Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 22 July 2015

Malaysia Akan Gagal

Saya adalah seorang warganegara Britain dan telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun lepas dalam sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa yang terkenal.

Sejak 20 tahun yang lepas saya telah melawat banyak tempat diseluruh dunia atas kehendak tugas. Daripada pengalaman ini, saya berani menyatakan yang Malaysia dihuni oleh ahli-ahli politik yang buruk dan rakyat yang bersikap amat teruk sekali.

Pengetahuan tentang situasi politik di dalam sesebuah negeri adalah penting bagi saya kerana kestabilan politik memberi kesan kepada syarikat tempat saya bertugas. Keadaan di Malaysia adalah yang terburuk pernah saya alami setakat ini.

Malaysia mempunyai dua buah gabungan politik yang besar, iaitu kerajaan dan pembangkang. Sikap suka menyalahkan pihak lain oleh parti pembangkang samalah seperti ayam tanpa kepala yang tidak tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Keadaan menjadi lebih buruk lagi oleh kerana rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya mereka mahu.

Dari sudut pandangan saya, rakyat Malaysia percaya bulat-bulat segala fitnah yang dilontarkan kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya bertanya kepada mereka apabila Najib pergi, siapa yang akan menggantinya. Tiada satupun kumpulan yang saya temui bersepakat tentang seorang pengganti. Orang nombor dua, Muhyddin Yassin tidak juga mereka gemari. Anwar Ibrahim kini dalam penjara. Mereka perlu akur yang isteri beliau bukan seorang pemimpin. Tiada seorang pun pemimpin wanita lain yang berkempen sering menangis dan dikelilingi cucu-cucunya.

Lim Guan Eng juga tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Azmin Ali mungkin, tetapi cara Azmin memimpin kerajaan Selangor, juga menggugurkan potensi beliau. Ini bukan kata-kata saya tetapi daripada orang-orang yang mahu Najib digugurkan. Semua mahu Najib dijatuhkan, tetapi tidak wujud Plan B. Sesiapapun  yang mengambil alih daripada Najib tidak akan memuaskan hati rakyat Malaysia, dan pasti dengan sekelip mata  anda akan mahu pengantinya juga sama berundur.

Politik yang tidak setabil menyebabkan ekonomi yang tidak seimbang dan menakut pelabur asing. Nilai Ringgit jatuh dan kerajaan dipersalahkan. Sebenarnya suasana yang tidak setabil disebabkan reaksi yang tidak menentu daripada rakyat Malaysia sendiri.

Pada amnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Najib sudah bersalah sebab laporan dari Wall Street Journal, sebuah akhbar Amerika yang di yakini  rakyat Malaysia lebih daripada rakyat Amerika sendiri.  Wall Street Journal dan New York Times bukanlah akhbar pilihan buat rakyat Amerika.

Ketika syarikat Penerbangan Malaysia ditimpa musibah, kebanyakan rakyat Malaysia menjadi ‘pakar penerbangan’ dan beranggapan mereka lebih mengetahui daripada pihak berkuasa.

Sekarang mereka berlagak seperti pakar perbankan dan ekonomi. Sebenarnya orang Malaysia hanyalah jaguh keyboard (jaguh media sosial). Saya nampak kini puak pembangkang akan menganjurkan himpunan jalanan, dan pasti ramai pengamal media sosial akan mudah di pengaruhi.

Sewaktu krisis banjir di Kelantan, mengapa puak pembangkang dan orang ramai tidak  kumpulkan orang yang boleh  membantu secara fisikal? Orang Malaysia nampaknya lebih gemar mengempur jalanan, menjerit-jerit dan buat bising, merosakkan harta benda bukan milik mereka sambil menyalahkan kerajaan. Itulah orang Malaysia.

Saya selalu mendengar suara-suara menyalahkan pasukan penyelamat dan polis kerana lambat sampai ke tempat kejadian kemalangan.  Mengapa salahkan mereka apabila anda sendiri tidak mematuhi peraturan jalanraya? Lorong kecemasan dipenuhi oleh kereka-kereta mereka yang terlambat ke majlis makan malam atau ke panggung wayang.

Orang Malaysia telah mendapat jolokan sebagai pemandu yang paling teruk di dunia. Anda tidak boleh mematuhi peraturan jalan yang paling asas dan anda menyalahkan semua orang lain. Apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan, anda kata mereka itu pengacau dan pengamal rasuah. Apabila mereka tidak bertindak seperti di atas, anda katakan mereka tidak membuat kerja mereka. Apakah yang anda sebagai orang Malaysia mahu?

Kawasan-kawasan baru yang dipenuhi pelbagai bangunan ‘Concrete jungles’ telah menimbulkan isu persekitaran. Anda mahu modernisasi dan anda anggap Mahathir sebagai bapa modernisasi Malaysia. Akan tetapi PERKASA suatu ciptaan Mahathir  berterusan mengerakkan sentimen perkauman. Adakah ini modernisasi pada anda? Lebih separuh kekayaan di Malaysia dimiliki bukan orang Malaysia, dan Mahathirlah, jaguh anda, menjadi penyebabnya.

Kontrak kerja saya di negara ini kini hampir tamat. Saya ada pilihan terus bekerja di sini, tetapi ini dengan sukacita saya tolak. Fikiran orang Malaysia terlalu cetek dalam menghadapi sebarang isu. Daripada berbicara menyelesaikan krisis semasa, orang Malaysia biasa mengenepi sebarang usaha menanganinya sambil berharap penyelesaian akan terjadi dengan sendirinya. Teruskan berharap, hai orang Malaysia.

Dengan kadar semasa, Malaysia pasti akan menempah kegagalan dan bukan ahli politik sahaja yang harus dipersalahkan. Sikap rakyat Malaysia juga apa bezanya.

(Terjemahan surat terbuka daripada seorang pegawai ekspatriat Britain)

http://pistolnakal.blogspot.com/2015/07/malaysia-akan-gagal.html

Dari Meja Pengarang ZiFi : 

Artikel ini disiarkan pada 22 Julai 2015. Akan tetapi kesan yang terjadi sekarang (Zaman Malaysia Baharu, 9 Mei 2018) bermula sebelum kekalahan BN pada PRU14 yang lepas. Sekarang ini, dengan kelemahan pentadbiran oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun ketuanya adalah Tun Dr. Mahathir sekalipun, masalah ini tetap berlaku kerana ahli politik sibuk berpolitik tanpa menghiraukan jerih perih rakyat yang meneruskan kehidupan yang lebih sukar pada masa ini.

Syukur, alhamdulillah, aamiin. Apabila tercetusnya isu ICERD, Melayu Islam di Malaysia telah pun sedar dan bangkit daripada tidur lena yang panjang. Ini sesuatu yang bukan luar biasa kerana apabila majoriti rakyat Malaysia iaitu Melayu Islam bergabung dan bersatu dengan kalimah "Tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah pesuruh Allah."

Apabila Kontrak Sosial telah dilanggar dan Perlembagaan Malaysia dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tidak dihormati dan dipersetujui, pada masa itu juga majoriti rakyat Malaysia (Melayu Islam) akan bangkit untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA).

Semoga kebangkitan Melayu Islam di Malaysia berterusan bangkit demi untuk masa depan generasi baharu yang akan datang supaya mereka berterima kasih di atas pengorbanan datuk nenek moyang mereka mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air demi kepentingan masa depan generasi mereka.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...