak ambil kisah pun, sebab aku percaya sahabat sahabat aku ni tahu erti 'mensekularkan' antara kerjasama Takaful dengan ideologi dan fikrah individu. Untuk kefahaman atas toleransi berbeda pendapat sebegini, sekali lagi aku nak ucapkan Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada kalian semua.
Dikesempatan ni, aku juga nak minta maaf atas kekurangan dan kelemahan sepanjang tempoh memberi khidmat. Maaf kalau aku lambat reply wassap, maaf kalau aku lambat return call, maaf kalau aku lambat update, maaf kalau aku lambat reply sms, lambat bagi polisi, lambat kolek duit. Maaf, maaf dan maaf atas apa apa yang mencuit rasa kecewa dalam hati kalian.
Bukanlah apa, aku pun perlu melalui rutin manusia, macam kalian juga. Kadang kadang aku lambat sebab tengah menyuap nasi ke mulut, kadang kadang aku tengah memandu, kadang kadang aku tengah mandi, tengah tidor, tengah demam, uruskan anak anak dan segala macam 'tengah' yang tak boleh aku elakkan.
Terima kasih seterusnya, pada keluarga ajensi yang aku wakili, SIXMA. Board of Directors, ketua ketua, dan kawan kawan SIXMA yang aku hormati dan kasihi sekalian.
Terima kasih terakhir;
Aku tujukan pada kawan kawan seluruhnya di FB ni, yang dah ada takaful ataupun belum, yang jadi klien ataupun tidak..asalkan 1 daripada semua orang ni, aku terima kasihkan juga. Sebabnya, kalian tabah melayan 'takaful preaching' aku hampir setiap hari. Tapi kalau ramai yang hide dan unfriendkan aku along the way tu, tak apa lah. Aku terima kasihkan juga.
Untuk tahun 2015, aku nak fokus pada TakafulSixmaInfiniti. Setakat ni, Takaful Inifniti ni ada 15 orang yang aktif. Aku sangat encourage pada siapa siapa yang sedang terkial kial nak cari part time job, marilah bersama aku dalam TakafulSixmaInfiniti.
Aku taklah janjikan hari ni masuk, tiga bulan lepas tu kau jadi orang kaya yang berjaya, yang boleh aku janjikan..bila kau masuk, kau akan tempuh jalan kemanusiaan, yang didalamnya ada sedikit kepayahan, kerumitan dan kesulitan. Tapi sebab ianya jalan kemanusiaan, didalamnya juga ada kesenangan, keseronokan dan kebebasan. Aku bercakap ni, bukan retorik..aku dah lalui jalan ni, sebab tu lah aku berani ajak. Jangan bimbang, kau tak perlu buat personal loan 10 tahun, atau kena masuk program pairing untuk berkhidmat sebagai Takafulman. Hehehe.
Cuba lah. Jangan gusar tentang ejen takaful yang ramai berjalan di kiri kanan, itu bukan hal yang merisaukan. Yang patut kau orang risaukan adalah sikap takut untuk mencuba dan menganggap semua perkara di dunia ini susah.
Janganlah takut, mari aku ajarkan, sebaba ramai yang dah berjaya pun.
2015, aku masih bertugas memberi pencerahan dan perkhidmatan Takaful seperti biasa. Pada yang belum ada Takaful, ambillah. Beritahu kawan kawan, dan kontek aku macam biasa kalau nak aku ceritakan kisah kisah Takaful yang menghiburkan. Kau orang tahu nak cari aku di mana kan?
Kepada ejen ejen dari ajensi lain yang sering bertanya di inbox FB, aku takde apa apa rahsia pun nak dikongsikan, tapi ada lah sikit benda boleh cerita...kena turun Tanjong Malim lah kalau nak belajar. InsyaAllah aku ajarkan.
Oleh yang demikian, atas segala hal yang di atas, sekali lagi..terima kasih, terima kasih dan terima kasih.
"Ramai mencari, apakah amal amal yang boleh mengesankan ummah?, maka pasti, Takaful ini lah salah satu daripadanya"

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...