Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing ini dengan segera
tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar
kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa
patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka.
Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar
kalimah2 mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita
agar sama-sama bermuhasabah.
Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.
Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut
nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita
dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut.
ALLAH `Azza
wa Jalla berfirman:
فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut
nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada
ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)
وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak
disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang
semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)
Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.
Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang
mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih
itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa
haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila
menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini
menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan.
Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam tersebut:
“Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri
mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH. Mereka
kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”
Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar
agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan
haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan
haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga
kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.
Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja
mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah
haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih.
Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH
berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil
pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi
kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah
dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya.
Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.
“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.
Find the related video as per shown below for your reference...
Mercy Halal Islamic Slaughter Part 1
Mercy Halal Islamic Slaughter Part 2 A
Mercy Halal Islamic Slaughter Part 2 B
No comments:
Post a Comment