Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 9 June 2013

04 Jun 2013 : PELAWAK SUPERSTAR


S.SHAMSUDDIN - PELAWAK SUPERSTAR

Hari ini, 4 Jun 2020, genap 7 tahun S.Shamsuddin pergi menemui Maha Pencipta-Nya. S. Shamsuddin@ Shamsudin bin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. 

Bakat S.Shamsuddin dalam bidang lawak turut diakui oleh rakan-rakannya. Sekitar tahun 1964 telah diadakan bengkel seni lakon bersama seniman dan pengarah NORDIN AHMAD. Bengkel itu telah diadakan di dewan studio Cathay-Keris anjuran beberapa gabungan majalah hiburan dan telah dihadiri oleh bakat-bakat baru yang ingin menempa nama sebagai pelakon. Di akhir sesi, Nordin Ahmad berpesan agar rajin bertanya kepada pelakon-pelakon yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni lakonan.

"Jika ingin jadi pelawak belajar dengan A.R TOMPEL dan S.SHAMSUDIN".

Apabila kita menonton siri BUJANG LAPOK kita telah disajikan dengan lawak jenaka spontan yang tidak pernah jemu untuk di tonton walaupun telah berulang kali kita menontonnya. Seniman S.SHAMSUDDIN adalah seorang watak penting yang memainkan peranan dalam menghidupkan lawak jenaka bersama P.Ramlee dan Aziz Sattar. Satu kehebatan Sudin dalam berlawak, beliau adalah seorang yang tidak memerlukan skrip dalam menterjemahkan dialognya disamping permainan memek mukanya sangat berkesan sehingga mempu membuat penonton yang melihat ketawa walaupun tidak berdialog.

Salah satu rahsia yang beliau amalkan untuk membuatkan beliau sebati dengan pelbagai jenis lawak ialah dengan menggunakan kerengga. Menurut S.SUDARMAJI, Sudin akan berlatih seorang diri dengan meletakkan kerengga di atas batang hidungnya dan membiarkan kerengga itu berkeliaran di mukanya. Dengan cara ini SUDIN dapat membuat senaman muka bagi mengelakkan beliau berasa geli akibat berkeliarannya kerengga itu tadi. Secara tidak langsung SUDIN telah melakukan teknik memek muka yang natural bukan dibuat-buat.

Menurut seniman WAHID SATAY, sangat susah untuk mendominasi pentas apabila beliau seringkali digandingkan dengan Sudin ketika melakukan stand up comedy bersama.

"Kalau kita ada kuncinya baru berjaya kita diamkan Sudin", katanya lagi.

Itulah serba sedikit perkongsian tentang sifat keperibadian seorang pelawak yang sangat berkarisma di era nya. SUDIN sentiasa berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Al-Fatihah buat pelawak terbaik dalam sejarah perfileman Melayu. Shamsuddin bin Dali meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman.

Rujukan :
  • Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
  • Berita Filem - Falsafah Nordin Ahmad
  • Koleksi Peribadi Sandakiah Azez- Anak Aziz Sattar

Aku Stress Giler: Info : Seniman S.Shamsuddin Meninggal Dunia (2 Gam...: SHAH ALAM - Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.Pelakon komedi Singapura seniman S. Sham...

1 comment:

  1. 4 Jun 2013 yang lepas adalah sambutan hari lahir aku. Allahyarham S. Shamsuddin meninggal pada tarikh yang sama. Satu peristiwa yang sedih bagi aku juga dalam pada aku terima berita gembira. Al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...