Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 December 2013

Kumpulan haluan kiri jangan ambil kesempatan - Zahid Hamidi

KLUANG 28 Nov. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran kepada kumpulan berhaluan kiri di negara ini supaya tidak mengambil kesempatan atas kepulangan Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang pernah menyokong perjuangan komunis untuk meluaskan fahaman mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Siti Aishah yang akan dibawa dari London mempunyai rekod sebagai aktivis berhaluan kiri, namun kini dia bukan lagi ancaman kepada negara.

"Kumpulan berhaluan kiri seperti individu yang menghantar kakak Siti Aishah (Kamar Mahtum) ke lapangan terbang untuk ke London juga diharap tidak lagi meneruskan perjuangan zaman 70-an yang tidak relevan pada tahun 2013.

"KDN berharap Siti Aishah akan pulang untuk berehat kerana dia juga sudah uzur. Jangan pula bila balik nanti buat road show (jelajah) untuk mengembangkan fahaman karut itu. Sepatutnya, dia bertaubat nasuha dan meninggalkan aktiviti itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merasmikan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang di sini hari ini.

Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia iaitu Siti Aishah Abdul Wahab diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mendedahkan bahawa wanita terbabit pernah menjadi buruan polis kerana menjalankan aktiviti berhaluan kiri dan memperjuangkan fahaman komunis sebelum ke London.

Mengenai aktiviti pengintipan terhadap negara ini, Ahmad Zahid memberitahu, KDN menggesa negara-negara besar termasuk negara jiran supaya menghormati kedaulatan Malaysia.

"Walaupun kita mempunyai unit untuk mengesan aktiviti ini serta menyediakan firewall untuk menghalangnya namun peralatan canggih yang digunakan negara besar dikhuatiri mampu menembusi halangan yang ada.

"Sebab itu, kerajaan telah menghantar nota bantahan kepada Wisma Putra untuk tindakan lanjut selain mahu negara seperti itu menghormati kedaulatan Malaysia," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131129/dn_12/Kumpulan-haluan-kiri-jangan-ambil-kesempatan---Zahid-Hamidi#ixzz2nymUVT1K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...