Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang amai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..." Sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:
- Kamu mengenal Allah s.w.t. tetapi kamu TIDAK MENUNAIKAN HAK-NYA.
- Kamu mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi MENOLAK SUNNAHNYA.
- Kamu membaca AL-QURAN, tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
- Kamu makan nikmat Allah s.w.t. tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.
- Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu, tetapi TIDAK MENENTANGNYA.
- Kamu berkata SYURGA itu benar, tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
- Kamu berkata bahawa NERAKA itu benar, TETAPI TIDAK LARI DARIPADANYA.
- Kamu berkata MATI itu benar, tetapi TIDAK BERSEDIA baginya.
- Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia, tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.
- Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.
No comments:
Post a Comment