Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 29 October 2020

Kepada mereka yang ingin berbakti di Sabah

 Untuk perhatian mereka yang ingin berbakti- terutamanya di Sabah:

------

PENYERTAAN SEBAGAI SUKARELAWAN BUKAN KKM BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID 19

KKM menyeru penglibatan sukarelawan perubatan dan kesihatan bukan KKM untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan sukarelawan bagi jawatan – jawatan berikut :

  1. Doktor Perubatan
  2. Pegawai Sains Mikrobiologi
  3. Pegawai Kesihatan Persekitaran 
  4. Jururawat
  5. Penolong Pegawai Perubatan 
  6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  7. Juruteknik Makmal Perubatan
  8. Juru X-ray
  9. Pembantu Kesihatan Awam
Skop tugas sukarelawan yang diperlukan adalah untuk menjalankan perkhidmatan di bawah :
  1. Saringan suhu/simptom di fasiliti kesihatan/pintu masuk antarabangsa/ stesen kuarantin.
  2. Siasatan kontak/pengambilan sampel COVID-19 di lapangan.
  3. Penjagaan/rawatan pesakit di hospital. 
Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah :
  1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
  2. Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
  3. Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
  4. Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari.
Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan pautan di bawah: 

https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui e-mel: mobilisasi19@gmail.com

Sekian, terima kasih. 

Unit Mobilisasi COVID-19 CPRC Kebangsaan

Sumber : https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157451456240952/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...