Seorang pemimpin PAS Kelantan mengesyorkan parti itu mengadakan muktamar khas untuk akar umbi bagi memutuskan sama ada wajar diadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional.
Dr Rosli Allani Abdul Kadir dari bahagian PAS Kota Bharu juga berkata, parti itu juga patut mendapatkan pendapat ahli terhadap keputusan Majlis Syura memutuskan hubungan dengan bekas sekutu dalam Pakatan Rakyat, DAP.
“Isu pertama ialah jika ahli masih mahu meneruskan bersama Pakatan dan kita juga patut mendengar pandangan mereka terhadap keputusan Majlis Syura memutuskan hubungan dengan DAP.
“Isu kedua yang berkaitan ialah mengukur penerimaan ahli terhadap mewujudkan Tahaluf Siyasi dengan parti seperti Umno atau BN,” katanya dalam satu kenyataan akhbar Isnin.
Dr Rosli berkata, Gabungan Harapan Baru (GHB) yang dipelopori golongan progresif yang juga bekas pemimpin dalam PAS, wajar menjadi topik perbincangan di muktamar khas itu.
Katanya, pembentukan GHB menjejaskan kredibiliti pemimpin tertinggi PAS, hal yang tidak boleh dipandang remeh.
Dr Rosli kini adalah timbalan kepada Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang juga pengerusi GHB Kelantan.
Dilaporan GHB akan didaftar secara rasmi sebagai parti politik pada September.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/07/alhamdulilahbersyukurpemimpin-pas.html
No comments:
Post a Comment