Hidup ini tidak keseorangan kerana kita masih ada mak, adik-beradik, anak-anak, saudara mara serta kawan yang perlu kita ambil perhatian.
jadi tiada istilah penting diri sendiri.
bagi yang mendalami ilmu ketuhanan atau ilmu hakikat inilah ujian yang paling dekat.
kita boleh diam tapi sanggupkah kita tengok ahli keluarga kita meragam.
kita boleh sabar tapi sanggupkah kita lihat anak-anak kita terbiar.
kita boleh berserah tapi sanggupkah kita pandang saudara mara kita susah.
kita boleh bawa diri jauh tapi sanggupkah kita nampak kawan kita mengeluh.
inilah dunia manusia.
inilah rasa manusia.
akal fikiran dan hati perasaan memainkan peranan.
setiap berlaku kejadian fikiran dan perasaan pun menterjemahkan.
tubuh badan pun ikut jadi perbuatan.
Yang sudah tahu pasti tidak keliru.
Yang sudah faham pasti tidak waham.
Yang sudah kenal pasti tidak sangkal.
Yang sudah merasa pasti terus berjalan dan berjalan dan berjalan dan berjalan sampai ke tujuan.
hidup ini tidaklah begitu mudah tapi tidaklah begitu sulit.
terserah bagaimana cara dan jalan yang diri itu lakukan.
bertuhan mahupun bersetan kehidupan itu tetap berterusan berjalan sehingga penghabisan.
ibarat seperti mana setiap ayat Al-Quran yang tertulis...di mana sampai ke ayat penghujungnya maka berkatalah semuanya :
"Maha benarlah Firman Allah itu..."
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=946114385794867&id=100011889424967
No comments:
Post a Comment