My Norman Hafizi Photos (My Family Potrait)
Ucapan terima kasih daripada saya sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 38 tahun.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DOA UNTUK SAUDARAKU SEMUA YANG TIDAK DAPAT DISEBUT SATU PERSATU ☆
Bismillahi Rahmanirrahim...
- Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu
- Muliakanlah saudaraku yang membaca doa ini
- Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya
- Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya soleh/solehah
- Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang
- Mudahkanlah segala urusannya
- Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya
- Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan,
- Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta
- Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa-dosanya
- Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu
- Semoga terhindar dr wabak covid 19 ni serta sehat sejahtera slalu hendaknya,
- Panjang umur, murah rezeki dan bhgia di dunia dan akhirat serta jannah, *آمين يا الله*
*آمين يا رحمن*
*آمين يا رحيم*
*أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.*
Sahabatku ... kirimkanlah doa ini seluas-luasnya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt.
امين يارب العالمين
Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'
Printscreen dari facebook saya
Alhamdulillah, amin. Genap 38 tahun sudah umur saya tahun ini...
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
1. Ucapan terima kasih daripada saya di dalam Media Sosial, Facebook
Assalamualaikum w.b.t. , Salam Jumaat dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, amin. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya berkesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hantar ucapan selamat hari lahir kepada saya kali yang ke 38 tahun.
Pada tarikh yang istimewa ini, saya tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu yang tercinta Umi Kalthum Bt. Ismail kerana telah selamat melahirkan saya pada 38 tahun yang lepas. Alhamdulillah, amin. Terima kasih, mak ! dan Terima kasih juga kepada abah.
Selain itu, buat terima kasih juga diucapkan kepada isteri tercinta, Aini Mohamed Shariff anak-anak kesayangan abah, Ahmad Aminuddin (soleh boy) dan juga Noraini (solehah girl). Alhamdulillah, amin usia perkahwinan kami telah mencecah usia 11 tahun kini.
Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada semua adik beradik saya, di atas ucapan dan ingatan daripada anda semua, iaitu Ervina Alfan, Syahidi Fadzli, Norlina Alfan, Syafiq Effendi Faliq dan isterinya Aliyyah Nuha Azman dan Mohd Faiz Farhan Alfan. Terima kasih juga diucapkan kepada Paman Amir Mimbar (pakcik, Adik Abah), Isterinya Bik Nusida Omar (makcik) dan anak mereka, Yusz Amir, Kak Rohayah Abu Kassim, (Dee Ya Services Enterprise), Zulkefli Mohd Isa dan Rafizah Yahaya (bekas rakan sekerja di KLIA Consult), Kawan-kawan sekolah lama, Azura Ismail, Halimahtun Saadiah, Maimunah Adol, JoeArnani Adriana, Cikgu dari SMK Seri Perak, Teluk Intan, Cikgu Noraini Hasbollah, rakan-rakan dari UiTM, Norshakila Haris, Nor Azlin Mohd Zaki, Cikgu Bani Nurulhesham, Mantan Pensyarah saya di Unisel, Bs Dhillon. Tidak ketinggalan juga rakan kenalan FB saya dari jauh, Intan Samsiah Rahim, Liew Ying Yie, Budi Chahaya, NurQasehku Olia, Adnan Omar dan Ikmal Hisham Mohd Hashim. Terima kasih, semua !
Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesilapan ataupun kesalahan pada semua ahli keluarga saya, saudara mara saya, sahabat handai saya di atas kekhilafan saya bersama-sama dengan anda semua sebelum ini. Saya memohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan pada anda semua sama ada saya kenal dari dekat ataupun dari jauh.
Pada kawan-kawan yang saya tidak sebutkan di sini, iaitu sama ada mereka yang menzahirkan ucapan hari lahir saya secara mesej peribadi ataupun dalam Group di WhatsApp, saya ucapkan terima kasih kerana ingatan daripada anda semua. Maaf diucapkan sekali lagi sekiranya ada nama-nama yang tidak sebutkan di sini kerana yang penting anda tetap menjadi ingatan dan perhatian daripada saya. In shaa Allah, aamiin.
Terima kasih daun keladi. In Shaa Allah, aamiin. Panjang umur kita jumpa lagi... 🌹
Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'
Sekian. Wassalam.
2. Ucapan terima kasih daripada saya khas untuk semua pembaca setia blog saya, Mencari Keredhaan-Mu, Ya Allah, Ya Tuhanku...
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih mengikuti blog saya secara terus (normanhafizi@blogspot.com) sejak dahulu hingga kini. Alhamdulillah, amin...
Sekiranya ada di antara isi kandungan di sini ada yang membuatkan anda tidak selesa untuk membaca sehingga tamat, maafkan saya....'Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan'. Segala komen, cadangan dan penambahbaikan daripada anda semua amat diperlukan untuk memantapkan lagi isi kandungan blog ini untuk terus relevan sepanjang masa dan zaman.
2.1 Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
2.1 Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
Selain itu, saya amat berbesar hati untuk ruangan info di sini http://normanhafizi.blogspot.my/2014/02/alamat-bengkel-kereta-melayu-bumiputera.html yang diterbitkan sejak 28 Februari 2014 kerana masih lagi mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang melayarinya di sini. Sehingga kini, (rujuk gambar di bawah)
Gambar 1 : 75251 views daripada statistik di blog saya dengan 63+ dari google dengan 78 komen daripada anda (statistik pada 2018)
Gambar 2 : 88320 views daripada statistik di blog saya sejak 28 Februari 2014 (dahulu) sehingga 05 Jun 2020 (kini)
Gambar 3 : Statistik pelayar blog ini sehingga ke hari ini 05 Jun 2020
Gambar 4 : Setiap hari post entry saya di sini setiap hari adalah yang paling tinggi untuk post Alamat Bengkel Kereta Melayu Bumiputera, pelayarnya khas dari Malaysia !
Gambar 5 : Pelbagai pelayar kini di dalam blog ini selain dari Malaysia. Negara kedua pelayar yang teramai adalah dari United States. Selebihnya daripada negara-negara di seluruh dunia seperti yang dicatatkan
Alhamdulillah, amin. Setiap hari apabila saya melihat statistik seperti di atas, akan membuatkan saya untuk teruskan perjuangan saya untuk membantu dan menyebarkan informasi yang diperlukan oleh saudara/i seperjuangan kita di dalam alam maya (internet) ini.
Semoga melalui usaha murni kita bersama di sini akan dapat diberikan ganjaran dan pahala dari Allah s.w.t. kerana berniat untuk membantu sesama kita meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan dan jihad ekonomi umat islam untuk bersaing secara sihat dengan usahawan bukan islam dan bukan bumiputera di bumi Malaysia yang tercinta ini. In Shaa Allah, amin.
Gambar 6 : Direkodkan bahawa sepanjang minggu (dari 16 Februari 2020 hingga 23 Februari 2020), sebanyak 748 kali blog ini telah dilayari oleh pelayar-pelayar dari antarabangsa.
2.2 Pelayar Teramai Direkodkan Dari United States
Gambar 6 : Direkodkan bahawa sepanjang minggu (dari 16 Februari 2020 hingga 23 Februari 2020), sebanyak 748 kali blog ini telah dilayari oleh pelayar-pelayar dari antarabangsa.
Gambar 7 : Telah direkodkan pelayar utama blog ini adalah dari United States seramai 993 (pageviews) dari tempoh 16 Februari sehingga 23 Februari 2020. Ini adalah sesuatu peristiwa di luar jangkaun sepanjang blog ini diwujudkan lebih 10 tahun !
2.3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia
Selepas berlakunya PKP, dan apabila ramai rakyat Malaysia menghabiskan sepanjang masa di rumah, ini adalah merupakan satu kelebihan yang dicatatkan dari blog ini. Perkara yang timbul ialah blog ini menjadi rujukan utama bagi bahagian Khutbah Ringkas Aidilfitri 1441H pada 23 Mei 2020 yang lepas. Ini adalah kerana sepanjang tempoh PKP, masjid dan juga rumah-rumah ibadat bukan Islam telah ditutup bagi memudahkan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Anda boleh lihat bukti yang dikongsikan di sini melalui statistik yang dikeluarkan oleh blogspot.com ini.
Gambar 8 : Posting mengenai Khutbah Raya Rengkas iaitu mengenai tatacara dan dalam menyampaikan khutbah telah direkodkan telah dilayari seramai 314 pada tarikh 23 Mei 2020.
2.4 Isi kandungan di dalam blog ini akan diperkemaskinikan
Masih lagi mengekalkan tema blog ini iaitu mengkaji isu-isu sejarah yang tidak direkodkan dalam mana-mana catatan buku sejarah, isu-isu politik, konspirasi kehidupan dunia semasa serta ceramah-ceramah agama untuk ilmu akhir zaman menjadi keutamaan. Selain itu, blog ini juga akan memasukkan video-video filem-filem dan juga video muzik sebagai bahan-bahan hiburan tambahan buat semua pembaca. Ini adalah untuk meredakan seketika fikiran anda semua dengan pembacaan topik-topik berat di dalam blog ini. Semoga anda semua terhibur dengan persembahan blog saya kali ini. Akhir sekali, sekiranya ada info-info yang berkaitan yang perlu dimasukkan ke dalam blog ini daripada YouTube saya, in shaa Allah, aamiin akan saya kemaskinikan di sini. Terima kasih kerana anda memberikan sokongan penuh kepada blog ini.

Gambar 9 : Posting Khutbah Raya Rengkas pada 23 Mei 2020 buat pertama kalinya berjaya mengatasi post Alamat Bengkel Kereta Melayu dengan jumlah seramai 314 kali dibaca oleh pelayar blog
Gambar 10 : Senarai posting 10 yang banyak dibaca oleh pelayar sepanjang tempoh 17 Mei sehingga 24 Mei 2020
Gambar 11 : Jumlah pageviews pada 24 Mei 2020 adalah seramai 407 dan paling ramai direkodkan sebanyak 187 pada pukul 9 pagi iaitu waktu untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri 1441H
Gambar 12 : Statistik yang ditunjukkan daripada maklumat blogspot.com iaitu pada 24 Mei 2020 dengan 550 pelayar dari Malaysia dan selebihnya di United States dan termasuk juga Unknown Region. Suatu pencapaian terbaik untuk blog tatapan ramai ini.
2.4 Isi kandungan di dalam blog ini akan diperkemaskinikan
Masih lagi mengekalkan tema blog ini iaitu mengkaji isu-isu sejarah yang tidak direkodkan dalam mana-mana catatan buku sejarah, isu-isu politik, konspirasi kehidupan dunia semasa serta ceramah-ceramah agama untuk ilmu akhir zaman menjadi keutamaan. Selain itu, blog ini juga akan memasukkan video-video filem-filem dan juga video muzik sebagai bahan-bahan hiburan tambahan buat semua pembaca. Ini adalah untuk meredakan seketika fikiran anda semua dengan pembacaan topik-topik berat di dalam blog ini. Semoga anda semua terhibur dengan persembahan blog saya kali ini. Akhir sekali, sekiranya ada info-info yang berkaitan yang perlu dimasukkan ke dalam blog ini daripada YouTube saya, in shaa Allah, aamiin akan saya kemaskinikan di sini. Terima kasih kerana anda memberikan sokongan penuh kepada blog ini.
Akhir kata,
Taqabbalallah..
Salam silaturahim di bulan Syawal 1441H...
..Buat keluarga
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya
.. Buat Yang Tersayang
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu
..Buat Kawan-Kawan
Maaf Kalau Saya Ada Silap Dan Salah, Tak sengaja
..Buat Sahabat
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah
..Buat Yang Tak Sependapat
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Di mata Kamu
..Buat Yang Sayang Pada Saya
Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..
..Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya
Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana Untuk Terus Bersabar...
..Buat Yang Tak Kenal Saya
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya Dekat Contact anda...
Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya
Taqabbalallah..
MAAF ZAHIR DAN BATIN💕😘💋
Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin 1441H/2020M daripada saya untuk anda semua.
Sekian. Terima Kasih ! Wassalam.
No comments:
Post a Comment