Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 10 October 2017

Lim Guan Eng Lantik Wan Ji Yang Pernah Didakwa Kerana Hina Sultan Sebagai Pegawai Penerangan

Lim Guan Eng Lantik Wan Ji Yang Pernah Didakwa Kerana Hina Sultan Sebagai Pegawai Penerangan
Penceramah agama, Wan Ji Wan Hussin memang terkenal kerana sering mencetuskan kontroversi ketika mengutarakan pandangan. Malah beliau pernah dikatakan ‘sesat’ disebabkan pandangannya yang penuh kontroversi itu.
Pandangan yang diutarakan oleh Wan Ji banyak yang menentang arus termasuk kenyataannya bahawa tidak haram untuk umat Islam membela anjing di rumah sebagai haiwan peliharaan.
Wan Ji pernah didakwa di mahkamah pada 2014 atas tuduhan menerbitkan kenyataan berbaur hasutan bagi menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook.
Beliau bagaimanapun tidak mengaku salah. Selepas dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan itu, Wan Ji telah dilarang memberikan kuliah atau mana-mana ceramah di masjid atau surah di seluruh Selangor.
Namun disebalik kontroversi berkenaan, Wan Ji yang merupakan bekas ahli PAS dan kemudiannya menyertai PKR, telah dilantik sebagai pengawai penerangan dengan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.
Wan Ji telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Georgetown, semalam. Persoalannya kini dengan tugas baru sebagai pegawai penerangan yang akan bertanggungjawab dalam menjelaskan dasar agama Islam di Pinang, adakah Wan Ji akan memberikan pandangan yang menentang arus melibatkan Islam.
Untuk rekod, Wan Ji pernah mencetuskan kemarahan penyokong PAS apabila menyifatkan bekas Timbalan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din sebagai ulama kepala lutut kerana tidak sependapat dalam isu kalimah Allah serta sering menggunakan bahasa kasar dalam tulisannya untuk mengkritik pemimpin PAS terutama kumpulan pro-perpaduan.
Dalam wall Facebook Najwan Halimi yang menbincangkan isu penggunaan nama Allah oleh Akhbar Herald, beberapa tahun lepas, Wan Ji telah memberikan komen berikut;
“Masalah sekarang, Harun Din pun dah berhujah macam UMNO….mengkafirkan orang dengan penilaian kepala lutut…..kepala lutut punya ulama”. Kenyataan beliau itu nyata menyebabkan kemarahan penyokong PAS.
Sumber: SuaraTV
https://www.wakeupmalaya.com/2017/09/lim-guan-eng-lantik-wan-ji-yang-pernah-didakwa-kerana-hina-sultan-sebagai-pegawai-penerangan/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...