Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah :
1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa sahaja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun still tak cukup.
2, Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ini duit belanja anak-anak, saya yang bagi". Mesin basuh itu beli pakai duit saya!"
3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.
4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya. Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.
5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa memperdulikan amalan-amalan yang lain. Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak memperdulikan suami.
6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter sahaja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dah la cakap kuat macam duduk sebatu.
http://akustressgiler.blogspot.com/2011/08/6-jenis-wanita-yang-harus-lelaki-jauhi.html?spref=bl
No comments:
Post a Comment