Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 18 April 2012

Berbaloikah apabila PTPTN dimansuhkan?

Kembali ke Rahmatullah – Episod 4

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini timbul tentang isu pemansuhan PTPTN.  Apakah yang menyebabkan mahasiswa ataupun mahasiswi mendesak pihak kerajaan untuk memansuhkan PTPTN?  Pada hemat aku, PTPTN lah satu badan yang banyak membantu graduan universiti bagi meringankan beban mereka sewaktu menyambung pengajian di peringkat universiti.  Ini memang tidak dinafikan sejak penubuhannya pada tahun 1997 yang lalu. Aku adalah salah seorang peminjam yang masih lagi berusaha untuk melunaskan yang dibuat dahulu semasa melanjutkan pengajian

Manipulasi daripada pihak-pihak yang lain membantu menghangatkan lagi suhu suasana pendidikan negara dengan mengesyorkan untuk mendapatkan pendidikan secara percuma di peringkat pengajian tertinggi.  Soalnya sekarang, adakah perlu pendidikan percuma ini berlaku di Malaysia, sedangkan graduan yang telah pun tamat pengajian di universiti masih belum mendapatkan pekerjaan tetap?  Pada masa ini, Malaysia belum lagi sampai kepada tahap memberikan pendidikan secara percuma di peringkat pengajian tinggi.  Sekiranya Malaysia sudah capai tahap memberikan pendidikan secara percuma, adakah kita sudah bersedia untuk menerima keadaan tersebut?  Cuba fikir-fikirkan...

Apabila gagalnya sesuatu sistem ataupun perlaksanaannya, kita perlulah ada pilihan yang lain iaitu memikirkan tentang penambahbaikannya tanpa perlu menghapuskan terus sistem dan dasar yang gagal untuk dilaksanakan.  Perkara ini samalah seperti dengan analogi apabila membina sebuah rumah, sewaktu timbulnya kerosakan, tidaklah perlu merobohkan keseluruhannya, cuma hanya diperbetulkan bahagian-bahagian yang rosak sahaja.  Ini adalah penyelesaian yang terbaik daripada melenyapkan segala-galanya.

Berbalik kepada soal PTPTN, badan tabung pinjaman ini adalah khas untuk menolong pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman di dalam pendidikan.  Walaupun pinjaman boleh ubah seperti MARA dan JPA juga menyumbang kemudahan yang sama, akan tetapi mahasiswa dan mahasiswi di universiti masih lagi menjadikan PTPTN sebagai dana yang utama.  Ini adalah kerana kemudahan untuk mendapatkan pinjaman tanpa menunggu masa yang agak panjang bagi kelulusannya. 

Pada aku, PTPTN tetap relevan untuk terus membantu mereka yang memerlukan pinjaman pendidikan.  Sedikit penambahbaikan adalah perlu demi menjamin kemudahan pinjaman pada masa hadapan.  Kelonggaran pinjaman telah pun diberikan iaitu pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama akan terus mendapat pinjaman yang ditukar menjadi percuma.  Rebutlah peluang keemasan itu daripada memikirkan pemansuhan PTPTN.

Sekian, wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...