Majlis Perasmian Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 14 April 2013 oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Najib - Pembinaan TBS merupakan inisatif kerajaan untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar yang menjadi antara 7 bidang keberhasilan negara di bawah program transformasi kerajaan.
Kerajaan sedar rangkaian pengangkutan awam yang efisyen, padu, realible dan kos efektif adalah ciri yang dikehendaki rakyat.
Untuk itu perlu wujud berapa hub di Lembah Kelang supaya dengah hub ini dapat mengelakkan kesesakan trafik lalulintas di kawasan bandar
Selain memberi kemudahan kepada orang ramai. Konsep hub ini juga menyediakan peluang perniagaan dan mewujudkan pusat ekonomi setempat.
Kita amat sedar sistem pengangkutan awam yang berkesan mampu meningkatkan produktiviti rakyat dan dapat mengurangkan kos saraan hidup.
Oleh itu TBS dibina dengan kos RM570 juta sebagai hub pengangkutan intergrasi bagi menangani kesesakan bas di KL.
Seperti mana kita dapat saksikan kemudahan di TBS sangat canggih dan diberi taraf 5 bintang dan kemudahan di sini lebih moden dan selesa daripada kebanyakan lapangan terbang dalam dan luar.
Sistem E-tiketing di sini mampu menyelesai masalah ulat tiket.
Bagi menambah nilai TBS dilengkapi pelbagai kenudahab termasuk 60 ruang perniagaan, hotel transit utk keperluan pelanggan.
Sebanyak 500 CCTV disediakan dan diawasi oleh polis bantuan.
Purata pengguna juga meningkat kepada 33,300 sehari pada 2012 berbanding 22,300 sehari pada 2011.
Kerajaan akan juga membina terminal bersepadu timur Gombak. Ini penting bagi memastikan kawasan bandar dan luar bandar menjadi tempat menarik utk didiami, bekerja dan beriada bagi meningkatkan kualiti hidup.
Tbs boleh dianggap sebagai contoh kerajaan melaksanakan transrofrmasi nasional dan menjadi bukti jelas boleh bawa perubahan tranformasi kepada negara.
Ada orang kata semua kerajaan sama. Ia tidak benar. Ada kerajaan yang memawa kebaikan dan ada kerajaan bawa kemudaratan kerana kurang mampu.
Ada yang tertarik dengan perkataan ubah. Seolah-olah yang penting untuk ubah apa yang ada.
Tetapi sebenarnya yang penting bukan ubah tetapi keberhasilan. Itu yang patut kita tanya.
Sama ada perlu ubah kerajaan kini untk dapatkan hasil atau kekalkan kerjaan yang ada kerana keberhasilan yang mampu dibawa. Itulah yg patut kita tanya.
Cuba bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Putrajaya, Bts, KlCC, jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan, kemudahan untuk rakyat.
Kemudahan itu semua mulanya disangsi dan dikutuk tapi akhirnya mereka (pembangkang) juga terima malah mengidapkan dan memililki kemudahan yg ada.
Inilah hakikat dan inilah ketentuan yang perlu dibuat rakyat pada 5 Mei.
No comments:
Post a Comment