Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 10 April 2012

Takut pada bayang-bayang sendiri?

Kembali ke Rahmatullah....Episod 2

Assalamualaikum w.b.t.

Aku sebelum ini pernah mengalami simptom seperti ini.  Memang sesak, dan menyesakkan nafas.  Apabila memikirkan sesuatu yang tidak pasti.  Bukan sekali dua, akan tetapi kebiasaannya aku memang dalam keadaan yang seperti itu.  Paling maksimum sewaktu aku berumur dalam 29 tahun.  Mungkin kerana aku mula mengalami perubahan umur yang agak mendadak dalam mencapai umur yang ke 30 tahun.agaknya...

Hari ini menjadi sejarah pertama aku, apabila menghadiri ujian kecergasan khas yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.  Ini adalah kali pertama aku menjalani ujian seperti ini. Jikalau sebelum ini aku menghadiri ujian temuduga di Putrajaya yang dijalankan oleh SPA, aku cuma hadiri temuduga sahaja, tanpa perlu hadiri ujian kecergasan.  Pada hari ini, yang aku temui, rata-rata para peserta mengakui bahawa ujian kecergasan ini hanya dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban, dan juga Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan.  Pada fikiran aku, ini mungkin salah satu cara untuk menapis calon-calon yang tidak berkelayakan untuk jawatan kosong yang ditawarkan.

Aku juga beranggapan bahawa, mungkin aku tidak mencapai tahap minimum yang dikehendaki.  Catatan masa yang terpantas adalah di bawah 4 minit dalam 2 pusingan trek di padang!  Aku pula mampu mencapai melebihi 4 minit untuk 2 pusingan trek di stadium!  Bukan kah jauh bezanya tu kan?

Semuanya adalah ketetapan ilahi.  Insya Allah, amin.  Jika ada rezeki aku di sini, dapatlah aku menjawat jawatan Jurutera Mekanikal di Majlis Perbandaran Seremban.  Jika tidak pun, bumi Allah Taala ini memang luas dan masih lagi terbentang lagi rezeki untuk aku cari.

Sebaik sahaja tamat menjalani ujian kecergasan, risau pada perkara yang tidak pasti sudah pun lenyap.  Lain yang difikirkan, lain yang terjadi.  Kesimpulannya, janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum lagi tersurat atau pun terjadi.  Berserahlah kepada Allah Taala selepas habis usaha.  Masa itulah datangnya sifat tawakal dalam diri.  Insya Allah, amin.

Jumpa lagi,

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...