Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 30 July 2013

P. Ramlee : Al-fatihah untuk Tan Sri P. Ramlee A.M.N.


Doakan segala dosanya diampunkan dan dia dimasukkan ke syurga Allah. 



Beberapa hari lepas, saya tengok dokumentari P. Ramlee. (ya, lambat sikit). Apa yang saya lihat, sepanjang kehidupan beliau, hidupnya penuh dengan kaya raya dan popularitinya melonjak naik, tetapi pada tahun 1964 sehingga hari kematian beliau, ramai rakyat Malaysia sudah mula melupakan beliau.

Pak cik saya pernah menceritakan bahawa beliau pernah bersemuka dengan P. Ramlee di kawasan Kuala Lumpur tahun 1971, Pak cik ketika itu berumur 20 tahun, dia memang minat dengan cerita-cerita P. Ramlee. Dia berborak dengan P. Ramlee menceritakan tentang filem beliau yang lepas, beliau berborak dengan pak cik saya tentang filem-filem beliau, kata pak cik saya, beliau seorang peramah dan baik hati. Bercakap dengan beliau seperti bercakap dengan sahabat lama, padahal itu kali pertama berjumpa dengan beliau. Pak cik saya duduk dan berborak dengan beliau di kedai kopi berhampiran. Pak cik saya lihat sekeliling, tiada seorang pun mahu sapa beliau, ataupun meminta tanda tangan beliau.

Pak cik saya hairan dan bertanya kepada P. Ramlee" Mengapa semua orang tidak mahu bertegur dengan tuan? Sedangkan tuan adalah seniman terbaikss aya pernah lihat". P. Ramlee memegang bahu pak cik saya dan berkata " Nak, tak baik cakap sebegitu, mereka ada rezeki mereka, saya hanyalah insan biasa. Biarlah mereka melupakan saya, janji Allah tidak melupakan saya"

Beberapa hari sebelum P. Ramlee meninggal dunia, pak cik saya mengambil kerja sambilan sebagai "Promoter perabot berdekatan dengan rumah beliau. Selalu nampak P. Ramlee keluar rumah, tetapi wajahnya amat memilukan, beliau kelihatan sugul, sedih dan kecewa dengan sesuatu. Pak cik saya datang jumpa beliau, "Tuan, ok ke? Nampak macam sedih sahaja" kata Pak cik saya. "Mana ada. Tak adalah, ini muka tengah berlakon" Kata P. Ramlee sambil ketawa. Pak cik saya juga ketawa.

29 Mei 1973, masa itu Pak cik saya baru nak keluar rumah untuk pergi kerja. Dapat berita dari orang ramai yang P. Ramlee masuk hospital dan meninggal dunia. Pak cik saya terkejut dan menangis. Dia kata "Tidak sangka, kata-kata beliau yang membuatkan pak cik ketawa beberapa hari lepas, adalah jenaka terakhir beliau buat selama-lamanya"

Saya sarankan anda tengok dokumentari P. Ramlee (Jika anda belum tengok). Saya pasti anda akan rasa sedih dan kecewa dengan rakyat malaysia ketika itu melupakan Seniman agung ini. Al-Fatihah untuk Tenku Zakaria bin Tenku Nyak Puteh(P. Ramlee) (1929-1973)

-SS-

gambar P. Ramlee. Saya difahamkan gambar ini di ambil beberapa hari sebelum P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya sebelum subuh pada 29 Mei 1973.

1 comment:

  1. Filem yang pernah diarahkannya, ialah 'Sesudah Subuh', rupanya sebelum Subuh juga Allahyarham P.Ramlee dah meninggal. Al fatihah.

    ReplyDelete

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...