Gambar : 7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar
"Ya Allah, mudahkanlah kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar dengan bisa mengisi hari-hari terakhir kami di bulan Ramadhan dengan amalan sholih"
Antara 7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar :-
- Waktu diturunkannya Al Quran
- Malaikat Jibril turun
- Lebih baik dari malam 1,000 bulan
- Kesejahteraan sampai fajar tiba
- Malam yang penuh keberkahan
- Malam dicatatnya takdir tahunan
Gambar 1 : 6 Perkataan Sahaja Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan seperti yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. (doa)
Gambar 2 : Allahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fu 'Anni (doa)
Gambar 3 : Maksud doa pada 10 malam terakhir Ramadhan
Amalan doa ini dalam 10 terakhir di bulan Ramadan.
"Allahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fu 'Anni"
Yang bermaksud, "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Suka kepada pengampunan, ampunilah aku."
6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
- Allahumma
- Innaka
- 'Afuwwun
- Tuhibbul
- 'Afwa
- Fa'fu 'Anni
Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."
Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.
Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta baginda, Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya,
"Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab,
"Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."
(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)
Sila tonton video penuhnya di sini :-
#info #link #facebook #video #doa #amalan
Tazkirah oleh : Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah, Taman Seri Keramat
📌 Bagi yang merasakan kurang berpuas hati dengan ibadah puasanya sejak dari hari pertama berpuasa, anda tidak perlu risau. Kerana masih ada peluang lagi yang Allah berikan. Peluang terakhir Ramadhan itu adalah pada 10 malam terakhir.
📌 Pada 10 malam terakhir ini, banyakkan berjaga di sebelah malam. (biarlah pada 10 malam terakhir ini, waktu kita bertukar. Sebelah siang, rehat/tidur secukupnya untuk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.
📌 Jika perlu, ambillah makanan tambahan agar kita tetap sihat/cergas pada malam-malam itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
📌 Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dengan solat, zikir dan mengaji Al-Quran
📌 Kurangkan menonton televisyen pada malam-malam ini.
📌 Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 malam terakhir, jangan tinggal doa ini :
"Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni "
✅ Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa :
- Puji Allah dahulu dengan 99 nama-nama-Nya
- Berselawat
- Istighfar
- Doa
📌 Apa yang kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi s.a.w. menyukai angka 7.
📌 Banyakkan berdoa dengan memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dengan doa.
📌 Kepada wanita yang dalam haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan malam-malam ini dengan ZIKIR DAN DOA.
📌 Jangan sibukkan diri dengan membuat kuih raya pada malam ini. Buat persiapan raya pada waktu siang. Jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini.
📌 Sepanjang malam-malam ini, hidupkan suasana harmoni dalam rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak-anak/adik-beradik. Sentiasa bersabar dengan kerenah suami/isteri/anak-anak sehingga 10 malam ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak-anak yang degil sekalipun. Allah mendengar doa ikhlas kita.
📌 Jika tiada suasana aman di dalam rmh kita, kita tidak mungkin dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Ini adalah kerana pernah terjadi pada zaman Nabi s.a.w., terdapat 2 orang pemuda yang bertengkar, dan terus Malaikat Jibrail membatalkan untuk memberitahu bila sebenarnya malam Lailatul Qadar itu. CREATE PEACEFULNESS IN OUR HOME.
📌 Jika kita ada merasai kelainan pada malam ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yang lain. Kejut mereka, jika mereka tidur.
📌 Bermula dari hari ini sehingga malam-malam tersebut :
- Sentiasa dalam berwudhu
- Sentiasa pakai pakaian yang bersih
- Sentiasa dalam keadaan wangi
👉 Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dengan kita
📌 Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa-dosa kita diampunkan Allah. Insha Allah, jika kita melepasi Ramadhan ini dengan dosa-dosa kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti. Aamiin.
Biiznillah
Sebagai penutup untuk minggu ini serta bagi menghormati bulan Ramadan Al Mubarak, di sini disediakan info bacaan santapan rohani buat anda semua.
"Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil antara sepuluh malam terakhir Ramadhan."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Rujukan di Facebook :
Rujukan tambahan yang lain : LAILATUL QADAR
MUNAJAT RAMADHAN
Sedikit tazkirah pada hari ini. Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan di bawah ini.
HADIS-HADIS PILIHAN
#info #link #blog #website #muslim #facebook #hadis #tazkirah
Nasheed - Raihan - Iktiraf
I'tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
No comments:
Post a Comment