Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 9 March 2014

#DoaUtkMH370: TINDAKAN MEREKA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!!!

Berikutan tersebarnya berita mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 awal pagi tadi sememangnya menjadi satu berita hangat terutama dikalangan pengiat media sosial.

Pelbagai spekulasi telah dibuat dan dimuatnaikkan dalam laman media sosial terutama Facebook dan Twitter mengenai berita kehilangan pesawat tersebut.

Sehingga kini, pihak keselamatan dan agensi - agensi berkaitan masih lagi berusaha untuk mengesan dan mencari pesawat terbabit dilokasi yang telah dikenal pasti.

Namun malangnya, tindakan sesetengah pihak membuat spekulasi dan mencipta persepsi yang tidak sewajarnya telah membangkitkan rasa kurang senang dikalangan rakyat Malaysia.

Tindakan mereka ini dikecam dan sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh pihak berkenaan. Ianya menunjukkan sifat manusia yang jelas tidak berperikemanusiaan.

Kalau sekadar rakyat biasa, tahan lagi. Tapi kalau dah sampai tahap pemimpin pun sanggup mempersendakan apa yang berlaku, itu dah mencapai tahap melampaui batasan!!!

Ada jugak yang anggap penyebaran berita mengenai kehilangan pesawat tu hanya semata - mata untuk tutup keputusan rayuan kes mahkamah yang melibatkan Si Ketua Penipu tu. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/doautkmh370-tindakan-mereka-tidak.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...