Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 11 December 2022

06 DISEMBER 1999 PELANCARAN RASMI AL QURAN TULISAN BRAILLE


Al Quran bertulisan Braille

Pada hari ini dalam tahun 1999, Al-Quran tulisan Braille yang dihasilkan oleh Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah dilancarkan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail. Pelancarannya bertujuan untuk memudahkan golongan cacat penglihatan mempelajari dan membaca Al-Quran. 

Selain naskah Al-Quran, Pertis turut menerbitkan pita rakaman bacaan Al-Quran serta Al-Quran Braille Berkomputer di bawah projek penerbitan naskah Al-Quran yang bernilai RM50,000. Dalam ucapannya, Datin Paduka Zaleha menyatakan bahawa, penerbitan Al-Quran itu dapat menyediakan satu lagi kemudahan kepada orang kurang upaya cacat penglihatan. Al-Quran ini diterbitkan dengan menggunakan teknologi moden dan lebih sistematik berbanding penerbitan Al-Quran di negara lain. Setiap set teks Al-Quran Baraille ini terdiri daripada enam jilid untuk 30 juzuk dan berharga RM84.00. 

Dengan penerbitan Al-Quran tulisan braille ini, golongan kurang upaya cacat penglihatan dapat mempelajari, menghayati dan mendalami Al-Quran dengan lebih baik.

Skrip : Arkib Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...