Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 9 December 2012

Allah Majikan Tertinggi



Kadang kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.  Mahu sahaja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah "goyang kaki".

Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja diegerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja.  Mulut pula mula mengomel,

"Kalau tak kerja macam mana nak hidup.."

Inikah makna sebenar kerja pada kita?  Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah.  Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita.

Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar,

"Dah besar nanti anak mama nak jadi apa?"

Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dwasa nanti.  Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab,

"Nak jadi cikgu!"

Kini, tidak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading.  Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.

p.s :  Kerja adalah ibadat dan masa adalah amanah daripada Allah.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...