Some write for money. Some write to share. I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests. I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Tuesday, 23 July 2013
Malu terlampau
DAHULU, Amir memang dikenali sebagai seorang yang pendiam tetapi bukanlah pemalu. Dia memperoleh keputusan yang baik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan berjaya memasuki salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kuala Lumpur dalam bidang komunikasi massa.
Semasa di IPTA inilah Amir merasakan berlaku perubahan besar ke atas dirinya. Mungkin dahulu tidak begitu ketara. Amir dapati sikap pemalunya semakin menjadi-jadi sekarang.
Amir menggelabah apabila berada di dalam situasi yang menyebabkan dirinya menjadi perhatian orang ramai.
Mukanya serta-merta menjadi merah padam. Dia berpeluh dengan kuat sehingga bajunya kelihatan jelas basah.
Pernafasannya menjadi laju, sementara jantungnya pula berdegup dengan kencang.
Apabila bercakap aliran suaranya menjadi tersekat-sekat dan bunyinya pula kedengaran seperti terketar-ketar.
Kerana itu Amir tidak hadir pada setiap hari pertama sesi kuliah pengajian baru untuk mengelak daripada terpaksa memperkenalkan diri di hadapan pensyarah baru dan kawan-kawan.
Pada mulanya beliau menganggap perkara ini normal tetapi lama kelamaan Amir terpaksa ponteng kelas pula untuk mengelak daripada membuat pembentangan.
Kawan-kawan pula mengelak dari membuat kerja berkumpulan bersamanya kerana tidak mahu mendapat markah yang rendah.
Amir tertekan kerana sebelum ini dia merupakan seorang pelajar yang pintar. Perkara ini tidak pernah menjadi masalah semasa di sekolah menengah dahulu kerana di sana dia tidak perlu membuat pembentangan dan semua ilmu dipelajari melalui kaedah spoon feed".
Ini contoh biasa seseorang yang mengalami masalah malu keterlaluan yang mana ia sebenarnya ialah sejenis penyakit yang dipanggil social anxiety disorder.
Ramai orang mengalami masalah sebegini sebenarnya tetapi mereka tidak tahu yang ia sejenis penyakit.
Melopeh" naik pangkat
Social anxiety disorder bukanlah penyakit malu biasa kerana ia boleh menyebabkan disfungsi psikososial.
Penghidap penyakit ini tidak berupaya menikmati kehidupan berpasangan atau bermasyarakat dengan baik. Mereka sentiasa mengelak dari bersosial atau menyertai aktiviti bermasyarakat.
Bayangkan seorang ayah yang tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen anak perempuannya atau menemani isteri ke program hari keluarga kerana mengelak dari bertemu orang yang tidak dikenali.
Mereka memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan selalu bergaduh semata-mata untuk tidak turut serta dalam aktiviti ini.
Kawan-kawan pula salah faham dan mengatakan mereka seorang yang sombong, bongkak atau malu tidak bertempat. Ini akan mengecilkan peluang untuk mengenali lebih ramai orang.
Di tempat kerja pula, pengidap penyakit ini biasanya akan sentiasa terpinggir dan selalu terlepas peluang kenaikan pangkat.
Tiada ajakan keluar makan dari kawan-kawan, apatah lagi pelawaan bermain golf bersama boss.
Dari aspek mutu kerja, mereka mengelak membuat pembentangan atau memberi penerangan umum kepada pelanggan.
Sekiranya dipaksa, tanpa berfikir panjang mereka akan bertindak ponteng kerja. Mereka kerap bertukar-tukar tempat kerja dalam usaha mencari pekerjaan baru yang lebih sesuai.
Mereka dilihat tidak mempunyai daya kepimpinan yang baik dan akhirnya kebanyakan dari mereka terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak setanding dengan kelayakan.
Rawatan membuktikan kewarasan
Penyakit social anxiety disorder jika tidak dirawat akan menyebabkan keadaan yang dipanggil agoraphobia.
Keadaan di mana seseorang mengelak terus daripada berada di tempat yang mempunyai ramai orang seperti menghadiri majlis kenduri kahwin atau keluar membeli barang keperluan rumah di pasar raya. Mereka ini bagaikan terpenjara di dalam rumah sendiri.
Jika anda atau sesiapa yang anda kenal mempunyai masalah ini, sila ambil perhatian bahawa ia sejenis penyakit dan boleh dirawat. Jangan tunggu sehingga penyakit ini menghancurkan peluang kerjaya atau hubungan interpersonal anda dengan seseorang.
Jika gejala yang dialami adalah ringan, beberapa sesi kaunseling atau psikoterapi sudah mencukupi. Jika teruk sehingga menyebabkan kemurungan misalnya, pengambilan ubat-ubatan diperlukan.
Mengambil ubat-ubatan tidak bermakna seseorang itu gila atau tidak waras. Ia menunjukkan sebaliknya kerana ini membuktikan bahawa seseorang itu mampu membuat pertimbangan wajar dalam memilih apa yang baik untuk diri sendiri dan orang tersayang.
Bersama Lt. Kol. (Dr.) Lotfi Anuar
E-mel: lotfianuar@yahoo.com
Pakar Perunding Klinikal Psikiatri, Hospital
Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130623/ke_03/Malu-terlampau#ixzz2ZvsP9TiF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Arkib : 12 Ogos 2017. Sayap Ilusi, Wings - maksud disebalik lagu (video) Sayap Ilusi, Wings : maksud disebalik lagu (video) https...
-
Artikel dari Repair Gambar Lama Seniman Nordin Ahmad Meninggal Dunia MEMPERINGATI 50 TAHUN PEMERGIAN SENIMAN NORDIN AHMAD Pada suatu petang ...
Assalamualaikum w.b.t.
ReplyDeletePada tahun 2010, aku pernah didiagnosis oleh pakar-pakar perubatan dari HUKM. Aku telah disahkan bahawa aku telah pun menghidap penyakit 'Anxiety Disorder'. Kini aku telah pun disahkan sihat oleh pakar perubatan di sana.
Oleh itu, atas nasihat aku kepada semua pembaca dan juga yang mengikuti blog ini, di harap agar, sekiranya anda semua ada mengalami seperti dalam simptom di dalam artikel tersebut, anda dinasihatkan untuk pergi berjumpa dengan doktor-doktor pakar bagi merawat dan juga memulihkan anda dari dihidapi oleh penyakit tersebut.
Sekian.