Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 19 April 2014

Zaman Kebangkitan Jerman sebelum Perang Dunia Kedua



Pada 20 April 1889, di sebuah desa bernama Braunau am Inn, Austria, yang bersempadan dengan wilayah Bavaria, Jerman, lahir seorang bayi yang kemudiannya menjadi diktator paling berkuasa di Eropah pada satu-satu masa.

Beliau yang kemudian menjadi Führer, beliau lah Adolf Hitler.

Dari seorang pelajar seni lukis yang gagal dan penganggur, tentera berpangkat koperal yang bertugas sebagai pembawa semboyan dan utusan dalam perang, kepada seorang pegawai perisik, beliau kemudiannya mendaki kerjaya politiknya hanya dengan mempamer kebolehannya berpidato yang cukup mengkagumkan.

Sentimen Anti-Yahudi nya itu dan kepercayaan beliau kepada ketuanan bangsa Jerman (sungguhpun beliau sebenarnya berketurunan Austria-Jerman), memungkinkan beliau memahat ideologinya ke seluruh minda dan sanubari rakyat Jerman.

Secara ringkasnya Hitler bangkit atas sebab dendam. Ada dua sebab utama ;

1. Kebencian kepada bangsa Yahudi yang menjarah ekonomi Jerman, yang memagut segala kekayaan ekonomi Jerman.

2. Kebencian dan dendam kepada bangsa Eropah yang lain, tatkala tamat Perang Dunia pertama, Jerman dihukum dan dipinta membayar ganti rugi perang. Tentera dari Perancis, Belgium, dan negara serantau, sesuka hati mengambil segala hasil bumi Jerman sebagai ganti rugi. Arang batu, bijih besi, kuprum, dan lain-lain galian dirompak sesuka hati.

Akibat dua faktor ini, Jerman mengalami kemelesetan ekonomi yang maha dahsyat. Rakyat miskin dan kebuluran. Makanan terpaksa dicatu.

Sentimen-sentimen ini lah yang memunculkan Hitler untuk bangkit mempertahankan bangsa dan negaranya.

'The purity of German people'.

Biarpun ada pelbagai reaksi negatif atau positif bila bercakap soal Hitler, jika anda seorang ahli politik, 'seni Hitler' itu harus dicontohi untuk kesinambungan survival pundak politik masing-masing.

"...beritahu satu perkara yang sebenarnya adalah bohong. Ulang dan acapkali lah beritahu akan perkara yang bohong itu. Lambat-laun, orang ramai akan percaya perkara yang bohong itu adalah benar...".

Info foto : Hitler berjalan melalui sambil mengangkat tangan kepada tentera dan rakyatnya, dalam satu perarakan dan pesta pembuat motokar Volkswagen, sekitar tahun 1938. Semasa zaman Hitler, semua syarikat-syarikat Jerman diwajibkan menasionalkan produk mereka.

Pembuat kasut seperti Adolf Dassler (pengasas adidas) dan adiknyaRudolf Dassler (pengasas PUMA), pernah diberi tugas membuat but khas untuk tentera Nazi Jerman, melalui syarikat bersama mereka iaitu Gebrüder Dassler Schuhfabrik atau dalam bahasa Melayu nya 'Syarikat Kasut Adik-Beradik Dassler'. Rudolf Dassler dikatakan lebih cenderung memihak kepada Nazi Jerman, dan pernah diserap ke dalam skuadSchutzstaffel atau SS. Adolf Dassler kekal neutral, terus membuat kasut di kilangnya untuk Nazi Jerman. Tamat Perang Dunia Kedua, membawa kepada perselisihan berpanjangan antara kedua beradik. Menjelang penghujung tahun 40an, kedua-dua berpecah dan menubuhkan syarikat masing-masing, iaitu Adidas dan PUMA, dan kekal menjadi pesaing dalam produk barangan sukan sehingga sekarang.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=227342694126430&set=a.182165691977464.1073741828.181500092044024&type=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...