اعوذبالله من الشيطان الرجيم.
بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
TANDA LAILATUL QADAR DAN AMALAN BACAAN 10 MALAM AKHIR RAMADHAN
▩ Tanda paling TEPAT, bahawa malam tadi Lailatul Qadar... matahari pagi esoknya, selepas Lailatul Qadar.. kurang menyinar. Kerana dilindung oleh sayap² Malaikat yang nak naik ke atas semula selepas mereka turun semuanya ke bumi dimalam Lailatul Qadar.
■ Dan air laut terasa tawar.... mungkin orang yang terpilih sahaja dapat merasainya.... Pokok² sujud..... Pada malam itu juga, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Dan keadaan langit putih pada esoknya... malam itu juga, anjing tidak menyalak...
■ Jangkaan berlakunya Malam Lailatul Qadar, jika puasa bermula pada hari isnin... ada yang mengatakan mungkin malam ke 21 dan mungkin juga malam ke 27. (Namun hanya الله yang tahu, bila waktu yang tepat berlakunya Lailatul Qadar).
✔ Apabila ketika masuk 10 hari akhir bulan Ramadhan... Baginda Muhammad s.a.w.mengikat kainnya, bersungguh² dengan ibadah dan menggerakkan isteri² (ahli keluarga) baginda bangun bersama berqiamullail.
✔ Mulai malam 21 sehingga malam terakhir Ramadhan bacalah, Surah Al-Zalzalah 2x, Surah Al-Kafirun 4x, Surah Al-Ikhlas 3x dan Surah Yassin 1x.
Nabi Muhammad s.a.w. menyebutkan dalam hadis yang maksudnya:
"Sekali baca surah Al-Zalzalah itu seperti membaca ½ Al-Quran. Sekali baca surah Al-Kafirun itu seperti membaca ¼ Al-Quran. Sekali baca surah Al-Ikhlas itu seperti membaca ⅓ Al-Quran. Dan siapa baca surah Yassin seumpama membaca 10x Al-Quran".
MOGA KITA BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR
Aamiin
(via : Ustaz Muhazir bin Hj.Joll)
moga dapat memberi manfaat.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215073284561124&id=1101123111
Pautan artikel yang lain yang berkaitan dengan topik perbincangan ini :-
Adakah 27 Ramadhan 1441H, Malam Lailatul Qadar? Tonton dan nilaikan sendiri...Alhamdulillah.. Wallahualam
Sila rujuk video tersebut di laman sesawang ini.
No comments:
Post a Comment