Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 19 April 2014

Gambar terkini Adi Putra yang cipta 264 formula matematik


Biarpun tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana pusat pendidikan di negara ini, budak pintar matematik Adi Putra Abd Ghani, 15, mampu berkongsi pelbagai bidang ilmu terutamanya matematik dengan pelbagai lapisan masyarakat antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta kakitangan agensi kerajaan.

Adi Putra berkata, dia sudah mencipta 264 formula matematik membabitkan pelbagai cabang ilmu termasuk menghasilkan buku penyelesaian matematik yang diterbitkan beberapa tahun lalu.

Menurutnya, ini bukan bidang matematik baru, namun pendekatan saja yang berbeza dan kebanyakan formula yang diciptanya adalah berasaskan daripada al-Quran serta Islam seperti berdasarkan hukum tajwid termasuk mengaitkan formula dengan kejadian alam, namun ia ditukar kepada sistem pengiraan matematik.

Adi Putra yang pernah menarik perhatian ramai berikutan kepintarannya dalam menyelesaikan permasalahan matematik pernah mendapat perhatian umum kira-kira enam tahun lalu sebelum kelibatnya seolah-olah ‘hilang’ daripada pandangan masyarakat.

Dia yang kini sudah menginjak usia remaja berkata, dia tidak pernah ‘hilang’ atau membawa diri tetapi masih meneruskan usahanya dalam berkongsi ilmu matematik dengan pihak lain tidak mengira platform atau pentas.
“Saya tidak pernah hilang, sebaliknya masih meneruskan usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk semua pihak. Saya juga sering mengadakan bengkel di sekolah serta IPT berkaitan dengan ilmu matematik.-Harian Metro


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/gambar-terkini-adi-putra-yang-cipta-264.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...