Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 18 February 2013

"Al-fatihah untuk abg Hj. Amir Kamaruzzaman bin Ab. Wahab" - Part 2


 Jenazah pendaki dibawa keluar

KUALA LIPIS 16 Feb. - Jenazah seorang pendaki Gunung Tahan yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada Rabu lalu akhirnya berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat hari ini.

Jenazah Allahyarham Amir Kamaruzaman Ab. Wahab, 35, yang berada di Kem Belumut di situ sejak tiga hari lalu berjaya dikeluarkan pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, jenazah pendaki itu dibawa keluar dari kawasan itu oleh helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mendarat di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di sini.

Menurutnya, jenazah itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Lembah Klang.

"Usaha membawa keluar jenazah pendaki itu bermula sejak pagi Jumaat namun gagal kerana keadaan cuaca yang berkabus tebal.

"Cuaca cerah hari ini membolehkan helikopter sampai ke kawasan berkenaan dan mengambil jenazah pendaki itu pada ketinggian 20 meter," katanya kepada pemberita hari ini.

Allahyarham Amir Kamaruzaman meninggal dunia pukul 9.30 malam Rabu lalu selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan bersama 23 pendaki lain sejak Isnin.

Bagaimanapun usaha membawa keluar jenazah pendaki itu gagal berikutan cuaca berkabus, hujan lebat dan kedudukan kumpulan itu di pedalaman.

Sumber :

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_21/Jenazah-pendaki-dibawa-keluar


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...