Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 11 September 2018

Tunku pernah berpesan supaya tidak terperdaya..


"...UMNO Baharu (rejim Mahathir) khianati saya, fitnah saya, curi harta kami..." - Tunku Abdul Rahman PM 1 (Bapa Kemerdekaan Malaysia)

Tunku pernah berpesan supaya tidak terperdaya..


PANDANGAN TUNKU ABD RAHMAN MENGENAI TUN MAHATHIR


Anak Tanah Melayu

1. Pada 23 Januari 1971, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya setelah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO telah mengingatkan ahli-ahli “Jaga-jagalah (dengan) mereka kerana mereka cuba menjaja lampu baru untuk mendapatkan ‘lampu lama’ yang ajaib itu dan dengan mencuri lampu lama yang ajaib itu mereka dapat menguasai parti kita dan seterusnya memegang kuasa dalam negara Malaysia kita ini.”

2. Tunku juga mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan apa yang cuba didakyahkan kepada kita. “Gunakanlah akal kita sebaik baiknya”.

3. Ternyata Tunku yang menjadi mangsa pertama politik kotor Dr Mahathir, dapat menghidu niat jahat yang cuba dilakukan oleh Mahathir.

4. Yang dimaksudkan oleh Tunku sebagai ‘lampu lama yang ajaib’ ialah UMNO dan lampu baru pula ialah parti baru yang merupakan ‘salinan’ atau tiruan kepada UMNO.

5. Beberapa hari lalu Tun Mahathir telah membuat kenyataan bahawa PPBM akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini, menggantikan UMNO. Kemungkinan beliau mengharamkan UMNO untuk mencapai cita-citanya tidak boleh dipandang sepi.

6. Dengan kerusi parlimen PPBM cuma 13 sahaja, Mahathir mula terasa kedudukannya yang tidak selamat dan akan melakukan pelbagai tekanan supaya ahli ahli parlimen UMNO tidak ada pilihan selain daripada terpaksa menyertai PPBM.

7. Mahathir yang egois itu tidak mahu dilihat sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong sorong’ untuk pula g ke pangkuan UMNO. Jadi dia sedang berusaha melakukan sesuatu yang di luar jangkaan iaitu memaksa UMNO menyertai PPBM.

8. PPBM akan menjadi duplikasi UMNO yang amat rapuh tetapi Mahathir tidak peduli itu semua. Yang penting anaknya yang lemah dan tidak berkebolehan, Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

9. Kepada ahli UMNO ingatlah pesanan Tunku Abdul Rahman supaya jangan mudah terpedaya dengan mereka yang mencuri lampu lama yang berjasa dengan menggantikannya dengan lampu baru yang tidak berkualiti...



"Mahathir Khianati Saya..." 
Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan Malaysia)


"Kamu tidak akan menang melawan penduduk pribumi dengan senjata.  Tapi kamu akan menang dengan strategi melaga-lagakan sesama mereka" - Lee Kuan Yew

p/s : Benda ini dah lama dibangkitkan. Sekarang memang Mahathir nak ubah supaya generasi baru menerima PPBM sebagai pengganti UMNO yang imejnya rosak lepas PRU 14 akibat fitnah...


Pesan PM ke 7, "Melayu perlu akui kesilapan diri, bukan hanya tuding jari"


Apabila Maruah Tergadai !!!


Hak Melayu ! Jangan Kacau !

"Malaysia ialah Tanah Melayu, Bukan Cina Atau India !!! - Tan Sri Khoo Kay Kim

"Oxford iktiraf STPM, tetapi tidak UEC!!!"

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...