Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 27 November 2010

Kepada-Mu...

"Ya Allah,
ampuni dan rahmati semua sahabatku,

Ya Rahman,
pertemukan kami dalam keredhaanMu,

Ya Rahim,
persaudarakan kami di dunia dan di Akhirat,

Ya Waduud,
cintailah kami kerana persaudaraan kami,

Ya Qawiiy,
kuatkan hati kami dalam mencintaiMu,

Ya Jamil,
Engkau tujuan hidup kami dan kerana Engkau kami beriman dan bersaudara,

Ya Allah,
ampuni kami sekali lagi,

Ya Allah,
perbetulkan kami sekali lagi,

Kerana Allah Dzat Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang memperbaiki diri..."

"Wahai Tuhanku Aku Tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa NerakaMu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah
Dosa ku Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun Dosa-Dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
terimalah taubatku wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurangan setiap hari
sedangkan dosaku pula bertambah setiap masa

Tuhanku, hambaMu yang sering melakukan maksiat telah datang kepadaMu
Sentiasa membuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepadaMu
Jika Kau ampunkan, maka itu adalah hakMu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan sepertiMu..."

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...