Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 28 May 2022

Tragedi Ketupat Berdarah Sambas

Arkib : 28 November 2021 Tragedi Ketupat Berdarah


Tragedi 1 Syawal 1419 H 
(19 Januari 1999 M)

TRAGEDI 1 SYAWAL “KETUPAT BERDARAH
 
Selain daripada tragedi Sampit, pada tahun 1999, telah berlaku satu tragedi perkauman yg mengerikan di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia yang dinamakan tragedi “Ketupat Berdarah”.
 
Pada 1 Syawal 1419h, bersamaan 19 Januari 1999 masihi, pada tarikh ini sepatutnya disambut dengan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri oleh masyarakat Melayu Sambas sebaliknya bertukar menjadi satu tragedi berdarah apabila 2 orang warga Melayu dan seorang berbangsa Dayak meninggal dunia akibat dibunuh oleh warga Madura dengan menggunakan senjata Celurit mereka.
 
Hal itu terjadi kerana warga Madura dikatakan tidak berpuas hati apabila seorang daripada mereka telah dipukul dan dituduh mencuri oleh warga Melayu Sambas lalu bertindak menyerang mereka pada pagi Syawal tersebut.
 
Lanjutan daripada itu, tindakan sekumpulan warga Madura itu telah membangkitkan kemarahan seluruh masyarakat Melayu Sambas dan warga Dayak lalu mereka menyerang perkampungan warga Madura sehingga terjadinya rusuhan perkauman yang paling mengerikan dengan kematian yang dicatatkan lebih 1189 orang terkorban dan lebih 3833 buah rumah telah dimusnahkan dan dibakar.
 
Tragedi ini berakhir sekitar tahun 2000, pihak kerajaan Indonesia telah bertindak menghantar kira-kira 29,823 warga Madura yang berada di Sambas ke Kotamadya Pontianak dan Kota Singkawang untuk mengelakkan keadaan yang berlanjutan.
 
Bagi memperingati mangsa yang terkorban, masyarakat Melayu Sambas telah membina sebuah tugu yang diberi nama “Ketupat Berdarah”. Simbolik “Ketupat Berdarah” merujuk kepada berlakunya peristiwa ini pada pagi 1 Syawal dan simbolik tiga tangan tersebut merujuk kepada tiga mangsa yang telah terkorban.
 
Semoga sejarah yang telah berlalu menjadi pengajaran buat kita pada hari ini, ayuh kekalkan suasana keharmonian.

Video & Gambar Tragedi Hitam Sambas “Ketupat Berdarah” 👇


Sejarah Tragedi Hitam “Ketupat Berdarah


Sumber: kompas.com, iloveborneo.com, tribunnews.com
Kredit: Ubaidah TV Channel

-------------------------------------------------------------------------------------

Sebuah Peristiwa Sejarah Yang Dimatikan Di Sini iaitu Tragedi Tugu Ketupat Berdarah



Kisah Penuh Peristiwa Ini :-

Serangan orang Madura ke atas orang Melayu Sambas pada 1 Syawwal 1419 Hijriah iaitu 19 Januari tahun 1999 di Kampung Parit Setia, kota Sambas.

Kes 3 pemuda orang Madura ditangkap pada bulan Ramadhan 1419 Hijriah kerana pecah masuk rumah orang Melayu Sambas untuk mencuri barang. Setelah ditangkap oleh orang Kampung Parit Setia, insiden pertengkaran berlaku antara komuniti orang Madura dengan Melayu Sambas.

Orang Madura kata, 3 orangnya itu terpecah masuk kerana mabuk dan tidak mahu perkara ini dikecohkan panjang lebar. Orang Melayu Sambas kata, 3 orang muda itu memang curi pecah masuk rumah orang dan mencerca hina orang Madura hingga tular kes ini ke kampung lain yang berdekatan.

Orang Madura berdendam kerana dihina sebegitu rupa dan nekad menyerang orang Melayu Sambas pada hari Raya Idulfitri 1419 Hijriah, mengorbankan 3 orang pemuda Melayu Sambas iaitu Wasli bin Ikran, Ayub bin Tahir, dan Mahli bin Azis pada pagi itu.

Orang Melayu Sambas dan orang Madura lancarkan rusuhan selama 1 tahun (dari 1999 hingga 2000). Seramai 1,189 orang mati terbunuh, 168 cedera parah dan 34 orang cedera ringan manakala kerosakan harta benda melibatkan 3,833 rumah terbakar dan rosak teruk, 12 buah kereta dan 9 motosikal dibakar, 8 buah masjid dibakar dan 2 buah sekolah rosak teruk. Hasil tangkapan pihak berkuasa melibatkan 208 orang tertuduh, namun demikian hanya 59 orang sahaja yang dihadapkan ke muka pengadilan.


Akhirnya, 29,823 orang penduduk kaum Madura di Sambas, tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan, orang muda hinggalah ke orang tua diusir keluar dari Sambas ke Kotamadya, Pontianak dan Kota Singkawang. Orang Madura tidak dibenarkan masuk ke Sambas kerana peristiwa berdarah itu.

Kredit Kepada : Bin Ramli Mohd Haniff 

Sejarah yang dimatikan


Sejarah Pilu, Sejarah Orang Melayu Sambas, Peristiwa Penting, iaitu peristiwa Tragedi Tugu Ketupat Berdarah, Sambas, Kalimantan Barat, Tugu Ketupat Berdarah 1999, orang Melayu Sambas saudara dekat dengan orang Melayu Sarawak dan Melayu Brunei. Tugu ini dibina untuk kenang-kenangkan Sejarah.


Tragedi & Perang Sampit



Rentetan kes ketegangan kaum di Kalimantan Barat :-
  • Kes tahun 1933 - pemberontakan Madura vs Melayu Sambas
  • Kes tahun 1952 - perkelahian Madura vs Dayak
  • Kes tahun 1967 - pengusiran orang Cina oleh orang Dayak
  • Kes tahun 1979 - rusuhan Madura vs Dayak di Samalantan
  • Kes tahun 1983 - konflik Madura vs Dayak
  • Kes Sanggau Ledo tahun 1997 - rusuhan Madura vs Dayak
  • Kes tahun 1998 - konflik Madura vs Dayak di Samalantan
  • Kes tahun 1999 di Kampung Parit Setia, Kecamatan Jawai, Sambas - pembantaian Madura vs Melayu Sambas & Dayak Subah
  • Kes 25 Oktober tahun 2000 - rusuhan Madura vs Melayu kota Pontianak
  • Kes tahun 2003 di kota Sampit - pembantaian Madura vs Dayak

Orang Madura ada 2 jenis :-
  1. Jenis sopan (orang Madura Timur kawasan Sumenep dan Pamekasan)
  2. Jenis kasar (orang Madura Barat kawasan Sampang dan Bangkalan) 
Yang ramai merantau ke Kalimantan ialah orang Madura Barat. Tradisi Carok iaitu mempertahankan maruah orang Madura sampai sanggup bermandi darah korban nyawa.

Orang Madura selalu bawa celurit (sabit) sebagai identiti senjata pertahankan diri.

 -------------------------------------------------------------------------------

Teks dalam bahasa asal, Bahasa Indonesia


SEJARAH NYATA TRAGEDI SAMBAS 1999. TRAGEDI IDULFITRI. 

*untuk diambil pelajaran, bukan untuk diungkit-ungkit, dan Sejarah tetap Sejarah.🙏 Mohon maaf jikalau menyinggung, ini sekadar Sejarah untuk diambil pelajaran.

Ketika pagi Syawal menjelang, kebiasaanya kita akan bergembira dan saling bermaaf-maafan sambil menikmati juadah istimewa hari raya.

Namun, pernah berlaku satu tragedi berdarah dalam catatan sejarah yang terjadi di pagi Idulfitri. Ia dikenali sebagai ‘Tragedi Ketupat Berdarah Sambas’ yang berlaku pada tahun 1999 di antara Etnis Melayu Sambas dan Etnis Madura.

Peristiwa yang bermula dari satu perkelahian kecil ini akhirnya memicu ketegangan di antara kedua etnis yang memicu kepada pertumpahan darah di pagi hari raya.

Tragedi ini berlaku pada 19 Januari 1999 bersamaan dengan 1 Syawal 1419 Hijriah di Kampung Parit Setia di daerah Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.

Penyebabnya dikatakan bermula beberapa hari sebelum Idulfitri. Ketika itu dalam bulan Ramadan, beberapa pemuda dari etnis Madura telah ditangkap ketika merampok masuk ke dalam rumah seorang Melayu Sambas untuk mencuri.

Berlaku tuduh menuduh antara pemuda Madura itu dan penduduk Melayu Sambas yang membantu menangkap pencuri itu. Ada yang hilang sabar sehingga terjadi "Keroyokan dan Babak Belur" ke atas pemuda-pemuda Madura itu sehingga cedera.

Bermula dari peristiwa itu, masyarakat Madura mula berasa marah dan tidak senang hati dengan masyarakat Melayu Sambas. Pada mereka, pemuda-pemuda Madura itu bukan hendak mencuri, tetapi lebih kepada tersalah masuk rumah karena mabuk selepas minum alkohol.

Namun, etnis Melayu Sambas tetap mengatakan pemuda etnis Madura itu mahu mencuri. Ada versi mengatakan pemuda Madura ini mengetuk pintu rumah orang Melayu Sambas dan berkata kasar. Ada juga yang mengatakan mereka ini tertangkap karena mencuri ayam.

Kisah pemuda Madura yang ditangkap mencuri ketika mabuk ini terus menjadi obrolan sehingga tersebar ke kampung-kampung berdekatan.

Tidak tahan etnis mereka terus diperkatakan dan isu itu diperbesarkan, etnis Madura yang menyimpan amarah akhirnya marah dan mengambil tindakan berani mati dengan mengamuk di kampung tersebut tepat pada 1 Syawal, ketika masyarakat Melayu Sambas sedang gembira menyambut Idulfitri.

Perkelahian antara etnis Madura dan Melayu Sambas di pagi raya menjadi tidak terkawal. Sekitar 200 orang Madura telah mengeluarkan celurit, senjata peribadi mereka yang akhirnya menamatkan nyawa tiga pemuda Melayu Sambas.


Celurit adalah senjata tradisional yang digunakan etnis Madura.

Berita tentang kerusuhan itu telah tersebar ke kampung-kampung lain menyebabkan etnis Melayu Sambas tampil menuntut keadilan. Pada mereka, etnis Madura yang merupakan pendatang di tempat mereka harus dihajar.

Jika dilihat kembali sejarah lalu, pertikaian antara etnis Madura dan Melayu Sambas pernah berlaku pada tahun 1933, ketika zaman Kerajaan Sukadana atau Ketapang masih teguh memerintah di bumi Kalimantan.

Ketika itu, seorang nakhoda telah membawa masuk 25 orang hamba yang terdiri dari etnis Madura ke Sambas, lalu dijual pada seorang saudagar Melayu Sambas untuk dijadikan buruh bagi meneroka hutan untuk dijadikan ladang.

Namun, kerja berat yang keterlaluan dan tidak diberi upah seperti yang dijanjikan telah menyebabkan golongan Madura ini memicu ketegangan melawan saudagar Melayu Sambas itu sehingga pihak istana Sukadana terpaksa ikut campur untuk mendamaikan keadaan.


Kerusuhan merebak dan berterusan setahun lamanya

Tragedi di pagi Syawal tahun 1999 itu tidak terhenti sekadar itu saja. Ia merebak ke kampung-kampung lain dan mencetuskan banyak siri pasca kerusuhan selama setahun daripada Januari 1999 sehinggalah ke awal tahun 2000.

Masyarakat Melayu Sambas tampil untuk menuntut keadilan bagi nyawa pemuda mereka yang telah terkorban di tangan etnis Madura. Dikatakan etnis Dayak turut membantu etnis Melayu Sambas dalam kerusuhan ini. Maka tidak hairanlah jika ada berlaku perkara-perkara bersifat supernatural dalam pertempuran kedua-dua etnis ini karena melibatkan senjata dan magis daripada masyarakat Dayak.


Pasukan bersenjata turut campur tangan bagi meredakan keadaan. Dampaknya kerusuhan yang berlaku sehingga kawasan ini diistiharkan dengan perintah berkurung.

Tragedi itu memicukan siri pasca kerusuhan sehingga setahun lamanya.

Tragedi Ketupat Berdarah ini mengakibatkan banyak kerugian, juga banyak nyawa yang terkorban. Hampir empat ribu rumah terbakar dan rusak, 12 buah mobil dan sembilan sepeda motor terbakar, dan dua sekolah rusak. Sebanyak 1,189 nyawa terkorban dan ratusan lagi cedera.

Langkah menghindari untuk mengawal kerusuhan juga tidak begitu berjaya menyebabkan kerusuhan berlaku sepanjang tahun. Pihak aparat telah menangkap lebih 200 orang, namun hanya 59 orang saja yang dibawa ke muka pengadilan.

Kemuncak kepada pengakhiran tragedi ini, semua etnis Madura di Sambas telah diusir keluar, tidak kira tua muda dan anak-anak, lelaki atau perempuan, bahkan yang tidak terlibat dalam kerusuhan itu sekalipun semuanya diusir keluar dari daerah tersebut.

Etnis Madura diusir keluar dari Sambas.

Sebanyak 29,423 penduduk etnis Madura di Sambas diusir keluar ke Kota Pontianak dan Kota Singkawang. Dikatakan sehingga ke hari ini, etnis Madura (tidak dibenarkan menjejakkan kaki atau menetap sebagai penduduk tetap) ke Sambas, tambahan pula dengan masyarakat Melayu Sambas yang masih trauma dengan peristiwa berdarah itu.

Hari ini, di Kampung Parit Setia, Jawai di Sambas, ada sebuah tugu yang dinamakan sebagai ‘Tugu Ketupat Berdarah’. Tugu ini didirikan bagi mengenang tiga pemuda Melayu Sambas yang terkorban di pagi Syawal tahun 1999 ketika mempertahankan kampung mereka dalam kerusuhan tersebut.

Tugu ketupat berdarah yang dibina bagi memperingati tragedi di pagi Syawal.

Tugu itu berupa replika tiga tangan yang memegang ketupat berdarah, melambangkan tiga pemuda yang terbunuh akibat ditebas senjata Celurit pada pagi Syawal itu. Tiga pemuda Melayu Sambas yang terkorban itu bernama Wasli Bikran, Ayub Tahir dan Mahli Azis.

Tugu tersebut kekal hingga sekarang untuk tatapan generasi baru bagi memperingati sejarah tragedi kerusuhan antara etnis berdarah itu.

____

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...