salam sejahtera...
erm, rasanya tak terlalu lewat untuk 'posting' kan sesuatu di blog aku di internet ini. dah lama dah aku buka blog aku nie...cuma belum lagi peluang untuk 'update' kan artikel dlm blog. maklum le, belum ada pengalaman untuk berkongsi apa-apa cerita....semoga dengan pembukaan blog ini, akan menambahkan koleksi, pengalaman, cerita, suka duka pada dunia yang aku baru teroka ini....di harap secebis pengalaman ini akan dapat memuhasabahkan diri kita masing-masing sebagai insan kerdil di muka bumi ini...
aku masih tak lupa, tarikh 8 ke 11 Disember 2009, aku menghabiskan percutian aku ke pulau lagenda, pulau langkawi....erm, aku bersama isteriku, serta kedua orang tuaku, menghabiskan cuti di sana. erm, sebelum ini, aku dah pun pergi dalam pertengahan tahun nie, lepas kakak aku pulang dari dari UK. tapi tak pe. masih belum terlambat untuk pergi bercuti lagi ke sana. yelah, nak habiskan cuti tahunan le katakan...hehe
percutian ini bukanla percutian ke tempat-tempat bersejarah, tapi ke tempat untuk membeli belah...yang aku sempat ke sana, muzium dan makam mahsuri, dah pun diupgradekan sehingga menjadi mini muzium yang mengandungi artifak dah video rakaman semula kisah penceritaan mahsuri. di sini ada juga dimasukkan salah silah keturunan mahsuri dari generasi pertama hingga ke generasi ketujuh. dipercayai, keturunan ketujuh mahsuri berada di selatan siam. erm, berbalik pada cerita kawasan makam itu, nampaknya ada sedikit kerancakan dari sudut ekonomi. pertumbuhan ekonomi tempatan adalah hasil dari usaha pihak kerajaan, untuk memulihara kesan tinggalan sejarah di situ.
perjalanan ke pulau langkawi bermula di jeti kuala perlis. perjalanan tidak lah sejauh jika dibandingkan dengan perjalanan ke kuala kedah. erm, di sini, di jeti, banyak juga perubahan sepanjang aku tidak menjejakkan kaki ke sana sejak dari tahun 2003. kemudahan semuanya di'upgrade'kan. tapi yang tiada perubahan di sini, ialah dari segi ulat tiket. aku ingat, masalah ulat tiket sentiasa ada jika kita ingin mengambil jalan mudah dan tidak melalui proses normal untuk mendapatkan tiket. aku dan famili aku, hampir-hampir ditipu oleh ulat tiket ini. jalan yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah hindarkan sahaja mereka dan kurangkan tumpuan kepada mereka.....
kita tinggalkan dahulu cerita tentang ulat tiket nie. erm, di pulau lagenda itu, aku sempat bergambar di dataran lang, di mana ada patung helang raksasa sebagai mercu tanda pulau lagenda itu. di sana, kami menginap di sinaran motel, motel di mana yob bawa kami semua ke sana. motel itu agak selesa dan ada free wifi. bayarannya berpatutan dan lokasi tidak jauh dari pekan kuah, kawasan bebas cukai....
barangan yang sempat aku beli di sana ialah baju tidur, minyak wangi, kelengkapan memasak, dan tak lupa pada baju favorite aku iaitu baju F1 shell aku....erm, agak mahal juga baju nie...kalau tak pandai tawar menawar, tak dapat le aku harga yang aku nak.....edisi terhad tue...hehe
eh, aku terlupa nak 'add' la...erm, aku dan isteriku dengan kedua ibubapa sempat melawat ke galeri perdana sebelum bertolak keluar ke pulau lagenda. dari sudut pemerhatian aku, terdapat beberapa blok tambahan untuk memuatkan barangan-barangan sumbangan kepada bekas perdana menteri ke-4. sebelum aku bertolak keluar dari galeri itu, aku berhasrat untuk menyambung lagi lawatan ke situ pada lain masa pada masa hadapan....
Some write for money. Some write to share. I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests. I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Arkib : 12 Ogos 2017. Sayap Ilusi, Wings - maksud disebalik lagu (video) Sayap Ilusi, Wings : maksud disebalik lagu (video) https...
-
Artikel dari Repair Gambar Lama Seniman Nordin Ahmad Meninggal Dunia MEMPERINGATI 50 TAHUN PEMERGIAN SENIMAN NORDIN AHMAD Pada suatu petang ...
No comments:
Post a Comment