Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 30 May 2022

Meriam Buluh

Contoh meriam buluh yang biasa digunakan di kampung atapun di desa

Bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa yang menjadikan senjata meriam sebagai mainan tradisional ketika musim perayaan.

Saya masih ingat waktu kecil era 90-an, kanak-kanak kampung main meriam buluh. Orang dewasa pula main meriam besi. 

Meriam buluh sebenarnya lebih selamat dan murah berbanding mercun kerana bahan peledaknya terbuat dari minyak tanah, garam (NaCl) dan air saja. 

DARI MANA ASAL USUL MERIAM INI SEBENARNYA?

  1. Teknologi pembuatan meriam atau dulu pernah disebut lela rentaka yang diwarisi oleh masyarakat Melayu secara turun temurun. Rentaka adalah senjata meriam mudah alih pertama di dunia buatan orang Melayu yang kemudiannya ditiru oleh kuasa imperialis Barat.
  2. Sumber alam Melayu yang kaya dengan belerang (S) untuk dijadikan peledak dimana 30% gunung berapi dunia terletak di kepulauan ini.
  3. Kata melayu diambil dari kata layar (to sail) yang merujuk kepada bangsa pelayar. Maka terbentuklah sebuah kerajaan maritim dan pelabuhan entreport. Senjata meriam memang diperlukan untuk pertahanan kapal dagang dan negara dari ancaman lanun dan juga musuh.
  4. Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini direkodkan oleh W. Linehan di dalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.

Kalau nak tau, inilah antara senjata tempur kuno alam Melayu yang kita tak sedar telah dikembangkan menjadi peluru berpandu, meriam automatik, dan mortar oleh bangsa penjajah.

Namun zaman demi zaman berlalu turut meninggalkan 'permainan ala perang' yang dahulunya menjadi tradisi dan sekarang ini disisih sepi. Mungkin kerana lebih banyak petaka telah menimpa mereka yang kurang bernasib baik dengan jari dan tangan menjadi 'galang ganti'..

'Selamatlah jadi dan tangan dari menjadi kudung..'😑😑😑

Gambar penuhnya di sini :-

https://www.facebook.com/groups/539960930554145/permalink/692286071988296/ 

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

07 Mei 1991 : Tragedi Letupan Bright Sparkles

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/05/07-mei-1991.html

10 Tradisi Raya Satu Ketika Dulu

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/05/10-tradisi-raya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...