Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 19 January 2012

Info :Perbezaan Ketinggian Nabi Adam a.s. Dengan Manusia Sekarang (gambar)


Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam a.s. & Kamu Terdahulu Dengan Kita

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Allah menciptakan Adam dengan tinggi 60 hasta.  Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini."

(HR. Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.


Replika baju Nabi Adam a.s.

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s. adalah 60 hasta.  1 hasta = 45.72 cm.  Jadi, tinggi Nabi Adam a.s. adalah kira-kira 27,432 meter.  Hampir mencapai 30 meter.  Wallahu'alam.

Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s. di dalam gambar.  Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya.  Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.



Replika ini dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.

Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya di dakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun, daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka.  Salah satu puncanya adalah kerana makan makanan (yang diawet)

P/S : Setinggi-tinggi manusia, segagah-gagah manusia, sebesar-besar manusia, raja kepada segala-galanya tetap Allah s.w.t.

http://akustressgiler.blogspot.com/2011/12/info-perbezaan-ketinggian-nabi-adam.html?spref=bl

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...