Jika Rasulullah SAW mengingati kita (umatnya), adakah kita sebagainya
umatnya mengingati baginda? Hayatilah pengorbanan baginda yang bersusah
payah berdakwah kepada kita sehinggalah Islam berkembang sehingga hari
ini.
Merindu Baginda Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) | Bersempena dengan Maulidur Rasul iaitu saat kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, Melayukini.net ingin mengajak anda terutamanya yang beragama Islam agar sama-sama kita menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
Suasana di majlis pertemuan itu hening
sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan
sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia
mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua
adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara
Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara,
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka
beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku.
Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak
dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa
mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al
Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat
berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang
yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Melayukini.net -
Memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk
memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada
Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam
kehidupan baginda. Rasulullah SAW pun ingat pada kita, adakah kita ingat pada Rasulullah SAW?
Sumber: Iluv Islam | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
No comments:
Post a Comment