Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Friday 13 December 2013

'Saya yakin Allah bersamanya'


JELEBU 1 Dis. - "Ada segelintir menyatakan Siti Aishah tidak ada asas agama. Saya kata tidak mengapa kerana dia (Siti Aishah) akan pulang ke pangkal jalan. Saya yakin Allah bersamanya," ujarnya.

Begitu ujar kakak Siti Aishah Abdul Wahab, 69, Kamar Mahtum, 73, ketika menceritakan pegangan agama adiknya itu selama berada di Britain.

Malah Kamar Mahtum lega kerana dalam pertemuan mereka di sebuah balai polis yang tidak diketahui lokasinya di negara tersebut baru-baru ini, Siti Aishah bertekad dua perkara iaitu pulang ke kampung halaman dan membaca al-Quran.

"Saya nasihatkan dia bukan sebagai kakak kepada adik sahaja tetapi ibu kepada anak. Semua yang ada melihat kami di situ terdiam," katanya di rumahnya di Kuala Klawang dekat sini hari ini.

Kamar Mahtum memberitahu, pada mulanya, harapan untuk bertemu adiknya itu tipis kerana pelbagai halangan tetapi mujurlah mendapat bantuan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Britain, Datuk Seri Zakaria Sulong selain usahanya menulis surat kepada pihak berkuasa di situ.

"Saya menaiki sebuah kenderaan polis bersama Zakaria tetapi tidak dimaklumkan lokasinya. Malah pada satu ketika Zakaria terpaksa pulang kerana ada urusan rasmi pada sebelah malamnya.

"Saya kemudian dibantu seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan akhirnya dapat bertemu Siti Aishah di sebuah balai polis selepas lebih empat jam perjalanan.

"Tempat itu dikawal ketat bagi mengelak sebarang maklumat bocor. Ketika bertemu dengannya kami berpelukan dan dia nampak sihat malah gemuk berbanding saya," katanya.

Beliau memberitahu, Siti Aishah mengirim surat kepada keluarga yang menyatakan rasa gembira dapat bertemunya dan berharap dapat bertemu ahli keluarga lain pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Kamar memberitahu, dia agak terkilan dengan laporan akhbar yang melaporkan perkara yang mengguris perasaan mereka sekeluarga.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131202/je_02/'Saya-yakin-Allah-bersamanya'#ixzz2nynPz0DP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. "Air dicincang tidak akan putus".

    "Sesat hujung pangkal, balik ke pangkal jalan".

    Begitulah kedua-dua peribahasa Melayu yang memang sarat dengan mesej untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada orang Melayu, sejak dahulu hingga kini. Berbalik kepada isu Siti Aishah, beliau merupakan mangsa keadaan apabila terjebak dalam golongan kumpulan berhaluan kiri dan ektremis. Sehinggakan beliau tidak pulang ke pangkuan keluarga sehingga lebih 30 tahun.

    Aku berfikir sejenak, adakah penting mengutamakan ideologi dan fahaman politik yang melampau, sehingga mengabaikan hubungan kekeluargaan? Selain itu, walaupun dilahirkan dalam rahim ibu yang sama, namun akibat daripada terdedahnya kepada persekitaran yang tidak sihat, tanpa dikuatkan lagi dengan keimanan dan juga pegangan agama yang kukuh, menyebabkan seseorang insan itu akan tercampak dalam lembah kehinaan serta semakin menjauhi daripada Rahmat Allah?

    Macam tak logik pun ada, apabila hilang selama 30 tahun, rupa-rupanya telah pun dijumpai semula Siti Aishah yang berada di London, pada waktu itu. Selain itu, beliau masih lagi setia kepada pemimpinnya, walaupun sebenarnya perjuangan komunis di Malaysia (Tanah Melayu) telah pun terkubur sejak 1989.

    Mungkin juga, ini adalah hasil doa yang dipanjatkan oleh adik beradik beliau sentiasa menanti kepulangan ahli keluarga mereka. Alhamdulillah, amin. Allah s.w.t telah pun kabulkan permintaan mereka, walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu dengan peninggalan ibu, ayah serta abang kandungnya, tidak mematahkan semangat adik beradik yang lain untuk terus menjejakinya sehingga ditemui pada baru-baru ini.

    Tambah memilukan keadaan, apabila Kamar Mahtum (kakak Siti Aishah) masih menganggap bahawa Siti Aishah masih lagi beragama Islam. Insya Allah, amin. Semoga Allah s.w.t memelihara Siti Aishah supaya tetap berpegang teguh pada jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t yang akan membawa kita semua (beragama Islam) untuk menuju ke pintu syurga yang penuh dengan Rahmat Allah s.w.t Insya Allah, amin.

    ReplyDelete

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...