Lokasi drama ini adalah di Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.Waktunya sekitar selepas jam 3 petang.
Suasana sekitar komplek mahkamah itu agak mencuri perhatian bila Tun Dr Mahathir Mohamad tiba antaranya diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.
Kalau ikut jadual,bekas Perdana Menteri itu tidak ada apa-apa kes mahkamah untu dihadiri.
Namun kehadiranya semata-mata kerana ada ‘hajat’ tertentu.
Dr Mahathir muncul di situ untuk beri sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,bekas timbalannya yang beliau sumbat ke penjara kerana kes liwat dan salahgunakuasa 18 tahun lalu.
Anwar ke mahkamah itu untuk fail permohonan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Dr Mahathir juga mempertikaikan akta itu dan mendakwa kononnya ia memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengatasi Yang Dipertuan Agong dalam iystihar darurat.
Perdana Menteri berkali-kali menjelaskan akta itu semata-mata demi keselamatan negara dan tidak ada kepentingan lain.
Di ruang mahkamah itu Dr Mahatahir dan Anwar menyapa satu sama lain dan bersalam.
Untuk catatan…ini kali pertama dalam tempoh 18 tahun mereka bersemuka dalam suasana ‘mesra’ begitu.
Tindakan terbaru Dr Mahathir ini dilihat oleh kebanyakan orang beliau seolah sudah tenggelam punca dan sanggup halalkan apa saja demi untuk mencapai matlamatnya.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri itu ‘berpeluk’ dengan Lim Kit Siang dan gerombolan pembangkang dalam gerakan Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selak balik sejarah…apa yang buruk tidak dikata Dr Mahathir mengenai Anwar dan apa yang buruk dikata Anwar pasal Dr Mahathir.
Banyak menang terlalu banyak.
Namun kini...demi matlamat bersama segalanya jadi halal. Semuanya beres.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/matlamat-halalkan-segalanyadr-mahathir.html
No comments:
Post a Comment