Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 22 January 2021

PERANAN 9 RAJA-RAJA MELAYU...

PERANAN 9 RAJA-RAJA MELAYU DI DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu menggalas jawatan sebagai Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM.
“Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasukTLDM dan TUDM.
Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kepten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan.
1. SULTAN KEDAH:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja
2. SULTAN PAHANG:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
  • Kolonel Yang Dipertua TUDM
3. SULTAN PERAK:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera Diraja
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja
4. SULTAN TERENGGANU:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Armor Diraja
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Ordnan Diraja
5. RAJA PERLIS:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja
6. SULTAN SELANGOR:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
  • Kepten Yang Dipertua TLDM
7. YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja
8. SULTAN KELANTAN:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Faris Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Risik Diraja
9. SULTAN JOHOR:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj.
  • Kolonel Rejimen Grup Gerak Khas
Ini menandakan Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa penuh ke atas setiap unit di dlm ATM sekiranya terjadi apa-apa.
Kepercayaan Kepada Tuhan.
Kesetiaan Kepada Raja & Negara.
Daulat Tuanku!!

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...