Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 6 April 2012

ZiFi - Satu Pengenalan Sebuah Penceritaan....

Kembali Ke Rahmatullah - Episod 1 (Pengenalan)

Assalamualaikum w.b.t.

Aku sudah lama tidak menaip apa-apa ruangan dalam blog khas aku ini.  Bukannya apa, sibuk dengan rutin harian aku.  Sekarang ini, aku bertambah-tambah sibuk lagi dengan urusan keluarga.  Al-maklumlah, aku sudah pun berkeluarga dan sudah pun mempunyai anak dan juga isteri....Alhamdulillah, amin.

Sebagai tulisan pertama aku ini, aku ingat, insya Allah, amin, aku akan gunakan tajuk ini sebagai tajuk rasmi dalam blog aku.  'Kembali ke Rahmatullah'.  Setiap yang aku taip, aku sertakan episod sekali.  Untuk edisi yang pertama ini, aku letak pada Episod 1 sebagai episod permulaan dalam tulisan aku di blog ini....

'Kembali ke Rahmatullah' bagi aku, bukan sahaja perkara yang berlaku pada orang yang hidup dan akan menempuh ke alam kematian, akan tetapi ia juga berlaku kepada manusia yang pernah tersesat dalam kehidupan seharian dan ingin kembali semula ke pangkal jalan.  Tujuannya adalah satu, demi untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.  Aku bukanlah manusia yang terbaik bagi memberikan nasihat dan pandangan kepada insan yang lain, akan tetapi, bagi aku, Kembali ke sisi Allah s.w.t. adalah khas untuk mereka yang inginkan kebenaran dan juga tidak mahu tersasar jauh daripada mendapat Rahmat Allah s.w.t.

Sebelum ini, aku banyak menghabiskan masa aku dengan mencari bahan-bahan yang menarik untuk disisipkan di dalam blog aku yang amat sederhana serba serbi.  Sehingga kini, yang menarik perhatian aku dalam pencarian maklumat-maklumat tentang kebesaran Allah s.w.t. buat masa ini, aku lihat di akustressgiler.blogspot.com.  Ini bukanlah blog yang terbaik, akan tetapi, ia tetap mengandungi artikel yang menunnjukkan kebesaran ilahi.  Aku sudah pun 'post' atau 'share' sebahagian daripada artikel tersebut dalam blog aku ini.

Insya Allah, amin.  Dari masa ke masa, aku akan 'update' blog aku ini jika aku mempunyai masa dan kelapangan.  Aku berharap agar, blog aku ini semoga akan tetap menjadi pilihan pembaca dan juga pilihan muslim yang lain dari serata dunia, insya Allah, amin...

wassalam...

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...