Pada hari ini dalam tahun 1963, peraturan-peraturan baru dalam Undang-undang Imigresen di Malaysia, diumumkan. Undang-undang baru itu merupakan lanjutan dari penyesuaian Ordinan Imigresen 1959 dengan beberapa pindaan setelah pembentukan Malaysia 1963. Undang-undang baru itu telah dibaca buat pertama kalinya dalam Dewan Rakyat dan seterusnya diluluskan. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Akta Imigresen 1963 dan mestilah ditafsirkan bersama-sama dengan Ordinan Imigresen 1959.
Di antara lain, peraturan-peraturan baru tersebut telah menghuraikan mengenai pas masuk yang diwajibkan untuk seseorang bukan warganegara sebelum masuk ke Malaysia. Pas yang diberikan itu hanya sah selama dua tahun sahaja dan boleh dibatalkan sekiranya pemegang dianggap membahayakan keselamatan umum. Dengan pengumuman undang-undang baru bagi Imigresen Malaysia ini, peraturan-peraturan Imigresen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel lain :-
No comments:
Post a Comment