Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 7 May 2021

Peristiwa "Ajaib" Malam Lailatul Qadar

Saya tidak ingat sama ada saya pernah kongsi kisah ini di Facebook tetapi tak apalah saya ceritakan juga.

Saya juga tidak ingat dengan tepat pada tahun berapa tetapi ianya berlaku pada bulan Ramadhan tahun 2005 atau 2006.

Sepanjang pada bulan itu (tetapi di dalam ingatan saya tidaklah bermula dari hari pertama berpuasa) mata saya tidak boleh melihat imej Kaabah, di kaca TV ataupun gambar Kaabah di mana-mana, walaupun sesaat-dua, saya secara “otomatik” naik sebak. Tetapi saya tidak fikir lebih dalam mengenai perkara itu, fikir “Eh kenapa pelik macam ni?” pun tidak.

Atas sebab situasi saya pada masa itu, saya belajar bersolat tahajjud dan solat hajat dan mengusahakannya pada setiap malam di dalam bulan yang mulia tersebut. Sebelum itu, saya tidak pernah bersolat tahajjud mahupun solat hajat.

Pada suatu malam, sedang saya bersujud, sujud terakhir di mana saya membaca doa Nabi Yunus (terperangkap di dalam perut ikan paus) dan memohon apa yang di hajati, saya perasan bunyi  “plop, plop, plop..” di tepi saya.

Hanya setelah bangun dari sujud saya dapati kalkatu dengan banyak jatuh di sekeliling sejadah saya, di atas lantai sekeliling sejadah tetapi tidak di atas sejadah. Yang peliknya, adalah beberapa ekor di atas katil tetapi tidak ada di mana-mana tempat lain di dalam seluruh apartment.

Pelik lagi, tingkap saya bertutup, serta “sliding door” di balkoni di ruang tamu. Malah, apartment saya pada masa itu di tingkat tinggi, dan pemandangan luar yang terbuka tanpa ada bangunan lain di depan tingkap dan balkoni, cukup tinggi memang tidak ada masalah nyamuk atau lalat.

Hanya baru-baru ini saya terfikir adakah mungkin saya di kurniakan rezeki “Lailatul Qadar”? Tetapi sudah tentu saya hanya fikir kejadian itu suatu peristiwa pelik dan tidak lebih dari itu dan hingga sekarang saya di dalam hati sanubari tidak “claim” di anugerahkan sebegitu… hanya setakat ada kemungkinan tetapi tidak confirm.

Walau apa pun, syukur alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Subhanna Taala, hajat yang di pohon di makbulkan beberapa bulan selepas kejadian “kalkatu” itu dan pada tahun itu juga saya di rezekikan yang tidak di sangka menunaikan ibadah umrah (untuk pertama kalinya) di atas sumbangan sepasang suami-isteri kawan rapat saya.

Sebgai penutup cerita, sepanjang waktu di Tanah Suci Mekah dan Madinah, beberapa peristiwa “ajaib” berlaku kepada saya. Hanya beberapa tahun setelah menunaikan ibadah umrah beberapa kali kemudian saya sedar bahawa peristiwa-peristiwa tersebut adalah luarbiasa dan tidak terjadi dengan lazimnya.

https://www.facebook.com/1053139405/posts/10221772145866870/

P/S : Secebis kisah seperti yang diceritakan oleh saudara Saiful Bahari Baharom berkenaan dengan peristiwa yang beliau alami sendiri sewaktu berlakunya Malam Lailatul Qadar. Untuk pengetahuan semua, setiap insan yang mengalami peristiwa tersebut adalah berbeza antara satu sama dengan yang lain. Berdoalah agar kita dikurniakan peristiwa hebat ini iaitu Peristiwa 1,000 bulan agar kita semakin bertakwa dan mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa. In shaa Allah, aamiin.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...