Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 30 June 2014

ALTEL yakin mampu bersaing

Diharap pendedahan terbaru ini akan buka mata ramai anak-anak muda Melayu.

Saban hari kita ditipu oleh syarikat-syarikat telco 'otai' yang dipunyai oleh tokey-tokey besar bukan Melayu. Kali ini akan dikongsikan satu 'player' baru dalam  telco prabayar Internet iaitu ALTEL yang menawarkan internet 4G LTE.



http://www.consumerinfo.my/News-Events/Consumer-Issues/Altel-yakin-mampu-bersaing.aspx
Altel merupakan telco baru kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Nama CEO Altel adalah Nik Abdul Aziz. Sebab tu dinyatakan di atas bahawa artikel ini bukan isu politik lebih kepada isu kepenggunaan. Jom kita tengok pakej yang ditawarkan oleh ALTEL.


Altel 4G LTE

Prabayar Altel 4G LTE | Buat yang belum mengetahui apa ituPrabayar Altel dan apa yang HEBATNYA mengenai ALTEL jangan risau, saya akan menerangkan kepada anda satu persatu mengenai Prabayar ALTEL yang semakin mendapat tempat di Seluruh Malaysia.

Sedikit mengenai ALTEL

Altel Communications Sdn. Bhd. (ALTEL) merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary


Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih dan ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju berdesup.

Altel 4G LTE

Apa yang membuatkan saya tertarik mengenai ALTEL adalah Pelan Data Jalur Lebar LTE 4G yang di tawarkan. Pelan Data LTE 4G dengan harga yang murah dan munasabah serta mampu milik. Cuba anda lihat Pelan Jalur Lebar Altel bawah.


Altel 4G LTE
Liputan Coverage Altel
Mengenai Liputan (Coverage) Altel, anda tidak perlu risau mengenai nya. Liputan Altel ada di seluruh negara sepertimana celcom kerana buat masa ini Altel dan Celcom bekerjasama untuk membangunkan infrastruktur 4G LTE.

Kadar Caj Panggilan dan SMS


Caj panggilan hanya 8 sen dan sms 2 sen jika anda mendaftarkan no friend & family ke dalam sistem (untuk nombor2 Altel, celcom, tunetalk dan mana2 no Celcom).
Caj biasa adalah 16 sen untuk panggilan dan 5 sen untuk sms ke mana2 rangkaian. 

Pek Permulaan Altel

Cepat miliki segera pek permulaan altel Mula pada hanya RM7. Didatangkan bersama tambah nilai kredit bernilai RM5 dan sah untuk 30 hari.


Altel 4G LTE








http://ikhmals.blogspot.com/2014/02/prabayar-altel-4g-lte-semakin-mendapat.html

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/06/dialog-dewasa-kritik-berasa_29.html



Nota:  Simkad ALTEL untuk dijual, dimiliki dan masih menunggu stok simkad yang baharu. Selain itu, sedia juga untuk menerima tempahan untuk mengekalkan nombor telefon anda yang sedia ada dan tukar kepada Telco ALTEL.  Sila hubungi saya di talian, 011-32352556 untuk keterangan lanjut. 

a.011-32325218 (sold)
b.011-32325219 (sold)
c.011-32345435 (sold)
d.011-32323821 (sold)
e.011-32325264 (sold)
f.011-32325263 (sold)
g.011-32322378 (sold)
h.011-32325262 (sold)
i.011-32325261 (sold)
j.011-32325259 (sold)


Additional Information for all blog readers:-


1.  Astro Bertemu "Buku Dengan Ruas": Ada Pesaing Baru, Percuma Pulak Tu!



CERITA rungutan pelanggan penyedia siaran televisyen berbayar Astro bukan isu baharu, malah kisah siarannya ‘ghaib’ ketika cuaca buruk dan yuran langganan mahal seperti tiada kesudahan sejak operator penyiaran itu beroperasi pada 1996 lalu.

Baru-baru ini, sebuah portal terkenal telah menyiarkan rungutan seorang bekas pelanggannya menerusi laman sosial Facebook yang kecewa diarah memulangkan set dekoder bersama alat kawalan jauh dan kad pintar dalam masa 30 hari jika tidak mahu didenda RM500.

Luahan kecewa wanita itu selain aduan ramai pengguna lain antaranya rancangan sama disiar ulang banyak kali, program hiburan entah apa-apa, banyak iklan komersial walhal ia stesen pascabayar bulanan bahkan layanan teruk khidmat pelanggan.

Walaupun setiap tahun mencatatkan laba berbilion ringgit, Astro seolah-olah bebas buat apa sahaja ke atas lebih tiga juta pelanggan kerana masyarakat tiada pilihan khasnya jika kawasan itu tiada liputan siaran televisyen terrestrial atau free-to-air (FTA).

Tambahan pula, penyedia siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan operator televisyen kabel, ABNXcess tidak begitu popular di negara kita, malah ada juga yang langsung ‘tenggelam’ sepertiMegaTV, FineTV dan MiTV.

Pun begitu, zaman kehebatan Astro nampaknya dijangka ‘jatuh’ apabila sudah kedengaran cakap-cakap sumber boleh dipercayai membayangkan dunia penyiaran tempatan akan kembali sengit ibarat buku bertemu ruas dalam masa terdekat.

Berita gembira itu sebenarnya bukan baharu apabila semakan menerusi arkib berita tempatan sudah pun melaporkan program pendigitalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjalan lancar, di sebalik ‘sifar publisiti’ macam tiada apa-apa berlaku.

Dikenali juga sebagai projek Angkasapuri Media City, tidak ramai sedar inisiatif transformasi stesen kerajaan itu akan menyebabkan sistem penerimaan siaran FTA format analog RTM terpadam secara automatik atau disebut Analogue-Switch-Off (ASO).

Seterusnya siaran RTM akan disiarkan kembali dalam format Penyiaran Televisyen Terrestrial Digital (DTTB), tetapi berita baiknya, pengguna akan dapat tambahan saluran baharu iaitu 45 saluran definisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).

Segala-galanya percuma dan ia dipancarkan terus ke rumah menerusi sambungan dekoder khas berharga RM200 yang akan dibekalkan pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., syarikat di bawah firma telekomunikasi tempatan, Kumpulan Altel Holdings.

Lagi berita gembira, dua juta isirumah miskin di seluruh negara yang setiap tahun menerima BR1M, akan menerima dekoder secara percuma dan projek akan bermula Jun depan untuk fasa pertama; dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2017.

Kumpulan penonton pertama siaran ini merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhir ASO ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; sekali gus 98 peratus muka bumi Malaysia diliputi DTTB dengan jangkaan, ketika itu rakyat bakal dapat menonton 80 saluran TV dan 40 saluran radio secara digital percuma.

Sesuai dengan kecanggihan sistem baharu, penonton tidak sahaja menerima kualiti gambar dan suara dalam format digital jauh lebih baik, pelbagai ciri terkini juga diperkenal bagi memberi pengalaman menonton televisyen menjadi lebih menarik.

Antaranya adalah pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa yang tiada menerusi siaran FTA analog sekali gus setanding dengan apa ditawarkan Astro sejak sekian lama, cuma kali ini ia adalah percuma.

Barang kali, tanpa disedari inilah yang cukup dibimbangi Astro kerana operator itu sudah pun nampak lawan sebenar mereka RTM secara senyap bakal menggugat dunia penyiaran tanah air dalam masa terdekat. Fikir-fikirkanlah.

Sumber: Mynewshub.cc

http://www.kedahnews.com/2015/03/astro-bertemu-buku-dengan-ruas-ada.html


2.  MYTV DAN TM JALIN KERJASAMA...JOM KITA BAGI SOKONGAN PADU


Pelbagai rungutan pelanggan terhadap Astro selama ini mungkin menjadi sebab mengapa MyTV menjalinkan kerjasama strategic dengan Telekom Malaysia.

Operator penyedia televisyen berbayar Astro didapati gagal memberikan Perkhidmatan tatkala cuaca buruk selain yuran langganan yang tidak mesra pelanggan mahal semenjak ia beroperasi pada tahun 1996.

Dengan keuntungan berbilion ringgit, serial tahun, Astro dilihat bebas berbuat apa sahaja ke atas lebih tiga juta pelanggan memandangkan para pelanggan tidak mempunyai saingan dan pilihan yang lebih baik.

Ia boleh jadi disebabkan pesaing lain seperti iaitu HyppTv dan ABNXcess belum popular di Malaysia. Tambahan pula, pesaing-pesaing lain seperti MegaTV, FineTV dan MiTV dilihat tenggelam dan kurang sambutan pelanggan.

Pun begitu, zaman kehebatan Astro nampaknya dijangka ‘jatuh’ apabila sudah kedengaran cakap-cakap sumber boleh dipercayai membayangkan dunia penyiaran tempatan akan kembali sengit ibarat buku bertemu ruas dalam masa terdekat.

Jalinan kerjasama MyTV dan TM ini juga dikenali sebagai projek Angkasapuri Media City di mana sistem sediada (FTA) yang menggunakan format analog akan ditransformasikan.

Ringkasnya, sistem analog sediada akan diformatkan kepada Penyiaran Televisyen Terrestrial Digital (DTTB), di mana pengguna akan dapat tambahan saluran baharu iaitu 45 saluran definisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).

Menariknya, setiap satu siaran dan saluran tersebut adalah percuma dan pengguna hanya perlu membeli sebuah dekoder khas berharga RM200 dan seramai 2 juta isi rumah yang menerima BR1M tidak perlu membelinya.

Tahniah atas kejayaan Government Transformational Program. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/03/mytv-dan-tm-jalin-kerjasamajom-kita.html

3.  Jom Kita Akan Tinggalkan ASTRO.....Dekoder MYTV Dijual Dengan Harga RM200, Jun Ini 


Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.

“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.

Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehingga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/03/jom-kita-akan-tinggalkan-astrodekoder.html

4.  RM4.5 Billion untuk RTM HD.. Syed Mokhtar Bukhary buat Astro sesak nafas! 

Susulan artikel mengenai siaran analog RTM yang bakal membuatkan Astro berisiko bankrap, ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan juga mengucapkan tahniah kepada TS Syed Mokhtar Al Bukhary kerana mengambil inisiatif untuk memperkasakan RTM melalui MyTV.

Tak kurang juga ramai yang ternanti-nanti bilakah siaran analog RTM tersebut bermula dan juga bagaimanakah bentuk dekoder MYTV serta harga yang dikenakan untuk melanggan siaran itu nanti.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, maklumat yang diberikan oleh pihak RTM menyatakan bahawa MyTV akan mula beroperasi seawal Jun 2015 yang akan bermula dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Manakala Dekoder untuk siaran analog HD yang dibekalkan oleh MyTV Broadcasting itu pula akan dijual dengan harga RM200 selain dari 2 Juta dekoder percuma yang akan diberikan percuma kepada penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin.

Difahamkan juga, diantara 80 saluran Definasi Tinggi secara percuma yang dibekalkan oleh RTM itu nanti akan merangkumi saluran bagi negeri-negeri secara individual sepertimana saluran radio negeri yang bersiaran selama ini.

Ini bermakna, setiap negeri akan mempunyai saluran khas mereka yang akan digunakan untuk menyampaikan berita-berita serta perkembangan tempatan.

Bagi mereka yang mempersoalkan mengenai kemampuan Syed Mokhtar Al Bukhary didalam pelaburan modal projek pendigitalan RTM ini, Billionair melayu tersebut telah melabur sebanyak RM2 billion melalui Puncak Semangat Sdn Bhd sebagai perbelanjaan modal dan juga rm2.5 billion lagi akan dilaburkan bagi permulaan perbelanjaan operasi.

Pelaburan modal itu meliputi pembangunan Hab Penyiaran Media Digital (DMBH), Pusat Pemulihan Bencana (DRC), pembinaan enam pusat panggilan serantau dan lapan pusat perhubungan pelanggan, menaik taraf dan memasang 60 pemancar di kawasan utama termasuk 32 di Semenanjung dan bakinya di Sabah dan Sarawak.

Pelaburan itu juga diperuntukkan bagi merapatkan jurang liputan di 30 kawasan kecil seluruh negara. Ia meliputi bantuan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia rangkaian, transponder satelit , dekoder serta antena mudah alih (CPE).

Jadi, dengan adanya pilihan saluran TV percuma berkualiti oleh RTM/MyTV ini nanti, rakyat Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada Astro semata-mata untuk menikmati siaran berdefinasi tinggi. Malah rakyat Malaysia tidak lagi perlu terbeban dengan yuran bulanan yang mahal semata-mata untuk bersantai bersama keluarga.

Tahniah RTM! Terima Kasih TS Syed Mohktar Al Bukhary!! 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/03/rm45-billion-untuk-rtm-hd-syed-mokhtar.html


5.  Dua juta set “top box” percuma bagi golongan berpendapatan rendah nikmati TV digital





Sejumlah dua juta set “top box” akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen (TV) digital apabila ia dilaksanakan kelak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set “top box” percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.

“Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siaran digital ini tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu.

Salah satu daripada syarat yang dipersetujui dengan pihak pembekal dan pelaksana perkhidmatan adalah menyediakan set ‘top box’ secara percuma bagi membolehkan golongan ini turut menerima siaran TV digital,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing).

Abd Latiff ingin tahu sama ada kerajaan menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar bagi menikmati siaran TV digital yang akan dilaksanakan tahun ini.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/04/dua-juta-set-top-box-percuma-bagi.html

6.  Akhirnya TV Percuma dilulus di Parlimen....



KUALA LUMPUR – Sejumlah dua juta set “top box” akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen (TV) digital apabila ia dilaksanakan kelak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set “top box” percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.

“Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siaran digital ini tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu.

Salah satu daripada syarat yang dipersetujui dengan pihak pembekal dan pelaksana perkhidmatan adalah menyediakan set ‘top box’ secara percuma bagi membolehkan golongan ini turut menerima siaran TV digital,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing).

Abd Latiff ingin tahu sama ada kerajaan menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar bagi menikmati siaran TV digital yang akan dilaksanakan tahun ini. – Bernama.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/04/akhirnya-tv-percuma-dilulus.html

7.  Transmisi TV Digital Di Peringkat Percubaan - Ahmad Shabery

   

ROMPIN: Transmisi siaran televisyen digital kini dalam peringkat percubaan dengan penggunaan stesen pemancar di beberapa kawasan di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian amat komited dalam proses peralihan sistem televisyen (TV) analog kepada sistem TV digital selaras dengan perkembangan trend penyiaran dunia yang mahukan lebih banyak rancangan interaktif.

"Apabila TV digital ini berjaya dilaksanakan nanti, dua juta set "top box" akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen dengan lebih baik," katanya  kepada pemberita selepas melawat tiga Pusat Daerah Mengundi di Gading, Kedaik dan Keratong sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini Jumaat.

Menyentuh mengenai Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ahmad Shabery berkata stesyen penyiaran negara itu perlu menyiarkan lebih banyak berita berkonsepkan rakyat bagi memastikan suara mereka terus didengar.

Selain itu, RTM perlu mewujudkan saluran berita bersifat 'berita mutakhir' dan 'tepat masa' yang dikehendaki penonton terutama menjelang era digital ini, katanya.

"Konsep waktu perdana jam 8 malam sudah dianggap ketinggalan dan berita mutakhir ini merupakan kaedah baharu dalam dunia penyiaran yang mana rakyat mahukan lebih banyak berita bersifat 'secara langsung' terus kepada penonton," katanya.

Beliau berkata tenaga kerja dan kakitangan RTM juga perlu berubah dalam budaya kerja untuk memaparkan berita yang berterusan kepada rakyat.

Ahmad Shabery berkata RTM walau bagaimanapun telah memulakan siaran saluran berita berformat baharu sejak September tahun lepas yang disiarkan di RTM1 dikenali sebagai 'BES 5-10' (Berita Ehwal Semasa).

Melalui siaran berkenaan, RTM bukan sekadar memberikan liputan mendalam mengenai dasar dan rancangan kerajaan, malah memaparkan aktiviti-aktiviti rakyat yang sedang berlangsung di seluruh negara.

"Dulu pukul 8 malam hanya dimonopoli oleh berita pemimpin dengan BES 5-10 kita ada tempoh lebih untuk menyiarkan cerita rakyat seperti perkembangan Felda, Dewan Rakyat, masalah nelayan dan sebagainya," katanya. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/05/jom-kita-bagi-sokongan-tv.html




MULAI JUN DEPAN KITA LUPAKAN DAN ABAIKAN ASTRO


BERSAMA KITA DENGAN MYTV
TV PENYIARAN YG TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/04/mulai-jun-depan-kita-lupakan-dan.html

Negara huru-hara jika Akta Hasutan dimansuh - Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia boleh menjadi huru-hara sekiranya kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang berbagai-bagai hasutan yang akan berlaku.

"Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan," katanya dalam entri terbaharu blog beliau http://chedet.cc, hari ini.

Dr Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri telah menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini.

"Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi tidak melampaui batas," katanya.

Dr Mahathir berkata tanpa akta seumpamanya, pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka, dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan.

"Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh," katanya sambil menambah bahawa di Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh menghalang sebarang cemuhan dilakukan terhadap raja dan institusi raja seperti mana undang-undang 'Lese Mejeste' yang wujud di Thailand.

Beliau berkata walaupun ramai mungkin akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja, tetapi kerana hasutan dibenar, mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

"Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang," kata beliau.

Kerajaan pada 30 Mei lepas mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional. Ini susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Dr Mahathir sebelum ini mengkritik cadangan memperkenalkan ketiga-tiga undang-undang baharu itu kerana disifat akan terus meminggirkan segelintir kaum selain menghapuskan kelebihan berdasarkan bangsa, agama, keturunan, tempat lahir, jantina atau mereka yang tidak berkemampuan. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/07/negara-huru-hara-jika-akta-hasutan.html

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa...Mudah Mudahan Kepada Islam..Aamiin



PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

"Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/06/masyarakat-taiwan-pelik-apabila-soo.html

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA


By Dr Zubaidi Hj Ahmad

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang. 

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. 

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa. 

Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa..

https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/769796993040378

Al-Quran dan Ramadhan

AL-QURAN DAN RAMADHAN

Makalah asal oleh: Dr. ‘A’id al-Qarni
Terjemahan dan olahan sebahagian daripadanya oleh: Abu ‘Ammar al-‘Aydarus
(Dihasilkan pada 1 Ramadhan 1427 H)

al-Quran… Yang mencintainya…

Ramadhan… Yang menyayanginya…

Mereka sahabat setia, yang saling menyayangi. Allah SWT lalu berfirman yang bermaksud ((Bulan Ramadhan itu telah diturunkan al-Quran di dalamnya sebagai petunjuk kepada manusia dan penyata bagi petunjuk itu serta pembeza [antara yang hak dan batil])) [Surah al-Baqarah: 185].

Didatangkan dari al-Lawh al-Mahfuz, al-Quran ini turun ke langit dunia di dalam bulan Ramadhan, lalu bulan mulia ini bertambah-tambah mulia menerima ketibaannya. Justeru, RasuluLlah s.a.w mengulang baca al-Quran ini bersama Jibril a.s di dalam bulan Ramadhan, baginda mendengarnya, baginda membacanya, baginda memahaminya, baginda mengambil pengajarannya, dan baginda menyahut seruannya, lalu jiwa baginda tersentuh, nubari baginda bergetar, betapa indah ayat-ayat yang agung itu hingga terbit putik-putik cinta… betapa agung kitab yang mulia ini…

Seorang hamba yang berpuasa dan bertadabbur al-Quran sebenarnya telah menghias perjalanan kehidupannya dengan dua sahabat yang setia, bahkan kehidupannya itu bertambah ceria kerana dia menyusuri perjalanan bulan mulia ini dengan mendampingi kitab yang telah dinyatakan oleh Allah SWT seperti maksud-maksud berikut ((Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan agar mereka merenungi ayat-ayatnya dan beroleh pengajaran buat golongan yang berfikir)) [Surah Sad: 29], ((Maka apakah mereka tidak merenungi ayat-ayat al-Quran atau hati mereka telah terkunci [daripadanya])) [Surah Muhammad: 24], ((Maka apakah mereka tidak merenungi ayat-ayat al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan daripada [milik] Allah, pasti mereka akan mendapati terlalu banyak perselisihan di dalamnya)) [Surah al-Nisa’: 82].

Itulah kitab yang agung… apabila dibaca di dalam bulan Ramadhan ini, terasa kesedapan dan kelazatannya, betapa terasa kelainannya dengan pelbagai kehebatannya…

Itulah kitab yang agung… apabila dibaca di dalam syahr yang mulia ini, tertarik hati untuk menyahut segala seruan, jiwa yang berkecamuk mula beroleh ketenangan, dan udara yang mengelilingi dinikmati penuh kesegaran…

Itulah kitab yang agung… apabila membacanya, terkenang kembali kisah Nuzul al-Quran, teringat kembali hari-hari tadarus Nabi s.a.w dan para sahabat, betapa mereka yang terdahulu mengambil berat dengan ibadah yang mulia ini…

Renunglah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud (Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat sebagai syafaat kepada ahlinya [iaitu mereka yang membaca al-Quran]) [Riwayat Muslim] dan sabda Nabi lagi yang bermaksud (Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya) [Riwayat al-Bukhari].

Ingatlah, Nabi s.a.w pernah mengkhabarkan kepada kita yang bermaksud (Bacalah al-Zahrawayn iaitu surah al-Baqarah dan surah Ali-‘Imran kerana kedua-duanya akan muncul seperti gerombolan awan, atau kelompok debu-debu, atau seperti sekumpulan burung-burung yang berterbangan, lalu akan menaungimu pada hari akhirat kelak [sebagai pahala yang berlipat ganda]) [Riwayat Muslim].

Mereka yang terdahulu, apabila tibanya bulan Ramadhan, akan membuka mushaf-mushaf mereka lalu tenggelam dalam bacaan yang penuh penghayatan. Disebut tentang Imam Malik -rahimahuLlah- dalam satu riwayat yang sahih bahawa apabila tibanya bulan Ramadhan, dirinya akan sibuk berdamping dengan mushaf yang mulia, sehingga dia meninggalkan segala kelas pengajian, majlis-majlis fatwa dan halaqah-halaqahnya bersama manusia kerana dia pernah berkata “Sesungguhnya telah tiba bulan al-Quran”.

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijahnya berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Rumah-rumah mereka tersedia lampu-lampu pelita khas ketika bulan ini tiba, semata-mata digunakan untuk membaca mushaf yang mulia. Mereka membacanya dengan penuh keinsafan, mereka membacanya dengan penuh penghayatan, dan mereka membacanya dengan penuh rasa kagum terhadap Pemilik ayat-ayatnya. Apabila tiba pada ayat-ayat yang mempersembahkan kebesaran Tuhan, mereka berhenti dan mengaguminya dengan penuh keinsafan, dan apabila tiba pada ayat-ayat yang menjentik peringatan, mereka menangisinya seolah-olah ia ditujukan kepada diri mereka. Hati mereka ceria apabila mendengar khabar gembira, jiwa mereka melonjak-lonjak untuk melaksanakan perintah-perintah-Nya, dan nubari mereka tegas untuk meninggalkan larangan-larangan-Nya. Itulah sifat-sifat mereka...

Pada suatu hari, ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a membaca surah al-Nisa’ dengan RasuluLlah s.a.w, lalu apabila tiba pada ayat Allah yang bermaksud ((Dan bagaimanakah [keadaan golongan kuffar nanti] ketika Kami datangkan seorang saksi [iaitu Rasul] daripada setiap umat dan Kami datangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka [sebagai umatmu])) [Surah al-Nisa’: 41], lalu RasuluLlah s.a.w berkata kepadanya (Cukuplah dengan bacaanmu itu), lalu Ibn Mas‘ud berkata “Aku melihat di kala itu kedua mata baginda telah bergenang dengan air mata” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Mereka berlumba mengejar kebaikan
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Suatu ketika, berkumpul para sahabat bersama ‘Umar al-Khattab r.a, lalu beliau berkata “Wahai Abu Musa, ingatkanlah kami kepada Tuhan”. Lalu Abu Musa r.a mula memperdengarkan bacaan al-Qurannya dengan suara yang amat merdu sehingga mengalir air mata mereka yang bersama dengannya.

Itulah sifat-sifat mereka yang terdahulu terhadap al-Quran. Betapa mereka menghayati, membaca, mendampingi dan merenungi kitab yang mulia ini sehingga terasa hidupnya al-Quran dalam jiwa mereka.

Sesungguhnya apabila hati manusia ketika ini jauh daripada mendengar kalam Allah, akan terjadilah kekalutan pada fitrah manusia, tarbiyah akan terbalik songsang dan jiwa akan terus berada dalam kegelapan…

Apabila kitab yang mulia ini mula diganti dengan yang selainnya, tidak dibaca apatah lagi ditadabburkan, maka bertebaranlah segala kerosakan, bala akan menimpa, muncul kefahaman-kefahaman yang berkecamuk dan manusia akan hidup dalam huru-hara…

Kerana al-Quran itu adalah petunjuk bagi manusia menuju jalan yang penuh ketetapan…

Kerana al-Quran itu adalah cahaya dan penawar kepada jiwa manusia menyusuri jalan dengan penuh keinsafan…

Kerana al-Quran itu adalah ilmu dan bukti untuk renungan dan pendalilan…

Kerana al-Quran itu adalah kehidupan dan semangat, kecemerlangan dan kebahagiaan, serta ganjaran dan balasan...

Kerana al-Quran itu bukan sekadar sebuah perlembagaan, malah ia merupakan suatu pendidikan…

Lalu, adakah kita akan terus hidup bersama al-Quran di dalam bulan Ramadhan ini, dan juga bulan-bulan yang lain? Atau kita membiarkan al-Quran menjadi sahabat kita cukup sekadar di dalam bulan Ramadhan sahaja? Atau lebih buruk daripada itu, terus meninggalkan penghayatan kita terhadap kitab yang mulia ini?

Lalu, adakah kita akan terus mencari dan mengkaji kehebatan al-Quran, dan setelah itu kita penuhkan kehidupan ini dengan kebahagiaan, cahaya dan petunjuk yang datang daripada al-Quran?

Jadikanlah al-Quran sahabat kita sementelah bulan yang mulia ini dapat kita susuri dengan penuh ceria…

Dampingilah kitab yang agung ini sementara jantung masih berdegup, darah masih mengalir dan nyawa masih ada…

Semoga kehidupan kita sentiasa berada di bawah lembayung redha, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Wa-Allah a‘lam.

* Bait-bait puisi dipetik daripada lirik nasyid ‘Ramadhan Dua Zaman’ oleh Nada Murni.

https://www.facebook.com/notes/asyraf-isyraqi-jamil/al-quran-dan-ramadhan/777078365665315



The Zikr - Ramadhan 2 Zaman (lirik)

The Zikr - Ramadhan 2 Zaman (lirik)
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijahnya berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur


Mereka berlumba mengejar kebaikan
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...