Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 19 March 2012

KEAJAIBAN TRAGEDI DI SUNGAI BULOH 1977


KAWASAN kemalangan di ladang getah.

45 daripada 79 penumpang pesawat DC 8 Japan Airline terselamat walaupun patah tiga sebelum terhempas

KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk. 

Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu buruk. 

Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak. Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan. 

Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat. 

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas. 

Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang terselamat. 

Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah 
  • Rakyat Jepun (29), 
  • Amerika Syarikat (lima), 
  • Belgium (lima), 
  • Jerman (tiga), 
  • Hong Kong (tiga), 
  • masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom 
  • manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan. 
Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965 turut terkorban. 

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk. 

PENDUDUK membantu mengumpul barang milik mangsa. 

Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian. 

Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur. 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya menyelamatkan nyawa ramai penumpang. 

"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya. 

Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat. 

Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) menggunakan lori. 

Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.

INFO: Kejadian pesawat terhempas di Sungai Buloh 


Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas. 

Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian). 

200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka. 

Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat. 

Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya kau mesti pergi, pergilah".





ELMINA : PESAWAT TERHEMPAS KALI KE 2.

Pada tahun 1977, kira² 46 tahun yang lalu, sebuah pesawat Japan Airlines juga terhempas di Elmina, waktu tu Elmina masih lagi berstatus ladang getah.

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan 10 anak kapal dan 69 penumpang sempat mendarat di Lapangan Terbang Chang Kai Tak, Hong Kong dan Lapangan Terbang Subang sebelum menuju ke Singapura sebagai destinasi terakhir penerbangan.

Kejadian pada 27 September itu telah mengorbankan 34 orang penumpang pesawat JAL 715 yang berlepas dari Lapangan Terbang Haneda, Jepun.

Sumber: Syed Muhammad


-------------------------------------------------------------

PERISTIWA PADA 17 OGOS 2023 NAHAS JET PERSENDIRIAN DI ELMINA SHAH ALAM


TAKZIAH
Kepada seluruh keluarga 
DATO' SRI JOHARI BIN HARUN 
Dan Sembilan Mangsa Yang Terkorban Dalam Nahas Pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh

DARIPADA
KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG dan 
KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

17 Ogos 2023 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga YB Dato’ Sri Johari bin Harun dan sembilan mangsa lagi yang terkorban dalam nahas jet persendirian di Elmina, Shah Alam, Selangor, petang hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mengejut Allahyarham YB Dato’ Sri Johari bin Harun serta sembilan mangsa yang lain dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai sumbangan Allahyarham YB Dato’ Sri Johari bin Harun kepada negeri Pahang Darul Makmur, khususnya dalam memperjuangkan masyarakat desa dan luar bandar.
Seri Paduka Baginda berdua turut amat berdukacita di atas Pemergian Allahyarham YB Dato’ Sri Johari bin Harun yang merupakan seorang rakan yang akrab dengan Baginda dan keluarga Baginda.
Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negeri Pahang Darul Makmur dan juga kepada Seri Paduka Baginda berdua.
Allahyarham YB Dato’ Sri Johari bin Harun adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai di Parlimen Bentong dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Darul Makmur.
Posting Sebelum Ini ⬇️



Salam Takziah buat keluarga Ketua Bahagian UMNO Bentong, Dato Seri Johari Bin Harun dan Pegawai Khas YB D's Joe Merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bentong, Ustaz Deris akibat pesawat ringan yang terhempas di Elmina serta mangsa-mangsa lain yang terlibat. Al fatihah dan Al Ikhlas buat mereka.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Aamiin
🤲😔
Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina
_______________________________
Nahas Elmina: 10 mangsa termasuk VIP dalam jet peribadi
SHAH ALAM – 10 mangsa termasuk orang kenamaan dipercayai terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini petang tadi.
Walau bagaimanapun, identiti setiap mangsa yang terlibat masih lagi dikenal pasti.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi, turut melibatkan penunggang motosikal yang dilihat rentung di tepi jalan akibat kebakaran pesawat tersebut.
Menurut beberapa saksi yang juga penunggang motosikal di kawasan kejadian, pesawat berwarna merah putih biru tersebut berpusing beberapa kali sebelum terhempas.
Pesawat tersebut juga dipercayai melibatkan jet persendirian sedang dalam perjalanan dari arah Langkawi ke Subang Jaya.
Dalam rakaman sebuah video juga, terdapat sebuah bangkai kapal terbang dalam keadaan terbakar telah terhempas di atas jalan raya bersama-sama mayat yang rentung di tepi jalan.
Di lokasi kejadian kini, lebih lima ambulans dilihat tiba dan anggota bomba sedang giat usaha memadamkan api.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Oleh NURUL IZZATI ZAINI
17 Ogos 2023, 5:18 pm
_________________________
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elimina di Seksyen U16, di Sungai Buloh, pada Khamis.
Insiden tersebut juga dikatakan turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.

-------------------------------------------------------------


Dr Zulkifli pun dah bersuara, haram hukumnya sebar video mangsa kebakaran semalam. Siap ada yang edit video fake lagi semata nakkan perhatian. Kalau sebelum ni masih ada yang tak jelas, dah boleh stop sebar video-video mangsa tragedi dalam media sosial. Kesian pada keluarga mangsa. Mesti trauma berulang kali setiap kali nampak video tu.

Salah dari etika & korang sebenarnya boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sabit kesalahan boleh didenda tak lebih 50k atau dipenjarakan. Malah korang boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan, dalam erti kata lain, selagi video tersebut tidak dipadam.
*Pesanan ini dibawakan oleh The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF)
Posting Sebelum Ini ⬇️

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...