Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 11 April 2012

Bisnes dan cabarannya....

Kembali ke Rahmatullah....Episod 3

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua.  Semua orang inginkan perniagaan sendiri masing-masing yang mampu menjana pendapatan yang lumayan.  Lebih-lebih lagi, hasil usaha daripada berniaga ini mampu menjana 9/10 pendapatan.  Ini adalah daripada hadis Nabi yang sahih....persoalannya skrg, adakah anda sudah bersedia untuk melangkah ke alam perniagaan ini?

Dunia perniagaan adalah dunia yang realiti....Ia bukanlah dunia yang penuh dengan subsidi....Anda haruslah berdikari....cuba bangun dan bangkit daripada kesilapan yang lepas, mempunyai keazaman yang tinggi dalam meneruskan kehidupan....anda perlu wujudkan sebab untuk teruskan dunia anda dalam perniagaan....sebabnya ini bukanlah dunia makan gaji, cukup bulan, gaji pun masuk, tak kira sama ada anda ambik cuti ataupun tidak.  Akan tetapi, kalau anda berniaga, kalau cuti sahaja, tak ada pendapatan untuk anda pada hari itu....

Selain itu, sekiranya ingin meneruskan dalam dunia perniagaan, hendaklah berguru dengan orang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tersebut.  Sekiranya tidak, anda mungkin akan tersasar jauh daripada matlamat anda untuk meneruskan niat anda yang murni dalam bidang perniagaan ini....

Anda juga haruslah mengetahui bahawa dalam dunia perniagaan, persaingan adalah satu perkara yang akan anda hadapi setiap hari...Tanpa persaingan, ia takkan membantu anda untuk kekal dalam dunia perniagaan anda itu...

Anda juga perlu ada modal untuk menjalankan perniagaan anda.  Sama ada modal yang diperlukan adalah besar ataupun kecil, ianya bergantung kepada jenis perniagaan yang akan anda ceburi nanti....

Apa-apa pun yang anda buat, haruslah juga minta perlindungan daripada Allah s.w.t. selain usaha keras anda setiap hari bagi meneruskan kehidupan anda dalam bidang perniagaan itu.  Insya Allah, amin.  Sekiranya anda mempunyai kejujuran, ketelusan semasa berniaga, Insya Allah, amin...anda akan berjaya dalam bidang ini...

Sekian, wassalam....

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...