Tragedi "Double Six" 1976 Di Sabah, Kemalangan Atau Konspirasi?
Ada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu apa itu Tragedi Double 6.
p/s : Semua ini hanyalah anggapan dan mungkin ditokok tambah oleh pihak-pihak tertentu...kisah sebenar masih lagi misteri.. ada otak gunakanlah..
https://ladymariah.wordpress.com/2008/07/19/tragedi-double-6-kemalangan-atau-konspirasi/
http://akustressgiler.blogspot.com/2012/06/sejarah-tragedi-double-six-1976-di.html?spref=bl
Ada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu apa itu Tragedi Double 6.
Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini, dikatakan mengalami gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.
Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.
Hot stuff, huh? But i’ll make sure i will behave this time. Nanti ada pula pihak yang terasa dan sumbat aku dalam penjara. Or mungkin bawa aku pigi court. Kan? Kan? Kan? Bukannya mahu membongkar X-Files tapi ternyata perjuangan mereka yang terkorban ini ibarat sengaja dilupuskan dari minda kita. Tiada maklumat dari internet, tidak dimuatkan dalam buku sejarah, tidak dibukukan secara terperinci dan tiada pendedahan secara terbuka berkenaan nahas yang berlaku.
Percayakah anda kalau aku katakan tugu peringatan DOUBLE 6 di Sembulan tidak disertakan dengan cerita nahas tersebut? (setakat hari ini 19 Julai 2008). Kononnya peringatan sejarah yang penting. Takkan nak buat cerita pasal nahas tu pun susah? Di mana hormatnya pemimpin Sabah sekarang kepada Bapa Kemerdekaan negeri ini? Atau mereka takut rahsia lama terbongkar kembali? Ehem. Ehem…
Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6 masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih pulak ungkit cerita lama ni…). Ada teori yang boleh kita search dari internet (mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu SANGAT MERAGUKANapabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?
Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)
Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tun mempunyai banyak syarat dalam penggabungan Sabah, Malaya, Sarawak dan Singapura menjadi Malaysia. Negeri kita tidak semiskin ini kalau Tun tidak meninggalkan rakyatnya lebih awal…
Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan kepentingan minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang.
Walau bagaimanapun, andaian tetap andaian. Harapan kita agar penjelasan yang memuaskan hati diumumkan secara terbuka. Rakyat berhak mengetahuinya.
Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya? Ada berani jawab?
UPDATE (Thanks for xccal from sabahforum.com):
Arrow point to the place of old kk airport
2 teams of experts doing investigation on crashed plane
searching…?
Body of crashed plane
Discussion..?
Body of crashed plane view
Nota Tambahan daripada sumber blog Aku Stress Giler
Konspirasi?? 666???
YM Tengku Razaleigh Hamzah (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tengku_Razaleigh_bin_Tengku_Mohd_Hamzah) sepatunya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah diajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. SEbaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah diterbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.
Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.
Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.
Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak-anak Sabah...
- rombongan ini sedang menuju ke Kota Kinabalu bagi menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Allahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yang mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut.
- YM Tengku Razaleigh Hamzah (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tengku_Razaleigh_bin_Tengku_Mohd_Hamzah) telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat-saat akhir Datuk Harris (Ketua Menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengku Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat.. sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dalam perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu??? Di saat akhir???
- Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad (https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Fuad_Stephens#cite_note-0) itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai...Logik ke golongan-golongan VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat??? Tak ada bajet ke nak bagi pesawat yang lebih besar???
- Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, Negeri Sabah jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang dengan bangganya, Negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..
https://ladymariah.wordpress.com/2008/07/19/tragedi-double-6-kemalangan-atau-konspirasi/
http://akustressgiler.blogspot.com/2012/06/sejarah-tragedi-double-six-1976-di.html?spref=bl
No comments:
Post a Comment