Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 20 May 2020

Malam Lailatul Qadar...


Gambar 1 : 7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

"Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil antara sepuluh malam terakhir Ramadhan."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Artikel-artikel yang berkaitan :-

Rujukan di Facebook :

Rujukan daripada Blog :



Gambar 2 : Petikan daripada Surah Al-Qadr dari Al-Quran

Seandainya malam ini Malam Laylatul Qadr, semoga kita semua ada rezeki mendapat Laylatul Qadr malam ini.

Bermula dari masuknya Maghrib malam ini sehingga ke Subuh esoknya, cubalah sedaya upaya setakat yang termampu:

  1. Doa semasa berbuka puasa, semasa sujud, selepas solat dan sebelum tidur.
  2. Sentiasa di dalam keadaan berwudhuk.
  3. Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya baca Qulhuwallahu ahad sebanyak mungkin.
  4. Solat Maghrib, Isyak, Terawih, Witir dan Subuh.
  5. Semasa bangun sahur tunaikan 2 rakaat tahajjud atau perbanyakkanlah istighfar.
  6. Ulangi doa khusus ini sebanyak mungkin:

“Allahumma innaka a’fuwwun tuhibbul a’fwa fa’fu a’nni”

Di izinkan untuk dikongsikan semoga anda semua mendapat manfaatnya.

Jika malam ini Lailatul Qadar, apa perlu kita lakukan? AJAK seramai orang untuk beramal.
Jika dia beramal kerana kita yang ajak, inshaAllah kita pun akan dapat pahala, digandakan 1000 bulan.

LAKUKAN SEMUA INI HANYA KERANA ALLAH SEMATA-MATA..

  1. Elak bercakap yang tidak berfaedah.
  2. Ajak orang disekeliling untuk menghayati malam lailatul qadar dengan sikap lemah lembut
  3. Berprasangka baik dan memaafkan semua orang
  4. Elak membuka facebook, televisyen dan sebagainya yang boleh melalaikan dan membawang.
  5. Setiap detik waktu terluang isikan dengan zikir mengingati Allah
  6. Banyakkan membaca Al Quran dan maksudnya.
  7. Banyakkan sedekah/infaq dan memberi makanan untuk orang berbuka (tak perlu minta mereka doakan rezki kita melimpah ruah sebagai balasan kepada apa yang kita berikan. Niatkan dalam hati kita ikhlas lakukan itu semata-mata kerana menurut perintah Allah dan mengharap rahmatnya)
  8. Berbuka dengan sederhana kerana terlalu kenyang menyukarkan beribadat.
  9. Lakukan solat-solat sunat termasuk tarawih dan witir
  10. Buatlah sedekah/infaq sebelum tidur (boleh guna kemudahan online)
  11. Tidur awal dan berdoalah supaya dapat bangun awal untuk qiamulail sekitar pukul 2 hingga 3 pagi.
  12. Sewaktu qiamulail tunaikanlah solat tahajjud, taubat, hajat, witir, solat dan doa. (Sediakan senarai doa dari awal supaya tiada yang tercicir) JANGAN LUPA mohon diberi hidayah dan dimakbulkan doa pada bila-bila masa kita berdoa.
  13. Sambung dengan zikir-zikir tambahan.
  14. Baca Al quran dan maksudnya sementara menunggu waktu sahur.
  15. Makan sahur sederhana sahaja.
  16. Selepas solat subuh sambung dengan zikir dan baca Al Quran.
  17. JIKA TIDAK DAPAT BUAT SEMUA JANGAN LAH TINGGALKAN SEMUA

Jika rasa tips ini bermanfaat untuk orang lain sila share. Semoga Allah temukan kita dengan malam lailatul qadar.....Aamiin3.


Gambar 3 : Ramalan Lailatul Qadar Imam Ghazali R.A. Dari Kitab Mathala'il Badrin

Amalan doa ini dalam 10 terakhir di bulan Ramadan.

"Allahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fu 'Anni"

Yang bermaksud, "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Suka kepada pengampunan, ampunilah aku."

6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri  tercinta baginda, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, 

"Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, 

"Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)

Sila tonton video penuhnya di sini :-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...